Ahad, 15 November 2009

MENYESAL

Terdapat tiga orang pemuda, suatu hari mereka berjalan-jalan dan telah masuk kedalam sebuah gua. Tiba-tiba suasana didalam gua menjadi gelap gulita, tiada apa yang apa yang dapat dilihat walaupun telapak tangan mereka sendiri. Dalam keadaan sedemikian mereka terdengar satu suara berkata kepada mereka bertiga." Hai manusia kamu ambil lah apa yang ada disekeling kamu. Jika kamu ambil menyesal dan kalau tak ambil pun menyesal." Orang yang pertama berkata didalam hatinya, ambil menyesal, tak ambil pun menyesal, maka diambilnya satu lalu disimpan dalam koceknya. Orang kedua berkata didalam hatinya, ambil menyesal tak ambil pun menyesal lebih baik aku ambil, maka diambil banyak sedikit daripada orang pertama lalu diisi dalam koceknya. Orang ketiga berkata didalam hatinya, ambil menyesal tak ambil pun menyesal, lebik baik tak payah ambil buat menyusah aje, maka dia pun tidak mengambil apa-apa. Seketika kemudian mereka pun keluar dan mula mengeluarkan apa yang mereka telah ambil tadi. Alangkah terkejut beruknya mereka apabila melihat apa yang mereka ambil itu adalah permata yang teramat bernilai.
Orang pertama dan kedua berkata jika aku tahu inilah bendanya pasti kami akan mengisi semua kocek kami dengan permata tersebut. Maka berkatalah orang ketiga sia-sialah aku diberi peluang tetapi tidak mengambil manfaat daripada peluang tersebut, maka menangislah ia dan minta untuk masuk semula kedalam gua tetapi peluang yang diberi sudah pun berlalu, tinggallah ia didalam penyesalan, begitulah juga sahabatnya yang berdua lagi walaupun mengambil permata tetapi sedikit dan terlalu sedikit, mereka juga menyesal kerana tidak mengambil dengan banyak tetapi peluang telah berlalu dan tinggallah mereka didalam penyesalan yang tidak sudah.
SESALDAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA. Renung-renung dan fikir-fikirlah

Sabtu, 14 November 2009

KESAH DAN TELADAN

Dizaman dahulu terdapat seorang raja yang sangat adil dan amat mengasihi akan hamba rakyatnya. Pada suatu hari baginda telah bermesyuarat dengan sekalian menterinya untuk kebajikan hamba rakyatnya. Dalam mesyuarat tersebut baginda telah membuat keputusan barangsiapa dikalangan hamba rakyatnya yang mentaati akan kehendak dan suruhannya, maka mereka ini akan ditempatkan disatu pulau yang penuh dengan keindahan, kemewahan, keseronokan dan kegembiraan, pendek kata tempat yang memenuhi apa sahaja kesukaan mereka. Maka raja ini telah memerintah dikumpul semua hamba rakyat untuk baginda memberi taklimat, maka pada hari yang ditetapkan , berkumpullah semua hamba rakyatnya tua, muda, kanak-kanak lelaki dan perempuan seorang pun tidak terkecuali hatta anak di dalam buaian semua dibawa mereka. Maka raja pun memberi taklimat kepada rakyatnya akan kehendaknya tadi, barangsiapa mentaati kehendak dan perintahnya ia akan ditempatkan di pulau yang penuh kenikmatan yang dinamakan Pulau Peranginan, raja ini telah menerangkan kelebihan dan keindahan Pulau Peranginan ini sebegitu rupa hingga semua yang hadir teramat rindu untuk pergi ke pulau tersebut dan semua mereka telah memasang angan-angan untuk dipilih menjadi salah seorang penghuni Pulau Peranginan tersebut. Akan tetapi raja ini telah memberi syarat kepada mereka sebelum mereka dipilih untuk ke Pulau Peranginan mereka terlebih dahulu dihantar kesebuah pulau untuk diuji ketaatan mereka menjalankan kehendak dan perintah raja, pulau ini dinamakam Pulau Perhentian. Pada masa yang dijanjikan maka semua hamba rakyatnya dihantar ke Pulau Perhentian. Perintah raja hanya satu sahaja iaitu mengumpul intan permata sebanyak-banyaknya di pulau tersebut dan masa yang diberi adalah terhad dan raja telah menetapkan waktu untuk dipanggil semula akan rakyatnya untuk dilihat siapakah antara mereka yang paling banyak mengumpul intan permata. Sesiapa yang paling banyak akan ditempat pada tempat yang paling istimewa di Pulau Peranginan iaitu layanan di Raja dan begitulah seterusnya mengikut jumlah intan permata.
Maka tersebutlah kesah rakyat raja apabila sampai sahaja di Pulau Perhentian maka mereka pun mulalah mencari intan permata di pulau tersebut, adapun intan permata ini sukar untuk didapati ianya terletak dibawah batu-batu. Adapun di pulau itu sendiri terdapat penghuni asal pulau tersebut, mereka ini selalu sahaja memberitahu kpada rakyat raja ini bahawa di pulau ini intan permata tidak laku yang laku hanyalah batu batan sahaja, jika tidak percaya kata mereka lihatlah dibandar-bandar semua bangunan didirikan menggunakan batu batan hanya batu batan sahaja yang berguna. lama kelamaan rakyat raja ini telah percaya akan hasutan penduduk di situ maka mereka mulalah mengumpul batu batan, ada diantara mereka mengumpul sedikit dan ada juga antara mereka langsung tidak kutip apa-apa, keadaan ini disedari oleh raja dan ian menghantar utusannya untuk memberi peringatan apa yang perlu dikumpulkan untuk bertemu raja, tetapi kelakuan mereka tetap tidak berubah walaupun ada diatara mereka yang taat dan menjadi pembantu kepada utusan tadi untuk memberi peringatan kepada rakyatnya (mereka ini diberi bonus oleh raja dengan pangkat yang tinggi disisi raja dan nama mereka dicatat untuk dipersembah pada raja).

Sampailah masanya waktu yang telah dijanjikan oleh raja untuk memberi pembalasan kepada rakyatnya. Raja telah menghantar sebuah kapal yang amat besar dan bertingkat-tingkat ke Pulau Perhentian untuk mengambil semua rakyatnya. Berhimpunlah rakyatnya di pelabuhan untuk dimuat kedalam kapal , disitu terdapat 2 orang pegawai (yang patuh pada raja dan tidak mengambil rasuah) yang kerjanya menghitung jumlah intan permata yang dikumpul, sesiapa yang paling banyak ditempatkan bahagian tingkat atas yang selesa dan yang mengumpul untan permata merangkap ia menjadi pembantu kepada utusan raja tadi ditempatkan di tingkat yang paling atas bersama dengan utusan raja tadi. Begitulah seterusnya tempat-tempat diatas kapal di isi mengikut jumlah intan permata, bagi mereka yang tidaka ada langsung intan permata ataupun yang sedikit sahaja ditempatkan di perut kapal dalam kedaan yang amat panas dan keadaan yang bergoncang dengan ombak lautan. Maka di sini mereka mulalah menangis meratapi nasib mereka dan minta dikembalikan ke pulau untuk mengumpul intan permata tapi penyesalan tidak lagi berguna. Sebab itulah masa yng diberi jangan dipersiakan dan peluang yang diterima sebagai pembantu utusan raja jangan dipersiakan.
Sekianlah cerita saya yang panjang lebar dan pengajaranya fikirlah sendiri kerana fikiran kita tidak sama iatu mengikut kefahaman masing-masing. Umpama seekor lembu jika ia memakai cermin mata hitam rumput hijau pun nampak hitam tapi jika ia pakai cermin mata hijau rumput kering pun dia nampak hijau

Jumaat, 13 November 2009

MENGASIHI SAUDARA SEISLAM KERANA ALLAH

Pertanyaan Kepada Rasulullah saw Mengenai Akar Tunjang Agama Islam Yang Paling Kukuh dan Jawapan baginda saw Untuknya.

Dikeluarkan oleh Ahmad daripada Al Bara bin Azib r.anhum katanya "Kami telah duduk bersama dengan rasulullah saw Baginda telah bertanya Apakah akar tunjang agama islam yang paling kukuh?. Para sahabat menjawab:" Solat", Rasulullah saw bersabda, "satu kebaikan. Apakah yang menyertainya?: Sahabat menjawab "Puasa di bulan Ramadhan". Sabda Rasululluh saw lagi, :satu kebaikan, apakah yang menyertainya?"Para sahabat menjawab "Jihad" Tanya baginda saw lagi "apakah pula yang menyertainya"Rasulullah saw kemudiannya bersabda " Sesungguhnya akar tunjang yang paling kukuh sekali ialah kamu mencintai (seseorang) kerana Allah dan membencinya kerana Allah juga"

Juga telah dikeluarkan oleh Ahmad daripada Abu Dzar r.a "Rasulullah telah keluar menemui kami dan bersabda" Adakah kamu mengetahui, apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah swt?" Seorang telah berkata "Solat dan Zakat". Seorang lain pula berkata "Jihad". Kemudian Rasulullah saw bersabda' Amalan yang paling dicintai Allah adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah"
Sebaimana dalam Majmul Zawaid

Rujukan daripada Kitab Hayyatus Sahabah
susunan
As-Sheikh Maulana Muhammad Yusuf Al-Khandahlawi

Khamis, 12 November 2009

KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAH

Diceritakan didalam kitab dizaman dahulu ada seorang gadis yang selalu membaca Bismillah setiap kali dia hendak memulakan sesuatu pekerjaan samada yang kecil atau pekerjaan yang besar. tidak kira apa sahaja walaupun membuka tudung periuk atau apa sahaja. Ditakdirkan ia teLah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang mana lelaki ini seorang yang fasik. Berlalulah kehidupan mereka sehari-harian yang mana si suami ini amatlah tidak suka mendengar isterinya membaca Bismillah. Satu hari suaminya telah berkata kepada si isteri bahawa pada suatu hari nanti dia akan membuatkan isterinya kecewa(hilang keyakinan) kerana membaca Bismillah.
Suatu hari si suami telah mengisi wang kedalam sebuah beg dan memberi kepada isteri untuk disimpan, dengan membaca Bismillah ia telah mengambil beg tersebut dan membawanya kedalam rumah untuk disimpan, si suami telah mengekori untuk melihat dimana tempat isterinya menyimpan beg tersebut. Si isteri dengan membaca Bismillah membuka almari dan menyimpan beg tersebut dan dengan Bismillah juga ia telah menutup almari tersebut. Pada hari yang ia merancang hendak mengenakan isterinya, tanpa disedari oleh si ister, ia telah mengambil beg tersebut dan membuagnya ke dalam telaga, kemudian dia telah mendatangi isterinya dan meminta begnya kembali. Si suami ini menyangka kali ini akan hilanglah keyakinannya terhadap Bismillah apabila melihat beg sudah tiada. Si suami mengikut si isteri untuk melihat apa yang terjadi, isterinya dengan kalimah Bismillahirrohmanirrohim telah membuka almari sambil diperhati oleh suami, alangkah terkejutnya (terkejut Beruk) apabila beg yang ia telah buang ke dalam telaga tadi berada di dalam almari dalam keadaan yang baik tidak ada tanda basah atau diambil oleh orang dan wangnya pun tidak hilang, sisuami dengan perasaan menyesal dan meminta maaf kepada isterinya sambil menceritakan kesah yang sebenar dan dia telah bertaubat kepada Allah dan menjadi seorang yang taat perintah Allah swt.

Ulasan saya
Sebagai isteri kita kena bersabar dengan kerenah suami yang tidak baik dengan cara menunjukkan akhlak yang baik dan berdoa kepada Allah swt.