Sabtu, 22 Mei 2010

FIKIR SEKETIKA

Bismillahirrohmanirrohim

Semua kita dihantar oleh Allah swt ke dunia dengan masa yang terlalu pendek dan kita kena usaha untuk satu kehidupan yang panjang.Hidup sesudah mati, Satu kehidupan yang tiada nokta,, hdup selama-lamanya tanpa mati.Sekarang apahak usaha yang kita buat untuk satu penghidupan yang panjang, jika Syurga, selama-lamanyalah di sana, tetapi jika dalam neraka, Nauzubillah.

Khamis, 20 Mei 2010

Tikus yang cerdik

Bismillahirrohmanirrohim

Tersebutlah kesah berlaku pada suatu negeri, nama negerinya Pura Cendana. Diperintah oleh Raja yang adil saksama Baginda Alam Syah Bana, disitu tinggal satu keluarga yang menjalankan usaha pertanian padi. Rumahnya banyaklah padi, bila ada padi maka adalah musuhnya iaitu tikus, untuk menyelamatkan padinya , petani ini memelihara kucing yang garang untuk menangkap dan membunuh tikus. Jadi banyaklah tikus yang menjadi mangsa kucing ini.

Keadaan ini menimbulkan kerunsingan buzruk-buzruk (elders) tikus ini. Atas kerunsingan inilah maka satu keputusan dibuat bagi mengadakan satu perjumpaan seluruh tikus-tikus dikawasan itu, iaitu bagaimana usaha perlu dibuat untuk menyelamatkan generasi tikus daripada kemusnahan demi kemusnahan angkara kucing ini. Setelah berkumpul semua tikus, mesyuarat pun dijalankan, yang mana ahli syuranya terdiri dari buzruk-buzruk yang badannya telah putih dan banyak pengalaman. Maka banyaklah syor yang dicadangkan, ada yang syor supaya setiap hari mereka korbankan seekor tikus untuk dipersembahkan kepada kucing sebagai makanannya, dan ada yang syor ditubuhkan kumpulan jaga malam dan sebagainya, pendek kata banyaklah syor yang dicadangkan tetapi semuanya tidak diterima , Mesyuarat ini berlarutanlah sehingga semua mereka kecewa kerana tiada keputusan dibuat. Ditengah-tengah kecewa inilah maka tampillah seorang buzruk yang tadinya diam tidak berkata-kata dan memberi cadangan. Cadangannya ialah, Kita buat satu rantai dimana kita letakkan loceng pada rantai tersebut yang mengeluarkan bunyi yang kuat, ketika tikus ini sedang rehat atau tidur kita gantunglah pada lehernya, setelah digantungkan rantai ini, bila kucing ini berjalan atau berlari maka ia akan mengeluarkan bunyi. Bunyi inilah yang akan menyelamatkan kita, bila kita dengar bunyi ini maka semua kita akan dapat menyelamatkan diri masing-masing dan semua tikus akan selamat. Mendengar saja cadangan ini maka semua tikus gembira dan memuji kepintaran buzruk ini, se,mua mereka bersorak, melompat dan ada yang terguling-guling, sambil menjerit, “kita selamat”, “pergi kucing jahanam”, “Bravo”, “Selamatkan jenerasi tikus”, “Hidup tikus, jahanam kucing”, begitulah punya seronohnya mereka sebab sudah nendapat jalan penyelesaiannya. Hanya buzruk seekor ini sahaja yang diam, kemudiam dia menyambung lagi cakapnya sambil mendiamkan semua tikus dia berkata

“SIAPAKAH ANTARA KITA YANG SANGGUP UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI DI LEHER KUCING INI”. Mendengar ini semua tikus diam seekor tikus pun tidah angkat kepala dan bersedia untuk menjaLANKAN TUGAS UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI INI. Kalau ini terjadi bagaimana nasib tikus ini adakah ia akan berubah dan selamat ?

Ini tamsilan berlaku zaman sekarang, jalan penyelesaian telah ditunjukka oleh rasulullah saw. Tetapi umat ini tidak jalankan kerja sebagaimana sahabat r.hum dahulu buat. Hari ini semua orang baik daripada golongan atas hingga bawah semua bercakap tentang masalah tetapi tidak melakukan kerja untuk penyelesaian. Jadi setiap orang daripada kita kena buat usaha korbankan harta dan diri untuk ugama Allah swt.

Cerita tamsilan ini aku dengar dalam bayan semasa aku baru mula-mula ikut dakwah dulu.

Isnin, 17 Mei 2010

Karkuzari

Bismillahirrohmanirrohim

Aku baru pulang dari nusroh jemaah Sri Lanka yang datang di Morhallah aku. Seorang daripada jemaah mereka telah memberi karkuzari tentang jemaah Pakistan yang keluar kat Amerika.

Peristiwa berlaku ketika jemaah sedang membuat ziarah umumi di satu kawasan yang terdapat orang Islam. Mereka tidak mempunyai dalil (penunjuk jalan) untuk menunjuk rumah orang islam. Ketika sedang berjalan mereka berjumpa seorang budak yang sedang berjalan ke kedai untuk membeli barangan yang disuruh oleh ibunya.

Jemaah ini telah bercakap dengan budak ini dan menceritakan kelebihan ziarah dan mengajak budak ini menjadi penunjuk jalan bagi menunjukkan rumah orang islam. Maka budak ini pun terus ikut dan pergi bersama jemaah untuk menunjuk rumah orang Islam disekitar.

Setelah masa berlalu dan rumah pun sudah habis diziarahi maka budak ini menyambung tugasnya untuk membeli barang pesanan ibunya, setelah siap membeli barang dia pun pulang ke rumah.

Setelah sampai di rumah, ibunya menunggu dan bertanya kenapa dia lambat pulang. Setelah memberitahu ibunya perkara sebenar, ibunya memarahinya dan berkata “ Kamu telah membazirkan masa saya” . Setelah mendengar kata ibumya itu, budak ini tidak menjawab apa-apa, sambil memandang keatas dan kemudian memandang ke bawah, budak ini terus jatuh dan mati. Setelah itu budah ini telah dibawa kehospital untuk bedah siasat, dan didapatinya budak ini mati disebabkan hatinya telah pecah.

Malam itu imam di kawasan itu telah bermimpi berjumpa denga budak itu disyurga dan bertanya apa yang telah terjadi. Maka budak ini telah ceritakan, semasa dia memandang ke atas dan k e bawah dia telah lihat keindahan syurga maka hatinya pecah kerana tidak dapat menahan kegembiraan itu. Maka imam ini pada hari jumaat masa khutbah telah memberitahu pada jemaah atas kebenaran usaha dakwah ini.

Ini baru satu amal nabi saja , maka ganjarannya begitu hebat dan bila dibukakan hijab melihat ganjaran yang diberi oleh Allah maka hati kita tak dapat menahannya, sebab itulah Allah akan bukanya dihari akhirat nanti.

Akhir sekali saya seru pada diri saya dan semua orang islam supaya berkorban diri dan harta di Jalan Allah swt.

Rabu, 12 Mei 2010

TAHAJJUD POSMEN MEMBUKA HATI SEORANG……

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Dalam cerita Singapura dilanggar Todak, dengan fikir seorang kanak-kanak telah menyebabkan Singapura selamat dari ancaman todak, begitu juga apabila negeri Beringin Rendang berlawan dengan negeri Masai dengan mempertaruhkan Negara melalui empat soalan cepumas, jika kalah negerinya akan tergadai tetapi dengan asbab seorang kanak-kanak namanya Belalang dan bapanya Pak Belalang maka negeri Beringin Rendang diselamatkan .

Inilah kesah benar yang aku ingin ceritakan. Kesah ini berlaku disekitar tahun 1981, masa itu aku masih belajar di UPM .Pada masa cuti semester 5 minggu aku telah keluar dakwah Tabligh 20 hari kat Melaka bersama pelajar dan lagi 2 minggu aku pulang kampong kat kuala kedah.

Dalam cuti 2 minggu kat kampong aku telah pergi kat markas di Alor Setar. Di markas ada satu jemaah 40 hari baru sampai, campur dari Johor dan Melaka. Amernya Mujahid dari Johor ia bekas pelajar UPM ( Sekarang menjadi Pengarah Pertanian Pahang bergelar Dato jika tak silap). Jemaah dimesyuaratkan keluar di kawasan Kuala Nerang dan patah balik ke Pokok Sena, aku ditasykil untuk nusroh 5 hari.

Masjid pertama ialah di masjid Pekan kuala Nerang, mula-mula tak dapat masuk tetapi setelah berjumpa dengan imam dan Ajk dibenarkan juga masuk, disini tidak ada sambutan dari orang tempatan, kecuali ada seorang pelajar SPM namanya Tarmizi, ia ikut 3 hari bersama kami. Tarmizi ini lepas SPM telah sambung belajar kat UPM dan berjumpa dengan aku kat sana dan dia menjadi fikirman kat Kolej ke2 UPM. Aku masih ingat di masjid ini AJK telah mengambil nama kami bersama pekerjaan, disinilah aku mengetahui pekerjaan semua ahli jemaah.

Masjid kedua kami pergi ialah masjid Felda Bukit Tembaga (Felda yang kedua di Malaysia selepas Felda Lurah Bilut di Bentong Pahang). Kami sampai pagi Jumaat, sambutan disini amat baik, Imamnya sendiri telah duduk bersama kami dalam mesyuarat pagi dan juga taklim, dimana dia telah belajar adab dan usul, 4 perkara dibanyakkan, 4 perkara dikurangkan 4 perkara ditinggalkan dan 4 perkara jangan disentuh semasa keluar jalan allah. Rupa-rupanya adab dan usul ini beliau telah membaca dan membahasnya sewaktu mengajar sebelum solat jumaat, tetapi secara positif mengikut al quran dan hadis. Tuan Imam ini merupakan Tok Guru, beliau belajar pondok dari kecil sehingga tua dan mengajar lagi kat pondok kemudian dilantik menjadi imam di Felda Bukit Tembaga.

Jemaah telah berusaha seperti biasa dan setiap ada program ijtimae Tok imam ini pasti akan duduk dan mendengar dengan penuh perhatian dan tak pernah beliau komplen apa-apa pada jemaah. Sehingga waktu malam beliau makan bersama kami dan duduk dalam taklim akhir dan adab tidur. Semasa adab tidur diberi, kelebihan tahajjud juga disebut dengan banyak untuk menimbulkan keghairahan untuk beramal. Disini kami duduk 3 hari dan jemaah berpindah ketempat lain, aku pula balik rumah.

Dipendekkan cerita dah lama aku tidak dengar ceritanya kecuali sekali ada aku dengar beliau telah dibawa oleh jemaah Khawas keluar kat Thailand 10 hari. Pada tahun 1982 ijtimak dunia di Terangganu, aku telah keluar 4 bulan ke IPB sebelum ijtimak diadakan. Setelah tamatnya Ijtimak di Terangganu banyak jemaah 4 bulan telah dihantar ke IPB termasuklah Tuan Imam ini. Aku telah berjumpa dengan beliau di Markas Nizamuddin India. Ia begitu seronok berbual dengan aku. Disinilah beliau mencerikan padaku bagaimana ia tertarik dengan jemaah tabligh ini. Bermula dengan jemaah kami yang keluar kat tempatnya dahulu, dimana setiap program yang dia duduk itu, tujuannya untuk melihat amalan-amalan orang dakwah. Beliau berkata padaku “Musa, masa depa bagi kelebihan tahajjud, saya dok ingat depa cakap saja mereka tak boleh buat, sebab saya dari kecil sampai besar mengaji pondok kemudian mengajar di pondok pula pun susah nak solat tahajjud, bangun buang air kecil bolehlah” Inilah kata-katanya yang masih aku ingat. Katanya lagi “malamtu saya tak tidoq, saya dok perati(lihat) apa depa buat, depa semua tidoq dah. Kemudian agak malam sikit, bangun sorang, pelan-pelan (perlahan) jalan pi bilik air, sapapun tak dengar dia jalan dalam kelam, kemudian bangun pula sorang lagi, macam tu juga, senyap , kumudian bangun lagi, kemudian depa sembahyang tahajjud secara senyap-senyap tak ganggu sapa” . Tambahnya lagi “Lepas tu depa semua pakat berdiri sembahyang, saya pula jalan pelan-pelan pi dengar depa baca apa, tiap-tiap orang saya pi dan dengar, depa baca surah apa sebab berdiri lama.sampai kat sorang tu saya dengar dia baca surah yaasin, saya ingat dia ni mesti orang alim sebab dia baca yaasin dalam tahajjud, orang biasa mana boleh buat macamtu”. Besoknya dia Tanya amer jemaah iaitu Mujahid siapa orang tu sambil menuding tangan kearah orang yang membaca surah yaasin malam tadi dalam tahajjud. Amer sab memberitahu dia kerja sebagai posmen dari Melaka, dengar sahaja “Posmen” terkejutlah Imam ini. “saya terkejut ingat kan orang alim tapi posmen sahaja, malu saya dengan amalan depa ini, hati saya berasa tersentuh dan sebab itulah saya ikut jemaah tabligh ini”. Ini luahan imam ini pada saya secara ikhlas kat markas Nizamudin. Maksud tuan imam ini bukanlah beliau nak merendahkan posmen ini tidak sama sekali, tapi kebiasaannya di Negara kita ini, Jika seseorang yang bekerja disektor yang bukan ugama , pengetahuan agamanya tidaklah setinggi mana, sekadar biasa sahaja. Tapi bila beliau lihat amalan orang ini hebat seperti amalan orang alim, itulah yang membuat beliau terkesan dihatinya.

Apabila saya habis belajar di UPM dan balik kampong kami sering keluar 3 hari bersama termasuklah keluar masturat, aku amatlah akrab dengan beliau, cucu perempuannya pun aku mengajar kat sekolah dan pernah keluar masturat bersama dengan aku.Walaupun aku muda tapi beliau amat suka untuk keluar jalan allah bersama dengan aku.

Diakhir-akhir hayatnya ,kalau dulu kami sama-sama pergi buat khususi berjumpa manusia cerita tentang kebesaran Allah dan kepentingan usaha agama allah dan ajak orang keluar di jalan Allah. Bila masuk zaman Milanium tahun 2000 kami juga sama-sama telah dimasukkan ke hospital dengan sakit masing-masing, berulang-ulang masuk dan keluar hospital bersama sehinggalah Allah telah menjemput beliau kehadratnya, meninggalkan aku dengan kenangan bersamanya yang tak akan kulupakan. Sekarang usaha dakwah ini telah disambung oleh menantu lelakinya yang telah berkahwin dengan anak perempuannya, yang mana mereka ini suami isteri banyak berkorban di jalan Allah swt. , kerap rumah mereka menerima jemaah masturat. Inilah yang dikatakan keberkatan Ibubapa yang membuat pengorbanan atas agama Allah, Insyallah Allah akan ambil ahli keluarga untuk sambung usaha agamanya. Menantunya ini juga amat baik dengan aku, kerana nak menyambung persahabatan yang telah terjalin dengan bapa mertuanya.

Nama Tok imam ini ialah AllahyarhamTuan Guru Iman Haji Ibrahim semoga Allah mencucuri Rahmat keatasnya dan memasukkan Rohnya bersama Nabi-nabi, Siddiqin, Syuhada` dan Solihin. Amin

Sabtu, 8 Mei 2010

MKI ( MASIHKAH KAU INGAT )

KESAH PERMULAAN BAGAIMANA AKU MULA DIBAWA DALAM USAHA AGAMA NABI SAW

Bismillahirrohmanirrohim

Kesah ini bermula lewat tahun 70an ketika itu aku belajar di Sekolah Menengah Jitra di tingkatan enam rendah . Aku tinggal di rumah sewa bersama empat orang kawan, aku, Ku Abdul Halim, Harun dan Azizan. Rumah sewa kami ditepi sungai , Sungai Korok dalam Pekan Jitra, Jarak rumah kami dengan sekolah lebih kurang 500m dan dari masjid daerah jitra juga lebih kurang 500m, masjid ini sekarang tidak lagi menjadi masjid daerah kerana masjid daerah telah dibina baharu ditempat lain. Masjid ini pernah menjadi markas jemaah tabligh seketika dulu. Kami berempat setiap hari berjalan kaki berulang ke masjid setiap kali solat fardzu. Pada bulan puasa kami tutup dapor dan periuk sebab dimasjid tiap-tiap hari ada kenduri berbuka puasa, jadi makanan itu juga kami simpan guna untuk sahur.

Di Jitra waktu itu ada sebuah sekolah swasta di Lorong Alif, pengusahanya Cikgu Osman iaitu guru saya di SMJ. Disekolah itu ada seorang guru bernama Cikgu Anuar (sekarang kerja dgn TM), ia sudah keluar dakwah selama 4bulan di India, Pakistan dan Bangladesh kalau tak silap tahun 1978. Cikgu Anuar ini dia suka berbual dengan kami dan bercerita tentang usaha dakwah. Kami suka mendengar ceritanya kerana ada perkara baharu yang belum pernah kami dengar, terutama cerita tentang ulamak-ulamak yang membuat usaha agama saperti sahabat nabi saw. Cerita tentang pengalamannya di IPB dan banyak cerita-cerita sahabat yang diceritakan kepada kami. Akhir sekali beliau telah memberi kepada kami kitab “FADZILAT SALAT” kulit bewarna hijau. Inilah detik permulaan kami dalam penglibatan dalam usaha agama Allah swt.

Mula-mula kami disuruh membaca kitab ini satu atau dua hadis selepas solat asar setiap hari, jadi setiap hari kami akan bergilir-gilir membacanya setiap hari selepas asar di Masjid. Lepas itu dia memberi kelebihan kepada kami agar dapat dibaca dirumah sewa kami pula, jadi dengan kitab yang sama, kami bacalah kat rumah sewa selepas pulang dari masjid selepas solat isyak. Kitab ini kami simpan dirumah kami kerana ada suatu ketika kami simpan di masjid ia hilang diambil orang . Perbuatan kami berempat berulang alik ke masjid ini rupanya menjadi perhatian orang kampong disitu dan mereka amatlah suka kepada kami hingga ada satu keluarga tu anaknya dari tak pandai solat jadi pandai dan tidak tinggal solat dan setiap kali pulang kerumahnya mesti ia memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk rumah.

Seterusnya apabila kami sudah istiqomah membaca hadis di masjid dan rumah, Cikgu Anuar mula mengajak kami ke Markas Tabligh yang terletak di Tanjung Pauh lebih kurang 4 Km dari Jitra. Masjidnya waktu itu kecil sahaja, sekarang dan jadi masjid baharu dan besar. Aku dan Ku Abd Halim menyahut ajakan terus pergi, sementara Azizan dan Harun mereka tidak bersedia untuk pergi ke markas (Sehingga sekarang pun bila aku bawa jemaah khususi untuk ajak mereka buat usaha agama masih juga tak bersedia ) . Cikgu Anuar datang mengambil kami dengan keretanya kemarkas.

Di markas aku melihat satu suasana yang mana orang yang datang kebanyakkanya sudah tua-tua, waktu itu yang aku ingat orang muda, aku, Ku halim dan Khalid yang masih bersekolah, hadir malam markas antara 20 hingga 30 orang. Selepas asar hari khamis di markas , seorang telah diberi tugas untuk memberi adab “Ghast”, dalam ceramahnya aku tak faham beberapa sebutan yang pertama kali aku dengar antaranya ialah “Gasht”, “Bayan”, “Mutakallim”. Amer sab”, “Rahbar” “Tashkil” “Iklan” “Takril””istiqbal”. Aku mendengar penjelasan yang diberi dengan sungguh-sungguh, apabila habis penerangan diberi dia terus bertanya siapa yang nak jadi mutakallim, kemudian rahbar lepas tu,takril dan lepas tu bayan, Tahukah anda setiap kali dia bertanya siapa sanggup nak jadi saperti diatas, akulah orang yang pertama mengangkat tangan menyahut panggilan untuk menjalankan tugas yang mana langsung aku tak faham apa-apa. Aku bersyukur kepada Allah kerana waktu tu Allah telah terima kesanggupan aku untuk menjalankan tugas yang aku tak faham tu sampailah sekarang, Alhamdulillah, sebagaimana ketika aku berusia 10 tahun jemaah tabligh India Maulana datang ke kampong aku di Kuala Kedah dalam tahun 1970, apabila diminta nama untuk keluar 4 bulan aku telah berdiri memberi nama aku, walaupun masih ku ingat waktu itu aku duduk dibelakang sekali dan tidak faham apa-apa , kemudian selepas 10 tahun aku member azam, dalam 1980 aku telah diberi Allah untuk keluar 4 bulan dijalan Allah swt.

Di markas setiap kali program yang dibuat aku kaji dan lihat bagaimana semua orang tak kira tua atau muda semuanya patuh pada satu arahan sahaja daripada satu orang yang dipanggil “amer”. Lepas magrib bayan diadakan, dan aku duduk dihadapan sekali mendengar ucapan-ucapan yang diucapkan oleh penceramah, yang mana jalan ceritanya menarik, penyampaiaanya bersahaja penuh fikir dan menyentuh hati sanubariku, ceritanya hanya tentang perjuangan nabi dan sahabat-sahabatnya, tanpa ku sedari air mataku bercucuran dipipiku terus kedaguku dan menitis diribaku. (Janggut belum tumbuh lagi, masih muda). Penceramah langsung tidak menyentuh peribadi sesiapa dari kalangan manusia yang hidup atau sudah mati yang boleh menjatuhkan maruah mereka apatah lagi mencela mereka tidak sama sekali, ini amatlah membuat aku kagum, ceramah yang panjang dan tidak satu bentuk humor yang boleh diketawakan pun tidak ada, suasanya penuh kesyahduan. Sebelum inipun aku pernah mendengar ceramah tentang perjuangan nabi dan sahabat dari program lain samada politik atau lain-lain pergerakan, ceramahnya amatlah berlainan sekali tak payahlah aku sebut dimana perbezaannya.

Selepas selesai bayan dan orang memberi nama termasuk aku untuk keluar jalan Allah, solat Isyak , kemudian program tamat dengan bacaan kesah hidup para sahabat nabi saw. Sebelum itu diberi adab tidur cara nabi saw tidur, pertama kali aku dengar dan terus aku amalkan. Selesai semua program tibalah masa makan malam, kami berdua tidak membawa makanan , jadi merekalah telah ikrom kami makan malam, nama yang tidak boleh aku lupa dalam memberi makan ini ialah Allahyarham Bang li, Allahyarham Pak Yob, Allahyarham Hj.sirat Pak haji Awal (capati /roti waktu pagi), Selepas itu setiap minggu kami tidak pernah lepas peluang datang ke markas, samada mereka ambil atau berjalan kaki 4 Km ke markas setiap khamis petang lepas asar, orang yang biasa mengambil kami untuk ke markas ialah Cikgu Yaakob dan Tuan Hj Marwan ( Bendahari UiTM Shah Alam). Hj Marwan yang banyak menasihati kami tentang kepentingan menjaga pelajar dan belajar dengan rajin, beliau merupakan jemaah pelajar dari Malaysia yang pertama keluar 4 Bulan ke IPB bersama Tn Hj Salleh Mubin (T bg Haji), Hj.MOhd Amin (UTM Sekudai), Dr. Khaider (UPM-Fizik pensyarah aku) dan lain-lain aku dah tak ingat nama mereka).

Tahap ketiga adalah mereka mengajak kami keluar satu hari setengah nisab pelajar, Alhamdulillah kami berdua tidak lepas peluang untuk keluar, amer jemaah kami yang mula masa itu ialah Allahyarham Hj Ramli (Bang Li). Aku budak baru belajar pertama kali keluar tetapi aku mempunyai kesanggupan untuk membuat semua perkara yang ada didalam usaha tabligh masa itu, dari khidmat taam sampailah kebayan semuanya aku sanggup buat. Tapi apa yang diputuskan untuk aku buat ialah duduk dalam taklim 4 jam dan kena hafal hadis yang didengar dengan sempurna termasuk perawinya, malam sebelum tidor dalam program muhasabah amer mahu aku hafal 3 doa masnun amalan harian dan dibaca dihadapannya. Apa lagi aku buatlah apa yang disuruh dan Berjaya melakukannya, beginilah setiap kali keluar kena hafal doa kemudian adalah peningkatanya membuat khususi, mutakallim. Khidmat dan semuanya kecuali amer jemaah sahaja aku tak jadi. Banyak doa masnun yang aku amal sekarang pun merupakan dari hafalan tersebut. Sekarang hati dah benak nak menghafal cepat lupa, (Tanda dah tua).

Di sekolah, selepas kami sudah belajar keluar dakwah satu hari maka fikir aku dan Ku Abd Halim dah bertambah. Kami mula fikir bagaimana kawan –kawan sekelas dengan kami dapat mengambil usaha nabi saw, Kelas kami adalah kelas sains, jadi semuanya kaki ulat buku, termasuk Ku Abd Halim ini juga ulat buku, tapi aku separuh ulat buku sahaja, jadi aku tak lepas peluang, nampak sahaja member rehat aku cerita tentang usaha agama pada mereka setiap hari. Dugaan masa itu memanglah banyak , guru-guru pandang serong pada kami, mereka kata kami sesat ikut tabligh India, tapi aku buat bodoh aje, teruskan usaha dengan jostnya . Masa berlalu dengan cepat namun tiada seorang pun dari kawan sekelas yang mahu ikut kami untuk ke markas apatah lagi mahu keluar, tapi aku tetap sabar.

Masa untuk berpisah dah semakin hampir apabila peperiksaan STP bermula, masa inilah kerisauan aku semakin bertambah dan aku luahkan kerisauan ini pada sahabatku Ku abd Halim, kataku “Halim kita dah nak habis belajardah dan akan berpisah, kawan-kawan kita seorang pun tidak mahu keluar di jalan Allah nanti aku takut bila kita mati Allah akan soal kita atas perkara ini, mailah kita buat sesuatu macam mana nak bagi depa ikut usaha nabi saw” kawan aku ini dia slow and steady ,buat kerja dengan fikir.

Aku cadangkan padanya supaya dapat buat perhimpunan kecil di rumah sewa kami dengan melibatkan orang awam untuk memberi penerangan yang lebih baik, setelah bermesyuarat dengan orang markas maka mereka bersetuju untuk datang dan menyediakan sedikit makanan, masa itu peperiksaan STP baru bermula. Aku dan sahabat aku ini setiap kali apabila habis sahaja paper yang diambil kami akan duduk bersama kekawan yang sebuk tengah bincang soalan terus sahaja terangkan kepentingan usaha agama dan ajak mereka untuk hadiri perhimpunan di rumah kami. Beginilah keadaan kami sebuk dakwah ditengah peperiksaan STP yang sedang dijalankan sehinggalah di hari akhir peperiksaan. Hari akhir ini hari yang paling sebuk kerana untuk menuai hasil usaha yang dah setahun dijalankan, akhir sekali dengan kehendak Allah berhimpunlah juga lebih kurang sepuluh orang. Maka penerangan dibuat dan apabila taskil dibuat dua orang telah memberi nama untuk keluar tiga hari. Aku dan sahabatku dah siap untuk keluar 4B jalan kaki dalam negeri. Dua orang yang bersedia keluar 3 hari itu ialah Alaudin dan Ku Halim bin Ku Hamid namanya sama dengan sahabat aku bezanya sahabat aku Ku Abd Halim Ku Taha. Alaudin ini dia hanya keluar 3 hari lepas itu dah tak mahu keluar lagi, sekarang pun aku jumpa dengannya dan ajak keluar 3 hari lagi, dia tak bersedia untuk keluar, sekarang ia jadi guru. Sementara Ku halim Ku hamid ini dia merupakan kawan baik aku, kawan yang selalu buat bising dan merayau, dia telah keluar 3 hari dan apabila pulang dari 3 hari dia mempunyai semangat untuk meneruskan usaha agama, Alhamdulillah apabila dia menyambung pelajarannya di UKM dia menjadi fikirman disana dan orang yang korban, apabila tamat belajar keluar 4 bulan, sekarang menjadi Prof penuh di UiTM Shah Alam Frof Dr Ku halim Ku Hamid, mukanya selalu keluar kat kaca TV dalam program Inovasi.Sudah lama aku tak berjumpa dengannya, kami memanglah sahabat yang paling baik banyak kesah kami (Kalau hang baca tulisan ini hang ingatlah kat aku). Seorang lagi sahabat kami dia tidak datang dalam perhimpunan kerana nak balik Kuala Lumpur, dim Kuala Lumpur dia telah keluar 3 hari, katanya dia memang berminat untuk ikut dakwah apabila mendengan dari kami. Namanya Yusuf bin Said dari Limbang Sarawak, dia sambung pelajar kat UM dan pulang ke Limbang telah mulakan usaha disana, satu masa aku telah keluar 40 hari di Limbang banyak aku telah jumpa karkun hasil daripada usaha beliu, kini Yusuf ada kat Miri.

Tersebutlah kesah aku dan sahabatku Ku Abd Halim kami telah bersiap untuk keluar 4 bulan. Pada Nov 1980 bersama dengan kami lagi 2 orang pelajar namanya Haris dari Jitra dan seorang lagi Aris Awang dari Alor Setar tamat SPM. Kami berangkat ke Kuala Lumpur dan sampai kat Masjid India kami diputus untuk keluar dengan jemaah 4bulan jalan kaki dari Terangganu ke Penanti Puau Pinang. Amer jemaah kami ialah Hj Harun dari Tanah Merah Kelantan. Sebelum berangkat , dimasjid India, Hj Marwan memberitahu kami bahawa kami merupakan orang Kedah yang pertama keluar 4 bulan jalan kaki di Malaysia, masa itu Hj Marwan dah bekerja di ITM Shah Alam.

Alhamdulillah kami selesai keluar 4 bulan dan pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan usaha. Ku Abd Halim dia layak untuk masuk universiti tapi dia menolaknya dan menyambung pelajaran agamanya di Pondok Penanti sehingga tamat pengajian dan keluar IPB setahun ikut nisab ulamak, dan sekarang dia mengajar di Pondok Penanti dan menjadi ahli Syura Markas Penanti. Sementara Aris bin Awang apabila pulang ke Alor Setar sempat keluar 3 hari bersama aku kat Alor Setar sekali dan masuk belajar kat ITM Shah Alam (tidak Habis) pulang kampong aktif dalam PAS dan pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Kedah. Haris pula balik kampong dan membuka perniagaan sendiri, sebuk dan terus tidak keluar-keluar sampai sekarang, lama dah tak jumpa. Sementara aku pula sambung belajar kat UPM menjadi guru, sudah ada tiga orang cucu, sekarang kesihatan pun semakin kurang dan selalu berulang masuk hospital (anugerah Allah swt) tapi Alhamdulillah aku syukur pada Allah walau apapun keadaan aku Allah tetap memberi kebaikan kepada aku dan keluarkan aku 3h dan 40 hari setiap tahun ikut nisab termasuk usaha masturat sampai sekarang dan aku berdoa semoga Allah kekalkan aku dan semua sahabat aku dan semua rakan usaha untuk tambahkan korban dan kekal dalam usaha agama Allah swt.

Jika diizinkan Allah aku akan menulis pengalaman keluar 4 bulan jalan kaki era permulaan jemaah jalan kaki bermula

1) Jemaah pertama dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang

2) Jemaah kedua dari Pulau Pinang ke Terangganu

3) Ketiga dari Terangganu ke Penanti (jemaah akulah)

Rabu, 5 Mei 2010

z i a r a h 7 6: Dosa-dosa dan Facebook

z i a r a h 7 6: Dosa-dosa dan Facebook

Tulisan ini telah saya baca dan memang ada kebenarannya, selagi manusia tak sempurna imannya selagi itulah mereka tak kenal mana ular dan mana satu tali, sebab itulah untuk membetulkan amalan umat, semua orang kena usaha sungguh-sungguh untuk baiki dan menguatkan iman betulkan keyakinan pada Allah swt.

Sabtu, 1 Mei 2010