Selasa, 12 Julai 2011

MASTURAT 15 HARI DI ACEH

MASTURAT 15 HARI DI ACEH

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah berkat doa daripada orang yang berdoa kami satu jemaah dari halkah Alor Setar, Markas Jitra seramai lima pasang jemaah wanita telah di hantar untuk berusaha di Aceh selama 15 hari. Satelah mendapat bayan hidayat di rumah Ustaz Mansor Seri Petaling pada pagi Jumaat kami telah bertolak ke Aceh dengan pesawat Air Asia. Kami sampai di Aceh jam 12 tgh hari Jumaat, dimana sahabat disana sudah siap menunggu dengan 6 buah kenderaan untuk menjemput kami, sedangkan kami hanya 5 pasang sahaja. Sebenarnya jemaah kami asalnya 6 pasang , kehendak Allah siapa pun tidak tahu, saat terakhir salah seorang dari jemaah kami ibunya sakit tenat dan dimasuk ke wad ICU, jadi mereka terpaksa menarik diri, jadi tinggallah kami 5 pasang. Bermula di lapangan terbang pun sambutannya amat hebat, sepasang untuk sebuah kereta ( sambutan yang sama kami dapat di Surabaya pada 2010, sepasang sebuah kereta).

Rumah yang pertama kami pergi adalah berhampiran markas,

Imran Nyak Musa,

Desa Teubang phui baroh, Kecamatan Muntasik,

Kab.Aceh Besar, Naggaro Aceh Darussalam.

Perjalanan setengah jam dari airport. Disini usaha agak maju, tuan rumah pernah keluar masturat 15 hari dan istiqomah nisab wanita setiap 3 bulan keluar 3hari masturat. Sambutan amat baik, banyak kaum ibu datang dalam program, bermula dari pagi sampai ke malam, tetapi antara zohor dan asar mereka pulang ke rumah masing-masing, ini menunjukkan yang mereka faham tentang perjalanan uasaha masturat. Cerita dari isteri kami, disini wanita tempatan amat mesra dan banyak bermuzakarah tentang usaha-usaha dan pengalaman-pengalaman isteri-isteri kami sepanjang pembabitan dalam usaha dakwah tabligh, dalam jemaah kami ada yang sudah pergi banyak tempat diluar negeri dan ada yang sudah hampir 30 tahun pengalaman masturat. Dengan cerita –cerita begini timbullah perasaan semangat ingin keluar yang berkobar-kobar daripada wanita tempatan. Banyak taskil dibuat dan akhirnya selama 2 hari kami dapat satu jemaah masturat tunai selama 3 hari, tuan rumah, 2 pasang orang tempatan dan sepasang dari Kuala Lumpur yang pulang bercuti di kampongnya di Banda Aceh. Ceritanya begini, semasa kami datang, pasangan ini menaiki pesawat yang sama dengan kami, jadi mereka ada berbual dengan jemaah kami dalam pesawat dan memberi azam untuk ikut kami, mereka kali pertama kali keluar 3 hari masturat, berkerja di Malaysia tetapi dapat hidayat untuk keluar masturat di kampong sendiri, suaminya sudah keluar 4 bulan IPB. Kami tidak dibenar memasak, nusroh masyaallah hebat-hebat, tetapi saya tak tahan kerana makanan orang Aceh amat Pedas, sedangkan saya jenis manusia yang tak makan pedas, tetapi tak mengapa kerana setiap hidangan ada kuah sayuran yang dicampur berbagai jenis sayuran, enak sekali.

Rumah kedua kami bertolak ke Banda Aceh , 45 minit perjalanan Muhammad Redza Khadafi, Blower, Banda Aceh orangnya berumur awal 30an, beliau ini dan jirannya adalah jemaah yang telah keluar masturat 40 hari di Jitra pada bulan Mac 2011, mereka kenal dengan kami kerana kami nusroh jemaah mereka semasa di Jitra, sambutan disini juga hebat, semasa bayan penuhlah rumah dengan wanita yang datang, disini rumahnya rapat-rapat, kawasan ini kebanyakkan rumahnya baru dibina sebab kebanyakkannya hancur semasa tsunami 2004, tetapi rumah Pak Reza ini selamat tidak apa-apaan. Disini tidak ada jemaah tunai masturat sebab mereka baharu sahaja keluar 3 hari, dan orang baharu Cuma memberi azam untuk keluar 3 hari, masa ini semua orang sebuk membuat persiapan untuk pergi ke Ijtimak Pekan Baru, untuk Ijtimak seluruh Sumatera. Pak Reza dan sahabatnya yang ke Jitra telah memberi sepenuhnya nusroh siang dan malam kepada jemaah kami, rumah Reza ini bersambung dengan rumah emaknya, bila jemaah masturat 3 hari tempatan masuk ke rumah Reza, emaknya suka tetapi dalam sehari itu adalah sekali atau dua kali melihat jemaah, tetapi dengan jemaah kami ini cerita isteri saya, emaknya begitu mesra dan setiap kali dia duduk dalam setiap program yang dijalankan dengan penuh minat selama dua hari. Begitu mesranya hinggakan apabila hari perpisahan dia menangis dan memberi hadiah tas tangan kecil kepada setiap seorang isteri kami, dan memberi azam untuk keluar masturat bersama anaknya, Allahuakbar.

Taskil ketiga adalah di sebuah Pulau, namanya Pulau Weh tetapi terkenal dengan panggilan Pulau SABANG, ia terletak di peraiaran Lautan Hindi bukan di Selat Melaka.Jauhnya daripada Pelabuhan Banda Aceh selama 45 minit menaiki Feri laju saperti Feri di Sarawak atau Feri Kuala Kedah ke Langkawi, selama 1 jam 30 minit menaiki Feri muatan barang saperti Feri Pulau Pinang tetapi ferinya lebih besar dan laju daripada feri Pulau Pinang. Jemaah kami merupakan jemaah Malaysia yang pertama berusaha di sini baik lelaki ataupun masturat sekaligus merupakan jemaah masturat luar Negara yang pertama berusaha di Sabang.Jadi boleh bayangkan bagaimana terujanya mereka dengan jemaah luar yang datang dan mempunyai bahasa yang sama pula dengan mereka. Allahuakabar.Di Sabang kami berusaha selama 6 hari di 3 buah rumah. Usaha di sini baru bermula, baru seorang yang keluar 4 bulan IPB, lebih kurang 20 orang berpengalaman 40 hari , pengalaman masturat hanya seorang sahaja 15 hari yang pernah keluar dengan jemaah Malaysia di Aceh, dan lebih kurang 15 orang yang keluar 3 hari masturat. Walaupun mereka baharu dalam usaha tetapi cara mereka memberi nusroh baik lelaki mahupun wanita saperti orang lama yang dah bertahun-tahun pengalaman, hebatkan, Allahuakbar, hati mereka besar untuk menerima jemaah, rumah yang pertama disini namanya Habibi , Masjid Arraniry, Putra Bongsu, Anak laut, Sabang Aceh. . dia seoarang sahaja yang pernah keluar 15 hari masturat bersama jemaah Malaysia di Aceh, rumahnya terletak di lereng bukit di tepi Danau (Tasek) yang biru airnya , pemandangannya indah dan suasana dingin, walaupun rumahnya kampongan tetapi kata isteri kami saperti berada di sebuah Shalay yang nyaman. Dua hari disini, semua masturat seluruh Sabang datang memberi Nusroh dan mengambil bahagian dalam program dan muzakarah, setiap kali program. Ramai wanita yang hadzir, bila taskilan dibuat banyak yang telah memberi azam untuk suami keluar 4 bulan IPB. Untuk rumah seterusnya 6 orang telah menawarkan rumah mereka, seorang pernah keluar masturat 3 hari dan baki 5 lagi belum pernah keluar masturat. Di Sabang taklim mingguan masturat tidak ada, setiap hari jemaah kami menekankan usaha taklim di rumah dan masjid dikuatkan. Rumah kedua di Sabang, Tengku Amrizal, Masjid Al Muhajirin, Baipas COT BAU, Sabang. dia belum pernah keluar masturat lagi. Masalah di Sabang adalah masalah air bersih, air paip disalurkan selama 2 hari sekali mengikut kawasan. Jadi ahli jemaah kena jimat cermat masalah air, tetapi tuan rumah telah membeli air yang banyak bagi menampung keperluan jemaah, suami isteri rumah ini banyak berkorban untuk jemaah, sebelum jemaah datang mereka berdua telah buat ziarah semua orang sekeling rumahnya memberitahu tentang kedatangan jemaah kami, tidak hairanlah bila bayan dibuat lepas asar banyak orang datang lelaki dan wanita, mereka ini belum pun pernah keluar jemaah tabligh. Selama 2 hari disini ada beberapa orang baru yang begitu terkesan dengan usaha jemaah baik lelaki mahu pun wanita, mereka ini mengikut jemaah kami semasa program rumah seterusnya. Hari pertama bila kami membuat khususi lelaki yang belum pernah keluar 3 hari, menerangkan kepadanya usaha nabi saw dan kepentingan usaha wanita dan dia amat tertarik. Lelaki ini telah ceritakan kepada isterinya tentang usaha jemaah dan terus mengajak dia datang masa bayan lepas asar, tetapi jawapan isterinya amat menakutkannya, katanya “mengapa harus saya berjumpa ibu-ibu dari Malaysia itu, saya ngak suka sama orang Malaysia”. Suaminya agak kecewa dengan jawapan isterinya dan menceritakan kepada kami, kami hanya sekadar berdoa semoga Allah memberi hidayahnya. Semasa bayan selepas asar, wanita ini datang bersama anaknya kerumah masturat tetapi dia duduk di pintu dapur rumah sahaja sambil mendengar bayan, akhir sekali dia masuk juga ke dalam berjumpa dengan jemaah semua. Besuk hari kedua wanita ini datang lebih awal sebelum bayan lagi dengan penuh minat, setelah tamat 2 hari wanita ini memberi azam untuk suaminya keluar 3 hari. Rumah yang terakhir terletak di tepi laut,tuan rumah namanya Zulfan, Pantai kaseh, Kota Atas sabang. sebelum kami masuk ke dalam rumah , kami berjalan-jalan di tepi pantai bersama isteri masing-masing mengambil angin laut yang nyaman selama lebih kurang 30 minit. Teringat saya ketika kami keluar masturat 40 hari dikawasan Phuket dan Nakhon Sittimarat di Thailand dimana kami juga keluar dirumah tepian laut Selat Melaka yang nyaman dan damai dan berjalan-jalan di pantainya yang bersih ditiup angin yang nyaman sambil berkilikan tangan bersama isteri masing-masing. Dirumah ini juga wanita ini datang dengan membawa jirannya orang baru, inilah apa yang dikatakan hidayah sekali meresap kedalam hati seseorang apa –apa halangan yang datang pun tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya. Di rumah terakhir ini boleh dikatakan setiap wanita yang datang pada 2 buah rumah sebelum ini datang untuk bertemu dengan isteri-isteri kami. Kebanyakkan mereka telah buat azam untuk keluar 40 hari masturat ke IPB untuk belajar usaha yang mulia ini, sebagaimana wanita-wanita di zaman nabi saw membuat korbanan atas agama Allah swt. Hari ketujuh kami bertolak pulang dari Pulau Sabang ke Banda Aceh, sebenarnya semasa kami di Sabang 2 pasang dari Aceh telah datang keluar bersama jemaah kami, iaitu tuan rumah yang pertama dan sahabat yang naik pesawat bersama kami dari KL ke Aceh bersama isteri dan ibunya, semasa di pengkalan Feri adalah dua atua tiga orang isteri sahabat yang menghantar sampai kedalam feri (feri barang yang besar) bersalama dan berpelukan sesame mereka.

Rumah terakhir kami namanya Shamsul, Jalan Bale, Payahhok Ponge Lhok,Bandar Aceh. Dalam keluarga ini semua ahli keluarganya, besannya ,anak menantunya semua membuat usaha agama, ada yang 4 bulan setiap tahun, ada yang sudah keluar masturat 40 hari dan banyak korban untuk agama. Disini memang betul-betul ditengah kawasan hentaman tsunami, semua rumah baru dibina, rumahnya kecil sederhana, rumah bantuan tsunami. Disini juga terletak sebuah kapal yang besar dihanyut oleh tsunami, asalnya kapal ini terletak berhampiran dengan Pulau Sabang, ia dihanyut oleh stunami hingga ke pantai Banda Aceh dan dari pantai ia dihanyut lagi hingga 5 km ke darat dengan melanggar rumah-rumah dan banggunan yang menghalang perjalananya bahkan beribu manusia yang mati dibawah perut kapal tersebut yang diperbuat daripada besi, akhir sekali ia berhenti dikawasan tersebut menjadikan ia satu perkuburan yang amat memilukan hati, kini ia dijadikan tarikan pelancong. Kapal tersebut dinamakan Kapal Apong. Tuan rumah yang kami pergi itu kata isteri saya hari-hari ibunya menceritakan detik cemas dan sedih ketika dilanda tsunami, tentang kematian ahli keluarganya dan bagaimana caranya Allah selamatkan sebahagiannya dan keanehan yang berlaku didepan mata mereka ketika bala Allah datang, mereka yang mendengar begitu terharu dan menimbulkan keinsafan. Cerita pelik tentang tsunami ini banyak juga saya dengar ketika keluar 40 hari masturat di Phuket pada tahun 2008, banyak kesah-kesah yang diceritakan mengakibatkan orang yang melihat peristiwa tersebut memeluk islam. Usaha dikawasan ini amat hebat, mereka dapat mengeluarkan jemaah 40 hari setiap masa cecara bergilir-gilir dan bersambung-sambung, satu jemaah balik satu lagi dikeluarkan sepanjang tahun. Imam morhalah tersebut masi muda tetapi kuat korban sudah keluar masturat 40 hari di Malaysia ditempat kami Jitra pada Mac 2011 jadi beri nusroh kepada jemaah kami siang malam. Apa lagi masturat mereka hebat juga, banyak yang istiqomah 3 bulan 3 hari masturat dan beberapa orang wanita yang pernah keluar 40 hari . Dari sini kami pulang ke Malaysia dengan harapan dan doa semoga tempat yang kami pergi ini usaha dapat hidup dengan subur, setiap orang lelaki akan datang kepada kerja nabi saw sehingga ke hari kiamat. 6 buah kereta telah menghantar kami termasuk tuan rumah dan isteri serta Imran dan isteri(rumah pertama) dengan memberi hadiah juga Ghadafi dari Malaysia yang keluar bersama kami di Sabang, bersama isteri dengan memberi hadiah kepada kami.Semuga Allah menerima mereka semua untuk agama yang suci ini. Masih berbaki 2 hari lagi, jadi kami diputuskan oleh jemaah taskil supaya habiskan 2 hari d sekitar Seri Petaling sebelum bayan Wapsi,

Pada pengamatan saya melalui pengalaman keluar masturat di Malaysia, Indonesia(Surabaya dan Aceh) dan 40 hari masturat di Thailand. Perbezaan tentang penglibatan wanita tempatan terhadap jemaah yang sedang keluar adalah tidak sama. Sebagai contoh, jika masturat nak datang rumah kita di Malaysia, yang menunggu jemaah dirumah kita adalah tuan sahaja, ataupun seorang dua lagi karkun jirannya sahaja. Di Thailand kata isteri saya, sampai sahaja wanita dirumah, sudah ada empat @ lima orang wanita isteri karkun yang menyambut isteri kita, kemudian menyediakan minuman dan makanan, mengangkat dan menyusun beg-beg jemaah dan juga memicit-micit badan isteri kita. Ditempat kita, Bab makanan memanglah tidak kalah, bila masturat datang terus dihidang makanan , kekadang makanan yang dihidang tidak habis dimakan, selama jemaah ada dirumah kita makanan tidaklah putus-putus yang datang, begitu sukanya kita menjamu tetamu kita, tetapi jumlah yang menyambut tetamu itu adalah kurang sedikit. Bila masa program dijalankan banyak sekali wanita tempatan yang mengambil bahagian dan memberi azam untuk keluar khuruj, tetapi di tempat kita, jumlah yang hadir nusroh agak kurang tetapi ada tidak mengecewakan juga. Apa yang saya nyatakan disini adalah pada pengamatan dan pengalaman saya, mungkin pada para pembaca yang pernah khuruj di tempat ini pandangannya tak sama, tapi apapun disemua tempat ada kelebihan dan kekurangannya yang perlu kita lebih banyak berkorban dan belajar usaha yang mulia ini, kerana kita semua tidak faham, kita hanya berusaha sebagaimana dianjur oleh ulamak kita sahaja, sebenarnya yang menjalankan kerja ini dan menyebarkan hidayah ialah Allah swt bukan kita. Satu yang selalu saya dengar semua orang di seluruh dunia suka keluar di Malaysia, sebabnya hanya Allah sahaja yang tahu, bila saya keluar 40 hari di Sri Lanka 2010 saya jumpa begitu ramai orang yang pernah keluar 4 bulan di Malaysia dan ada yang berkali-kali hingga boleh bertutur bahasa Melayu. Yang terbaharu satu jemaah Pelastin 4 bulan yang sedang bergerak di Jitra sekarang Alhamdulillah dia datang di morhalah saya selama 3 hari, banyaklah juga cerita tentang usaha yang dijalankan di Palastin, bagaimana mereka ditengah kaum yahudi, bagaimana pertolongan Allah kepada mereka yang membuat usaha, bagaimana wanita isteri-isteri dan anak-anak karkun dipelihara oleh gangguan askar-askar yahudi. Jemaah ini memberitahu, semasa mereka di Nizamudin hadrat Maulana Saad db menyuruh orang arab keluar di Malaysia untuk belajar sifat orang Malaysia yang buat tabligh dalam keadaan tenang and cool tapi kerja jalan mengikut tertib Nizamudin. ( cool sampai beku pun ada, yang ini saya kata moga Allah ampun saya), saya pun tak tahu makna apa yang Maulana Saad habaq tapi begitulah bunyinya jemaah Palestin itu habaq semasa saya bawa dia menziarahi seorang karkun lama yang sedang sakit.

Yang menakjubkan semasa tsunami Aceh yang saya lihat dan dengar kesannya

1. Kapal Apong

2. Masjid tidak tenggelam anataranya,

i. Masjid Baiturrahman, masjid negeri yang besar.

ii. Masjid Baiturrahim, terletak ditepi pantai berhampiran terminal feri ke Sabang, langsung tidak terusik sedangkan semua rumah, banggunan dan terminal feri dikelilingnya sendiri hancur

iii. Sebuah masjid ditengah-tengah hentaman tsunami, yang mana pada masa tersebut terdapat jemaah 3 hari sedang berada didalamnya, langsung tidak dimasuki air.

Semua ini berlaku dengan kehendak Allah jua.

Bagi orang-orang muda dan juga bagi mereka yang tidak mengambil pengajaran tentang peristiwa tsunami, ia semakin dilupakan dan mereka telah tersimpang dari jalan Allah, siapakah yang sepatut bertanggungjawab tentang perkara ini, sebenarnya sayalah yang bertanggung jawab untuk semua ini. Sebab itulah ada ulamak yang mengatakan bahawa bala bukanlah penyebab bagi manusia mendapat hidayat tetapi hidayat akan diberi oleh Allah disebabkan dakwah dan pengorbanan diri dan harta dijalan Allah swt.

Ahad, 10 Julai 2011

Khamis, 12 Mei 2011

KESAH ANAK ANJING,BAYAN MAUALANA OMAR PALAMPURI Rah.


Bismillahirrohmanirrohim

N3 kali ini aku ingin imbas kembali bayan Hadrat Maulana Omar Palampuri Rah. Pada ijtimak Yala yang pertama ,dimana semua elders Nizammudin, Hadraji rah, dan semua elders seluruh dunia datang, pada tahun 1984. Sebelum ku mengimbas bayan tersebut, baik kiranya ku menggambarkan usaha di Yala ketika itu, seingat-ingat aku, maklumlah sudah lama masa berlalu, dan ingatan ku pun semakin kurang (tanda-tanda tua sudah dekat dengan kubur). Pada masa itu usaha baru bermula, sebagaimana usaha di Malaysia bermula lebih awal dan kita dapat mengadakan ijtimak dunia pada 1982 di Terangganu, usaha di Nusantara ini dibawa oleh Maulana dari India ke Thailand, Indonesia dan Malaya (tika itu), tetapi secara umumnya, orang-orang Thailand dan Indonesia tidak menerimanya, tetapi orang-orang Melayu dimasa itu telah menerima usaha ini disamping orang India dan Pakistan yang bermustautin di Malaya. Akhir sekali orang-orang Melayu di Malaysia ini menjadi asbab untuk Allah sebarkan usaha di Indonesia dan Thailand. Aku telah keluar khuruj di Thailand seawal tahun 1982, di kawasan Pattani dan Yala usaha di masjid-masjid amatlah sedikit sekali, semua amalan saperti ziarah, kita yang buat kadang-kadang tanpa rahabar tempatan, makanan pula memanglah kita yang sendiri masak. Pada masa itu secara umum orang islam tidak amal agama dengan sempurna, bedil (tembak) amatlah menjadi perkara biasa di kampong-kampong, begitulah juga kecurian lembu/kerbau/kambing perkara biasa, banyak sangat orang-orang gedebe (samseng). Usaha di Thailand banyak dijalankan keatas orang-orang kampong yang gedebe, sementara orang baik-baik mereka lebih gemar dengan amalan pondok agama yang banyak di Selatan Thailand. Apabila orang gedebe ini mengambil usaha nabi saw, disamping ulamak yang dipilih oleh Allah sebagai awalin di Thailand usaha ini telah berkembang maju. Ulamak sebagai pemimpin , orang gedebe dan awam telah membuat usaha tanpa takut kepada sesiapa, mereka telah membuat usaha sungguh-sungguh bersama saudara-saudara dari Malaysia, terutama orang Perlis, Kedah dan Kelantan yang bersempadan dengan Selatan Thailand. di Bangkok usaha dimulakan oleh orang Thailand berketurunan Pakistan seorang ahli perniagaan. Sekarang usaha di Thailand telah menjadi begitu umumiat sehingga segenap lapisan masyarakat mengenali Jemaah Tabligh termasuk orang-orang bukan Islam dan ramai orang Budhha dan Sami mereka telah datang memelok Islam.

Ijtimak 1984 di adakan di kawasan padang di Yala, Markas besar Yala sekarang belum wujud lagi ketika itu, ia hanya kawasan lembah yang terbiar sebelum dibeli dan dibina Markas sekarang.

Persiapan tapak dan khemah dikendalikan oleh elders dari Kalkril Bangladesh, rupanya dan binaan khemahnya sama macam ijtimak Tonge, banyak menggunakan guni Jut. Khemahnya panjang, sebab ramai yang datang seluruh dunia. Jemaah luar Negara yang paling ramai dari Malaysia, tika itu aku berada d KL kami datang dengan 10 buah bas(jika x salah) di kendalikan oleh Allahyarham Hj Zainal Keramat, beliu syahid di Mekah pada musim haji ketika sedang khuruj jemaah masturat 2 bulan di sana, jenazahnya di semadikan di perkuburan mualla bersama para sahabat r hum. Sehari sebelum bermula ijtimak manusia sudah ramai yang datang, pada malam itu diadakan bayan magrib kemudian diterangkan kepada majma yang datang tentang perilaku dan tertib-tertib di ijtimak termasuk ketika bayan. Satu nasehat semasa bayan ialah, “tuan-tuan jangan bertepuk tangan apabila pemberi bayan hendak memulakan bayan dan juga selepas bayan” sebab ini adalah amalan biasa mereka. Besuk bermula lah ijtimak dengan bayan subuh oleh Maulana Omar rah. Terjemah bahasa Melayu oleh Allahyarham Habibullah syura Malaysia dari Penang sementara bahasa Thailand di khemah khas .Habis sahaja maulana bayan terdengar sedikit daripada majma yang menepuk tangan. Hari pertama ijtimak berjalan dengan lancer tetapi hujan sudah mulai turun dari pagi hingga ke malam. Dan bila malam sahaja hujan telah mulai turun dengan lebatnya hingga kawasan khemah dinaiki air menjadi banjir, manusia sudah tak tentu arah nak pergi kemana, sebab semua kawasan ditenggelami air, mata mengantuk . badan pula letih tiada tempat nak rehat, semua orang mencari pelindunga di Pekan yala, semua masjid sudah dipenuhi dengan manusia, dan di kaki-kaki lima kedai juga sudah penuh dengan manusia, aku pula bersama dengan seorang sahabat aku yang aku ikram dapat iktikaf di masjid besar di Yala. Keadaan manusia pada masa itu menjadi carca marba tetapi mereka tidak lari, besuk hari kedua, hujan telah berhenti, cuaca amat panas terik, bantuan Allah datang, khemah dan tempat bayan semua sudah rosak dipukul angin dan juga banjir, kehendak Allah siapa pun tak dapat mengetahui, berhampiran tapak ijtimak terdapat kawasan tentera yang besar, jadi ketua pemerintah di situ telah mengarahkan anak buahnya supaya memanggil semua orang islam supaya masuk dalam kawasan tentera untuk solat dan bayan, di dataran kejat kawasan tapak tentera berkawad. Disitulah jemaah bersolat dan mendengar bayan dibawah panas terik matahari, sementara maulana yang memberi bayan duduk diatas lori tentera sebagai stage, selama satu hari setengah program dibuat di tapak tentera tersebut sehingga bayan hidayat dan doa dibuat. Apa yang aku dengar daripada elders di Yala, katanya tentera menjadi kagum melihat akhlak orang islam masa itu walaupun orang ramai tetapi tiada berlaku pergaduhan dan tiada laporan kecurian, mereka melihat semua orang menghormati satu sama lain, sebab itulah dia yakin dan diberinya kawasan padang kawad tersebut untuk digunakan.

Sekarang sampai masa aku nak cerita bayan Maulana pula tentang tajuk N3 ini. Bayan ini aku buat sedikit olahan, tetapi jalan ceritanya masih yang asal dari maulana, aku takut nanti silap, berdosa pula aku.

Satu pagi di suatu tempat di India ada empat orang pencuri, mereka ini berjalan-jalan sambil memikir dan berbincang dimana mereka hendak mencuri pada hari itu. Sedang mereka berbincang-bincang itu tetiba mereka melihat seorang datang dari pasar sambil mengendong seekor anak kambing yang comel selepas membelinya untuk dibawa pulang ke rumahnya. Sesiapa yang pernah pergi ke India tahulah kambing-kambing di India ini cantik dan comel, hidung kambing pun mancung macam hidung pelakun filem wanita mereka juga. Ini pencuri memang bijak, lihat sahaja terus mereka mendapat idea, idea nya ialah bagaimana mereka hendak mencuri kambing tersebut tanpa melakukan rompakan atau rampasan tetapi dengan cara yang halus dan tidak dimarahi oleh orang tersebut, sebaliknya tuan punya kambing pula akan merasai kepuasan apabila kambingnya hilang.

Mereka tahu dimana terletaknya kampong orang tersebut, lalu mereka mengatur strategi, orang pertama berada di selekoh pertama, orang kedua berada diselekoh kedua, begitulah juga seterusnya yang ketiga sementara yang keempat iaitu ketua pencuri berada dipintu masuk kampong orang tersebut.

Apabila tuan kambing itu berjalan pulang ia berjumpa dengan pencuri pertama, maka berlakulah perbualan

Pencuri : “Pak cik beli binatang apa tu”

Pakcik : “anak kambing”

Pencuri : “silap tu pakcik, itu anjing bukan kambing” sambil

ketawa terbahak-bahak.

Pakcik : “Tidak ini kambing, pakcik baru sahaja beli “ terus

berjalan pulang dengan yakin yang dibawanya adalah

kambing bukan anjing.

Sampai pula kepada pencuri kedua, sambil ketawa terbahak-bahak, terlolong-lolong, pencuri ini berkata,

Pencuri 2 : “ pelik sungguh orang islam sekarang, anjing pun

dikendong, nanti malu kepada orang kampong”

Pakcik itu terkejut mendengar ketawa yang kuat dan perkataan dari pencuri itu. Kata-kata pencuri kedua ini memberi sedikit kesan dalam hatinya, lalu dibelek-beleknya anak kambing itu betulkah anjing, tetapi dia masih yakin yang itu adalah anak kambing, tetapi dia telah mengambil keputusan untuk tidak lagi kendong tetapi mengikat leher dan mambawanya pulang. Tetapi sudah dua orang yang menegornya. Sampai pula kepada pencuri ketiga, dia ketawa lagi kuat sambil berkata “ Hairanlah orang sekarang, anjing pun di beli dan bawa pulang kerumah nanti orang kampong dan keluarga pakcik ketawa pada pakcik, malu nanti”. Maka kata-kata pencuri ketiga ini memanglah terkesan sangat pada hatinya, lalu dia berkata kalau ada lagi orang keempat yang menegor, memang benarlah ini adalah anjing dan bukannya kambing. Selepas berjalan beberapa ketika baharu sahaja dia nak masuk ke kampong dia terdengar orang ketawa, dan ketawanya ini lagi kuat dari yang tadi sambil mengatakan perkara yang sama. Yang dibawanya adalah anjing dan bukan kambing. Jadi sudah sahlah yang dibawanya adalah anjing bukannya kambing, lalu dibukalah ikatan leher kambing tadi dan sambil menendang kambing tersebut dan berkatalah ia “pergilah kau, nasib baik mereka menegor, kalau tidak malulah aku” dengan perasaan gembira dia pun pulang ke rumahnya.

Kata maulana begitulah kehidupan kita hari ini, segala amalan perintah allah dan sunnah nabi saw yang kita amalkan kita tinggalkan kerana tipu daya cara kehidupan yahudi dan nasora kita telah tinggalkan amalan tersebut, sebagai contoh, amalan dakwah, apabila ada orang menegor kita tentang gast, taklim, keluaq 3 hari, 2 jam setengah, 40 hari maka kita mula jadi malu dan lama kelamaan meninggalkan terus amalan tersebut, apabila kita telah tinggalkan amalan tersebut maka tiada lagi orang berkata sesuatu kepada kita,akhirnya kita akan selesa dalam keadaan tersebut, kemudian kita akan berkata nasib baik aku tinggalkan dakwah, kalau tidak tentulah orang kampong pakat keji aku, alhamdulillah selamat. Bagitulah juga kalau seorang wanita yang mula belajar untuk memakai purdah, macam-macam perkataan orang akan kedengaran, ekstremlah, macam hantu bungkuslah, tak berdunia dgn oranglah, susah nak makan dikedailah, pendek kata bermacam-macam. Akhir sekali wanita ini akan tanggalkan purdahnya, kemudian akan kembali pada kehidupan asalnya dan akan selesa berkeadaan demikian, akhirnya dgn gembira dia berkata nasib baik aku buang purdah, jika tidak aku keseorangan lah tiada kawan. Bagitulah dengan amalan-amalan lain, kita akan meninggalkan amalan yang telah kita buat sama saperti orang tadi melepaskan kambingnya, bahkan ditendangnya pula.

Setelah tamat kami pulang, sampai di Alor setaq aku singgahlah rumah krjap jumpa mak/bapa sekejap, masa aku mencium tangan mak aku, bonda aku berkata, “amboi muka”, aku ingat muka aku ada nur lah sebab 3 hari berada dalam ijtimak, tapi mak aku kata “awat muka terbakar meqerlit”, baru aku sedar selama 2 hari duduk dengar bayan dibawah terikan matahari yang membakar kulit muka aku

Ahad, 8 Mei 2011

SEORANG ISTERI YANG…………..?


Bismillahhirrohmanirrohim
Adapun kesah kali ini mengenai seorang suami yang baik bersama seorang isteri yang baik , mereka tidak mempunyai anak. Setiap hari saperti biasa apabila sisuami ini pulang dari kerja , sisuami akan memberi salam dan isteri menjawab salamnya. Hidup mereka walaupun tiada mempunyai anak tetapi bahagia. Tetapi suatu hari berlaku satu perkara yang merubah keadaan mereka, ceritanya begini.
Suatu hari apabila si suami pulang dari kerja, saperti biasa dia memberi salam, tetapi tidak dijawab oleh si isteri walaupun diulang beberapa kali dengan nada yang tinggi, ini menyebabkan timbul kemarahan kepada suami, tetapi ia bersabar. Kesabarannya mula teruji apabila ia meminta sesuatu daripada isterinya tidak diendah oleh si isteri. Kekadang apabila isteri sedang memasak atau memotong sayur sebagainya, bila dipanggil, isterinya langsung tak menyahut panggilannya, Kita boleh bayangkan bagaimana si suaminya tidak marah, bila dipanggil saja isteri tak menjawab, sebaliknya si isteri berpaling belakang memberi punggung kepada suami, dan asyik membuat kerjanya sahaja.
Suatu hari si suami telah terfikir mungkin isterinya mendapat penyakit “PEKAK”, dia menceritakan masalahnya kepada sahabatnya untuk membantu menyelesai masalahnya. Sahabatnya mencadangkan agar dia berjumpa dengan doctor bahagian telinga. Si suami telah pergi berjumpa doctor dan mendapat nasehat cara-cara bagaimana untuk menguji seseorang itu pekak atau tidak. Caranya bila isteri sedang memasak atau dalam keadaan dia pandang kebelakang, kita memanggilnya dalam suatu jarak dengan suara yang kuat tapi jangan terlalu kuat, jika dia tidak menyahut pergi ke depan lagi dan panggil lagi dengan suara yang perlahan dari yang mula, ada atau tidak sahutan, jika tiada sahutan pergi lebih hampir lagi dan panggil dengan suara yang lebih perlahan, jika tiada sahutan begitulah seterusnya hinggalah sampai betul-betul dibelakangnya dan memanggil, samada dia mendengar atau tidak, maka “SAH”lah yang sidia itu pekak. Si suami dengan gembiranya telah pulang ke rumah untuk menguji isterinya adakah betul dia pekak.
Sampai di rumah dia terus memberi salam, tiada sahutan, tanda pertama isterinya pekak, dilihat isterinya si Limah sedang memotong sayur, terus dipanggilnya dengan suara yang kuat “Limah”, tiada sahutan, tanda kedua pekak, di hampirnya lagi dan panggil “Limah” tiada jawapan, tanda ketiga pekak, lalu dia hampiri lebih dekat lagi dan panggil “Limah” tiada juga jawapan, maka dengan perasaan sedih dia berkata dalam hatinya “rupa-rupanya si Limah ini pekak”. Dia pun menghampiri isterinya dan dengan sedihnya berkata “Limah awak ini pekak ka, dari tadi saya panggil awak dan memberi salam dari luar rumah sehinggalah hampir dengan kamu, tapi kamu langsung tak menyahutnya, terukkah pekak kamu tu”. Si Limah ini bila saja mendengar suaminya mengatakan dia “Pekak” terus melenting dan marah, “Siapa yang pekak kita ka atau awak tu yang pekak, dari tadi saya dah jawab salam awak, kemudian panggil lagi dan saya menjawab panggilan awak sampai saya malas nak menjawab, apahal panggil saya begini kerap-kerap, buang tabiat ka” “betul ka awak menjawab panggilan saya selama ini”, “yalah tak jawab nanti awak marah dan dosa saya pula nanti” balas isterinya. Dengan perasaan sedih ia berkata di dalam hatinya “ Aku sangka isteri aku yang pekak, rupa-rupanya aku yang pekak”
Moral cerita ini didalam kehidupan kita berkeluarga , kekadang kita sebagai suami selalu menyalahkan isteri dan anak disebabkan keegoan kita sebagai suami, langsung tidak mahu mengaku kesalahan kita, bagitulah si isteri menyalahkan suami dn anaknya, anak-anak juga bila ibubapa menegor mereka, mereka akan marah atau dendam pada ibubapa. sebab itulah ulamak yang mursyid menggalakkan kita banyak beristigfar terutamanya istigfar nabi Yunus a.s. Kelebihan orang banyak beristigfar ialah .
  1. Allah akan mengampun dosanya.
  2. Allah akan memberi rezeki kepadanya daripada punca-punca yang tidak disangka-sangka
  3. Allah akan menghilangkan masalahnya, termasuk masalah yang berlaku dalam keluarga kita
  4. Allah akan menghilangkan kesedihannya.
  5. Allah akan banyakkan zuriatnya (rujuk surah Nuh)

Khamis, 5 Mei 2011

SATU MASALAH


Jika Ahli Nujum Hj Bakhil memberi 4 masalah kepada Ahli Nujum Negara Pak Belalang. Saya nak memberi satu masalah yang mudah untuk sahabat semua menjawabnya.

Soalannya

Jika disebut sekali bermaksud saya

Jika disebut dua kali bermaksud benda

Jika disebut tiga kali bermaksud benda saya

Jika disebut empat kali bermaksud benda-benda

Jika disebut Lima kali bermaksud benda-benda saya

Soalan ini selalu saya soal pelajar sekolah menengah yang mengikuti program motivasi di sekolah-sekolah yang menjemout saya di sekitar Alor Setar,saya harap sahabt blogger semua dapat memberi jawapannya.

Apakah jawapannya dan buktikan jawapan anda.

Selasa, 26 April 2011

SIKOLOGI WANITA

Assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh

Selamat bertemu kembali dalam N3 kali ini, semoga sahabat-sahabat sakalian dalam keadaan sejahtera dan mendapat lindungan dan rahmat Allah swt selalu. Kali saya akan berkongsi pengalaman dengan sahabat semua mengenai satu tajuk yang pernah saya belajar duhulu semasa muda ketika masih menjadi pelajar, iaitu pelajaran Sikologi . Semoga dengan tersiarnya N3 ini moga-moga ia akan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Sebelum saya panjangkan bicara ini, jika terdapat apa-apa kekurangan atau “sesuatu” yang menimbulkan ketidaksedapan atau ketidakpuasan hati, saya memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari.

Tajuk ini telah dikupas dengan panjang lebar oleh Pensyarah tetapi kupasannya memang banyak yang saya dah lupa, tetapi isinya masih saya ingat hingga sekarang . Kata pensyarah tersebut tajuk ini telah dibuat kajian oleh seorang ahli sikologi Mesir, kajiannya hanya keatas kaum wanita sahaja. Kesimpulannya isi penting atau hasil kajian akan saya tulis mengikut yang asal tetapi kupasanya adalah daripada saya sendiri atau apa-apa yang masih saya ingat.

Kata ahli sikologi Mesir ini tahap kehidupan wanita bermula daripada ia lahir ke dunia hingga ia menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa hingga tua terbahagi kepada beberapa fasa umur berdasarkan kelakuan dan perubahan tingkah laku, bagi saya apa yang saya hendak katakan semua fasa-fasa ini kemungkinan ada terdapat kepada kita atau pun tidak ada, kerana ia hanya satu kajian.

Fasa pertama

SEJAK LAHIR HINGGA KEUSIA 7 TAHUN

Pada usia ini kanak-kanak perempuan sifatnya adalah suka berdamping atau bergantung dengan ibubapa mereka atau orang yang menjaga mereka berbanding dengan anak lelaki. Jika kita bersiar-siar anak perempuan suka berpegangan tangan dengan ibubapa atau orang dewasa , tetapi anak lelaki suka lepas bebas berjalan dan berlari tidak mahu dipegang, Pada usia ini anak perempuan mudah diajar dan tidak nakal, mereka suka membuat pekerjaan meniru perbuatan emak mereka.

Fasa kedua

DARI UMUR 8 TAHUN HINGGA 17 TAHUN

Peringkat umur ini kanak-kanak perempuan mempunyai satu sifat semula jadi iaitu “ingin mendapat perhatian orang lain”. Jika kita teliti diperingkat awal umur 8 hingga 12 tahun mereka sudah mula pandai bersiap diri atau bersolek menggunakan alat solek ibu atau kakak mereka, mereka sudah pandai memilih pakaian yang sesuai, masa ini kekadang pakaian yang kita cadangkan atau kita beli mereka tidak suka memakai kerana pada fikiran mereka tidak mendatangkan tarikan orang lain kepada mereka terutamanya oleh kaum lelaki, mereka suka dipuji. Mereka tidak lagi bermain dengan kanak-kanak dibawah umur mereka, bahan bacaan mereka selain daripada buku pelajar adalah majalah tentang wanita. Bila sahaja umur mereka mencecah 13 tahun mula masuk alam remaja maka sifat-sifat ini semakin menebal.waktu ini lah mereka mula mencari pasangan lelaki, samada ibubapa sedar atau tidak anak-anak ini sudah ada perasaan terhadap lelaki. Mereka akan membuat hubungan melalui media yang mudah, sekarang ada bermacam macam alat komunikasi yang canggih yang ibubapa telah sediakan, saperti internet dan alat kelui, Peringkat umur ini juga mereka akan menggunakan alat solek lebih kerap lagi dan yang berjenama supaya dapat menunjukkan kepada rakan sebaya (peer group), tuntutan untuk mendapatkan pakaian dan alat solek berjenama inilah menyebabkan remaja terjerumus dalam masalah social yang dahsyat. Lebih teruk lagi jika remaja ini belajar di sekolah berasrama, mereka ini akan terikut-ikut dengan trend peer group mereka, iaitu cara make-up dan pakaian berjenama yang biasa dipakai oleh anak orang kaya menjadi ikutan, yang miskin pun yang datang dari kampong juga tidak terlepas daripada sifat ini, mereka ini (anak miskin) berlagak saperti anak orang kaya juga, Peringkat umur ini juga sifat malu kepada “kekurangan” yang ada kepada mereka amatlah tebal. Sebolehnya mereka tidak mahu menunjukkan “kekurangan” ini kepada orang lain walau pun teman sebiliknya, jika boleh bohong, mereka akan berbohong bagi menutup kekurangan mereka. Jika anak orang kaya datang menjemput anak mereka menaiki kereta mewah, bagi remaja yang”kekurangan” ini mereka malu jika dijemput oleh ibubapa mereka menaiki kereta lama, dan kalau moto kapcai atau bas lagi lah mereka malu bahkan dilarang pula supaya jangan datang dan biarlah mereka pulang sendiri, nanti malu jika diketahui mereka ini “kekurangan”. Bagi remaja yang tinggal dirumah pula, masa mereka banyak dihabiskan untuk melaram di depan cermin, lihat wajah , lihat jerawat dan bermacam-macam lagi yang dilihatnya dan berangn-agan mejadi dirinya sempurna, agar semua lelaki suka padanya.Pada tahap umur ini remaja perempuaan tidak memilih lelaki yang akan menjadi pasangan kekasih mereka atau “cinta monyat” asalkan lelaki tersebut ada duit atau dapat menolong menangani masalah mereka apa saja. Peringkat ini ibubapa harus peka dengan perubahan anak-anak.

Fasa ke tiga

DARI UMUR 18 HINGGA 27 TAHUN

Fasa ini wanita sudah sampai tahap kematangan, mereka sudah pandai memilih dan membezakan pasangan mereka. Peringkat ini mereka berada di pusat pengajian tinggi dan memasuki alam pekerjaan dan alam perkahwinan. Sewaktu mereka berada di IPT dan juga di alam pekerjaan, mereka mempunyai “keegoan” sendiri, cara make-up dan berpakaian mereka serta tingkah laku mereka sudah berubah sejak mereka masuk IPT keegoan ini bertambah bila bila dialam pekerjaan. Tahap ini jika ada lelaki yang suka kepada mereka, mereka akan memilih yang sesuai dengan kedudukan mereka, Peringkat umur ini mereka sukar untuk menerima arahan-arahan, terutama arahan datang dari orang yang jawatannya sama dengannya walaupun lebih senior daripadanya, kekadang arahan ketua pun masih mereka memberontak. Peringkat umur ini dalam kontek rumah tangga mereka akan cuba mengungguli suami mereka, walaupun mereka sedar, suami adalah ketua tetapi dalam amalan seharian, mereka cuba menguasai pemikiran suami untuk membuat keputusan mengikut kehendak mereka. Jadi secara harmoninya mereka tidak membantah suami tetapi mentaati suami dan mengikut segala keputusan suami, tetapi setiap keputusan itu dibuat setelah mereka “menggodam” fikiran suami mereka. Lagi pula pada usia ini suami sangatlah sayaaaaaaaaaaaaag isterinya, apa yang isteri mereka cakap dan buat adalah untuk mereka para suami.

Fasa ke empat

DARI UMUR 27 TAHUN HINGGA 37 TAHUN

Tahap ini dikenali sebagai fasa “bimbang” tentang Fisiologi mereka.

Pada peringkat ini kaum wanita kebanyakkanya sudah mempunyai beberapa orang anak. Keadaan ini menyebabkan bentuk badan mereka berubah kepada kegemukan. Tahap ini dikatakan mereka kembali melihat cermin kali kedua. Bagi yang berwang mereka akan menghabiskan wang untuk kembali mencantikkan wajah dan bentuk tubuh badan mereka. Peringkat ini mereka takut sekiranya suami mereka “dingin” dengan keadaan mereka dan mencari yang lain. Mereka juga takut sekiranya kawan-kawan sekerja akan menegur mereka “awak gemuklah” atau pun jika mereka berkerjaya bersama orang ramai, mereka menjadi malu dengan keadaan tersebut. Jika kita lihat cara pakaian wanita ditahap umur ini, semuanya cantik dan mahal serta berjenama mengalahkan wanita difasa ketiga, mereka juga suka dipuji, saperti “cantiklah hari ini” ‘mahalnya beg tangan ni, dimana beli” atau “sukalah saya lihat awak hari ini”. Masakan mereka pun , mereka akan memasak makanan yang berjenama, yang jarang dimasak waktu muda dulu, tujuannya untuk mendapat perhatian suami Jadi pada tahap ini para suami mesti selalulah memuji isteri, tentang pakainnya, bentuk badannya juga masakannya. Puji aje apa keadaan pun kerana kebaikan dan kebahgian itu akan datang kepada kita juga, JANGAN tidak puji kerana ia merbahaya.

Fasa ke lima

BERUMUR ANTARA 37 HINGGA 47 TAHUN

Peringkat ini dipanggil zaman “BERLETER” . Lelaki pun ada yang suka berleter, tetapi ianya sinonim dengan kaum Hawa. Berleter ini tak perlu di pelajari , apabila sampai masa dan umurnya dengan sendiri ia datang. Pantang silap sikit dengan kehendaknya maka ia akan bereleter, masalah yang sering dileter ialah, anak-anak dan suami membuat sepah barang dalam rumah, makan tak pandai basuh pinggan, leter anak dan suami bangun tidor lewat, pakaian kotor, suami balik jauh malam. Ada leteran isteri yang mendatang marah kepada suami dan ada juga leteran yang menjadi hiburan kepada sisuami. Kebanyakan leteran kepada anak kemudian menjadi panjang akhir sekali disabit kepada suaminya, contohnya “…….. kamu semua sama saperti ayah kamu juga, bukan nak tegor anak-anak”. Ini jenis suami baca surat khabar kemudian bersepah disitu tak kemas. Ada suami suka akan leteran isterinya apabila melihat muncung mulut isteri kesayangannya leter pada anak mereka. Perangai leter ini akan hilang bila ia tamat usia leter. Jadi si suami apabila isterinya sampai umur ini dan mula bereleter, kena fahamlah bahawa ini adalah zaman berleternya, janganlah marah pada mereka, sayangilah isteri kita kerana dia pembantu kita untuk masuk syurga Allah swt . Sebab isterilah amalan kita menjadi berlipat ganda sebanyak 70 kali ganda daripada orang tak kahwin

Fasa ke enam

BERUMUR 47 TAHUN KE ATAS

Peringkat umur ini dipanggil peringkat sensitive atau perasa, suka diam diri jika ada masalah yang datang, peringkat ini suda ada menantu dan banyak orang cucu, Banyaklah perkara yang selalu mendatangkan sensetifnya, kebanyakkannya dari anak menantunya lah, disebabkan perkataan yang dikeluarkan atau layanan kepadanya. Diperingkat ini mereka perlu banyak diikram atau dilayan dengan baik, jika tidak mereka suka tinggal dirumah mereka sendiri berseorangan walaupun sudah ketiadaan suami.

Itulah 6 fasa bagi kaum wanita, bagi saya kaum lelaki pula, mereka akan berusaha mendapat keselesaan atau kekayaan atau apa sahaja keuntungan dunia ini baik disegi jasmani, harta atau pangkat hanya sampai umur 40 tahun. Pada tahap umur 40 tahun kebanyak orang lelaki sudah mencapai tahap yang establish dalam kehidupan mereka berkeluarga . Selepas umur 40 tahun mereka sudah tak kisah lagi tentang fisiologi tubuh badan mereka, gemuk ka, perut boroi ka depa tak kesah yang pentingnya mereka berusaha atas satu perkara sahaja iaitu menjadi “kuat”, sebabnya kalau harta banyak pun, pangkat tinggi pun tapi tak “kuat” dah tak jadi apa.

Ahad, 17 April 2011

Kaunseling

Assalamualaikum

Dalam coretan ini aku ingin berkongsi pengalamanku sebagai kaunselor pada tahun 90an dahulu, waktu itu klienku adalah pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 5, ada juga dikalangan guru-guru yang datang padaku untuk mendapat khidmat kaunseling. Bagi pelajar masalah yang dihadapi bergantung pda tingkatan dan jantina. Pelajar lelaki selalunya masalah ponteng, merokok dan kekadang bergaduh, kebanyakkan mereka dati golongan pelajar yng kurang menyerlah dalam pelajaran. Kedudukan sekolah terletak dikawasan nelayan dan juga sawah. Masalah ponteng dan merokok adalah sinonim dengan anak nelayan walaupun lain-lain kategoti ada juga yang menghisap rokok. Bagi pelajar cemerlang bertsnysksn cara pintar belajar atau “smart learning”, sebabnya kaunselor memang mahir dalam bidang “smart learning” . masalah kedua bagi pelajar cemerlang dan tak cemerlang adalah “CINTA” , mengakibatkan timbulnya masalah social saperti duduk berdua-duaan hingga berlaku sumbang, hingga ada yg melahirkan anak.

TAHUKAH ANDA SEMUA INI BERLAKU KERANA AKAN-ANAK INI TIDAK DIAJAR SOLAT DAN TIDAK DISURUH MENGERJAKAN SOLAT KERANA MEREKA ( YAKNI IBU BAPA) SENDIRI TIDAK PERNAH MENGERJAKAN SOLAT.

Ini salah siapa, salah akulah kerana mereka adalah muridku yg perluku bimbing.

Sebenarnya kesah yang aku nak paparkan dalam N3 ini adalah kesah menarik

Tentang pengalaman sesi kaunseling bersama seorang ustazah yang kukira memanglah cantik dan sudah pastilah tiada masalah dengan suami yang sukakan kecantikan. Ustazah ini datang dari daerah lain, bukan mengajar di sekolah ku.

Semasa dia masuk bilikku, aku jadi terkejut kerana aku baru saja kenal dia semasa kami sama2 berkursus. Aku sangka dia sengaja datang untuk bertanya khabar saja tetapi rupanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari ku. Pendek cerita aku pelawanya duduk dan sesi pun bermula.dalam kepala hotak aku tertanya-tanya apa masalah wanita yang cantik ini datang padaku,”Saya datang nak mintak nasehat dari ustaz (sbb saya berkopiah dan berjanggut)”Pendek cerita, sebelum sesi berjalan aku telah memberitahu syarat launseling, Kalau ustazah nak mencari penyelesaian, jika saya Tanya ceritalah dengan iklas dan jujur, segala perbincangan kita ini adalah menjadi rahsia, ia mengiayakan. Saya pun mula bertanya soalan-soalan cepu mas yang dia dengan rela menceritakan tanpa segan atau malu padaku tentang masalahnya, dia mula menceritakan masalah, mula-mula keadaannya tenang lama-kelamaan nadanya telah berubah, dia mula menangis perlahan memudian terisak-isak kerana dek sedih mengenangkan nasib diri. Aku dari mula dia bercerita hanya diam sekadar mengata “ya”, “ok” “teruskan””ya saya dengar” mata pula memerhati pada wajah ayunya, memerhatikan setiap perubahan memek mukanya. Dalam kaunseling perubahan memek muka dan juga bergerakan badan amat penting untuk menunjukkan kebenaran nya. Sebab bahasa badan atau nonverbal tidak boleh menipu sebagaimana lidah menipu, dalam kaunseling satu kemahiran yang penting adalah kemahiran mendengar dan kita mesti suka mendengar klien bercakap tanpa mencelah atau memotong cakap klien.

Aku hanya diam membiarkan sahaja dia menangis melayan perasaannya, sambil menangis ia mengangkat kain tudungnya bagi mengesat air mata yang mengalir keluar. Selesai menangis dia menyambung lagi ceritanya hingga tamat. Setelah mendengar ceritanya aku membuat refleksi terhadap masalahnya. Sebenarnya masalah mereka adalah dingin dengan pasangan setelah mempunyai 2 orang anak, mereka berkahwin atas dasar cinta semasa belajar di Al Azhar Mesir.. Sisuami seorang Pegawai Agama di satu daerah , sejak kebelakangan ini selalu pulang lewat malam kekadang pagi baru pulang. Akibatnya siisteri berasa curiga dan juga tidak mendapat layanan batin. Memanglah siisteri ini tahu kerja suaminya menangkap orang berkhalwat tetapi bukanlah setiap malam, alasan ini dijadikan suaminya untuk dia memenuhi hobinya iaitu memancing ikan.

Jadi masalah si isteri adalah bagaimana untuk menambat hati suami agar si suami tinggal di rumah bersama keluarga dan hanya keluar rumah apabila ada kerja sahaja. Ini merupakan satu challenge yang sukar buatku, kerana dihadapanku seorang yang mempunyai ilmu keluaraan AlAzhar yang sememangnya masyarakat kita mengagong-agongkan golongan ini sementara suaminya pula seorang pegawai agama yang terlalu masak dengan masalah rumah tangga, sementara aku pula insan kerdil yang cetek atau tidak tahu dalam hal-hal hukum hakam agama ini. Dalam kepala otak aku tercari-cari apakah kaedah yang nak aku guna bagi masalah ini. Hatiku tawajuh kepada Allah meminta ilham dan inilah perbicaraanku dengannya.“Alhamdulillah Allah swt telah kurniakan pada ustazah dengan rupa paras yang cantik, kemudian kurniakan pula ilmu yang dapat dekatkan diri dengan Allah dan memberi manfaat kepada orang lain, kemudian dijodohkan pula dengan suami yang bergelar ustaz dan penjadi Pegawai Agama daerah yang semua masyarakat kenal kerana kegiatan keagamaan dalam daerah, saya pula bukanlah reti apa sangat tentang agama ini untuk bagi nasehat, tetapi walau bagaimana pun marilah sama-sama kita doa moga Allah memberi jalan petunjuk kepada kita bagi selesai masalah” aku diam seketika melihat reaksinya, kemudia aku sambung lagi, “ Saya rasa kalau saya nasehat ustazah tentang agama ante lebih tahu dari saya, lani saya nak tanya bagaimana ante makan bersama keluarga “

Dia menjawab “setiap hari kami makan t/hari masing-masing ditempat kerja, anak makan di nursery sementara makan malam, kami beli kat kedai, hujung minggu pula kadang-kadang masak dan kadang-kadang beli, makan pula tidak sekali, kerap kali kami tiga beranak sahaja yang makan”

Aku bertanya: “ Soalan ini sengaja saya nak tanya sebab saya yakin ustazah selalu

buat, selalu dak ustazah doa untuk suami terutama dalam tahajjud

ditengah malam kalau boleh biaq dia dengar doa kita”

Ustazah : “Tak pernah” ,

Aku : “Bacaan hadis didalam rumah ada dak dibaca”

Ustazah : “Dak, tak baca”

Memanglah aku dak agak, kali ini aku akan bertanya soalan lebih peribadi lagi, aku agak pasti dia akan menjawab dengan jujur, sebab sebelum ini dia telah memberi jawapan yang tak sensor

Aku : “ Maaf ustazah soalan ini agak peribadi kalau ante cerita dengan

jujur akan memudahkan kita berbincang” aku mengingatnya kembali,

takut-takut dia malu bercerita. “Selalunya bila suami pulang apa yang dia

buat”

Ustazah : “Selalu dia pulang lewat malam, saya letih walaupun saya sedar dia

balik

tapi saya buat-buat tak sedar. Kadang-kadang dia pegang saya tapi saya

buat tak layan, tidoq pun tak beraleh kat dia, geram walaupun nafsu tu

nak juga tapi nak ajaq dia sikit bagi dia hargai kita, kalau nak, biaq cara

yang betui”

Aku : Dia tak marah ka

Ustazah : “ Biaq pi, sebab dia tau dia balik lambat, orang pun mengantuk nak layan dia”

Aku : “Oh ya”. Aku dok pikiaq bagaimana caranya untuk nasehat, sebab cara

agama tak boleh kerana mereka lebih pandai dari aku, jadi aku dok pikiaq cara saikologi sambil dalam hati dok minta ilham kat Allah , tetiba Allah ilham padaku satu cara, tapi kena bawa perumpamaan dulu baru straight to the point.

Aku : “ saya nak tanya ustazah, seorang suami kalau dia lapar untuk makan

t/hari, dalam keadaan dia sendiri ambil pinggan, cedok nasi, cedok

kuah,lauk dan apa-apa lagi yang ada kemudian dia sendiri mengambil

minuman dan makan bersendirian tanpa isteri menemaninya sedangkan

isterinya ada dan melihat semua itu, suaminya kenyang dak makan tanpa

isteri dia teman”

Ustazah : “Dia kenyang”

Aku “ Agak ustazahlah dia makan tu dia berasa seronok dak, makan sorang-

sorang, cedok nasi,lauk kuah sendiri , ayaq pun ambil sendiri, bini dok

tengok saja tak layan”

Ustazah : “ Tentulah dia tak seronok dan marah”

Aku : “ Seorang suami lagi bila sampai masa makan, si isteri hidang dengan

elok, kemudian mai jemput suami dan iring suami duduk depan

hidangan kemudian ambil air dan membasuh tangan suaminya

kemudian makan bersama, dia kenyang dak dan dia seronok dak”

Ustazah : “tentulah suami seronok, tentulah kenyang sebab layanan baguih”

Aku : “kalau semua isteri layan suami macam ni tentu suami akan sentiasa

ingat kat isteri di rumah, betui dak ustazah”

Ustazah : “Betui”

Sekarang aku nak tanya ustazah ni straight to the point, harap-harap dia beri kerjasama denganku.

Aku : “ Maaf ustazah saya nak tanya, dalam hubungan suami isteri sapa yang

mula dulu,” dalam kaunseling tidak boleh malu untuk bertanya soalan

sebegini dan juga untuk menjawabnya.

Ustazah : “ Suami lah mula dulu minta, kalau saya larat, ok lah, kalau tak larat off lah”

Aku : “ Ustazah tak pernah mula dulu”

Ustazah : “ Dak”

Aku : “Ustazah faham dak perumpamaan yang saya buat tadi”

Ustazah : “Kurang faham”

Aku : “ Macamnilah, ustazah untuk keharmonian rumahtangga, isteri memain peranan penting disamping peranan suami. Tengok macam laki yang makan,isteri tak layan banding dengan suami yang isterinya layan. Macam tulah juga kita, suami kita ada hak untuk disayangi dan isteri juga ada hak keatas suami untuk disayangi., ustazah faham dak “

Ustazah : “Insyaallah faham”

Aku : “ Nasehat saya,Setiap masa buangkanlah rasa marah kita pada suami,

dia adalah suami kita, syurga kita , sekali-sekali kitalah yang

memulakan dahulu, belai dia dengan manja saperti kita baru kahwin

dulu, kenangkan saat-saat gembira masa kita berbulan madu dahulu.

Insyaallah kalau ustazah buat bagini selalu,macam orang kata buat

manja, suami tak akan kemana pasti dia selalu gembira dan akan

berada di rumah selalu kalau tidak ada apa kerja kat luaq,

tak payah jampi pakai bomoh, buat benda haram”

Ustazah : “Insyallah saya akan cuba buat”

Aku : “Satu lagi, masaklah makanan sendiri sekerap yang mampu dan selalu

makan bersama”

Dalam hati aku Cuma mengharap mereka jadi baik sahaja. Masa berlalu, sudah beberapa tahun , lama tak jumpa, taqdir Allah suatu hari aku singgah di satu masjid untuk solat asar, selepas solat aku keluar dari masjid tetiba aku lihat sebuah kereta berhenti berhampiran dengan aku, rupanya ustazah tersebut bersama suami dan anak-anaknya turun dari kereta dan bila melihat aku terus dia menyapa aku dan memeperkenalkan kepada suaminya.. Selepas itu sempat juga ustazah berkata kepada aku “terima kaseh, kerana nasehat cikgu amat mujarab, saya amat bahagia”

Moral cerita benar ini adalah supaya kita sama-sama mengharungi kehidupan berumah tangga dalam suasana kasih sayang dan bahagia penuh barakah saperti kehidupan nabi saw dan para sahabat r.hum.

Kalau suami nak makan, hidanglah. Kalau perlu kita yang tanya, kita tanyalah jangan malu, ini tidak si suami aje yang terhegeh hegeh minta hidangan, kekadang hidangan pun tak seberapa tak lengkap, ala kadar aje, lepas batuk di tangga, yang teruk lagi langsung tak mahu, mula lah si suami terkebil-kebil, tidor tak mahu lena sebab perut masuk angin. Untuk itu lah suami isteri kena buat pengorbana atas agama allah swt supaya kita dikurniakan allah kesabaran dan hikmah dalam melayari kehidupan berkeluarga ini.