Isnin, 18 Mei 2015

REZEKI DI JALAN ALLAH

Rezeki seseorang dan juga sekalian makhluk telah ditetapkan oleh Allah swt sebelum terciptanya alam ini. Orang yang keluar di Jalan Allah swt berjihad kerana menengakkan agama allah swt adalah menjadi jaminan allah swt bagi mereka dan keluarga yang mereka tinggalkan dirumah. Sebagaiaman suatu kesah dalam satu Jemaah para sahabat seramai 300 para sahabat r. hum yg diketuai oleh Abu Ubaidah r.hu kearah persisiran pantai, selama 15 hari perjalanan mereka perbekalan mereka yg merupakan buah tamar. Setelah beberapa hari bekalan buah tamar telah pun habis, seorang sahabat sayyidina Qais r.hu telah membeli untu-untu tunggangan dalam Jemaah tersebut yang mana bayarannya akan dibayar setelah pulang ke Madinah , unta-unta ini disembelih sebanyak 3 ekor setiap hari sebagai makanan mereka. Selama 3 hari perkara ini berjalan sebelum amir Jemaah telah menahan perkara ini kerana takut mereka kehabisan binatang tunggangan dan ini akan mendatangkan masalah kepada mereka. Selepas itu semua buah tamar yang berbaki pada setiap orang dikumpulkan, dan setiap hari hanya diberi setiap orang sebiji tamar untuk makanan, lama kelamaan buah tamar ini pun habis dan mereka diambang kebuluran, hinggakan mereka telah mengambil daun daun dan dibasahkan dengan air untuk dimakan. Hinggakan mulut mereka luka luka. Biasanya Allah swt akan memberi kemudahan selepas setiap kesusahan dan kesempitan. Selepas segala kesabaran mereka Allah swt telah mengurniakan kepada mereka seekor ikan yang besar datang dari laut ke panatai kepada mereka, ikan ini dinamakan Anbar, mereka(300 orang) telah memakan ikan Anbar ini selama 18 hari,.Baki ikan ini telah dibawa pulang ke Madinah dan baginda nabi saw memakan ikan anbar ini. Besar bulatan lubang biji mata ikan ini ialah sama dengan ketinggian seorang dewasa berdiri didalam rongga mata ikan sambil tangannya mengangkat dan memegang bulatan yang diatas kepalanya, bayangkan besarnya ikan ini. 300 orang para sahabat r.hum telah makan selama 18 hari dan belum lagi habis dan bakinya dibawa pulang ke Madinah Subhanallah. Rasulallah saw juga makan ikan tersebut setelah mendengar cerita bagaimana mujahadah mereka. Tapi cerita yang aku nak tulis ini adalah pengalaman aku semasa berada di jalan allah swt, banyak cerita yang seumpanya cerita ini tapi cukuplah satu @ dua cerita sahaja. Cerita pertama, Ketika aku berada di Makkah al mukarramah, setiap hari aku pergi solat subuh bersama isteri di masjidil haram, kemudian selepas subuh kami balik ke hotel, setelah bersarapan dan berehat sekejap aku mula pula pergi ke masjid haram berseorangan kerana isteriku dia bergerak bersama kakak ipar dan abang aku, ini kerana aku berjalan lambat macam kura-kura, samada utk tawaf atau solat dhuha selepas itu aku akan iktikaf dalam masjid sehinggalah waktu isyak baharulah aku pulang ke hotel beginilah rutin aku selama di makkah setiap hari. Makanan harian aku tengahari dan malam hanyalah air zam zam dan buah kurma dan apa sahaja yang allah takdirkan utk aku makan. Keluar waktu pagi pulang waktu malam, jadi aku tidak kenal langsung dimana kedai jualan jubbah, atar atau capati atau apa apa makanan yang dijual disana kerana aku langsung tidak pernah singgah dimana mana kedai pun. Beginilah keadaan aku tanpa mengalami apa apa masalah setiap hari, Allah swt selalunya ingin melihat hambanya tawajuh kepadaNya, maka Dia akan mengadakan bagi hambanya suatu ujian. Ceritanya begini, pada suatu petang sudah hampir dengan magrib keadaan dalam masjid kelihatan budak budak remaja membuat khidmat membentang saprah plastic panjang untuk diletakkan makanan bagi berbuka puasa, orang yang berpuasa akan datang duduk disitu untuk berbuka puasa, banyak saprah yang dibentangkan.Waktu itulah perut aku terasa begitu lapar sangat, buah kurma sudah habis dalam simpanan aku, kelaparan aku semakin bertambah tambah, makanan yang dihidang ada tidak berapa jauh daripada aku, untuk pergi meminta terasa malunya. Jadi apa yang boleh aku buat hanyalah berdoa kpd allah bagi menyelesaikan masalah kelaparan yang aku alami. Nun disebelah hadapan kanan aku lebih kurang berjarak sepuluh saf daripada tempat aku duduk kelihat seorang sedang membahagi bahagikan makanan iaitu roti, keju dan tamar, aku lihat seorang pakcik tubuhnya agak kecil , dia meminta dan diberi kemudian minta lagi diberi kemudian minta lagi dan diberi sehingga beberapa kali, dalam hati aku mengatakan banyaknya pakcik ni makan tetapi orang yang memberi tetap memberi tanpa berkata apa apa. Selepas itu pakcik itu beredar berjalan kearah kiri , aku memerhati gelagatnya, dia terus berjalan dan berjalan bila sahaja sampai betul betul dengan kedudukan aku dia membuat pusingan 90 darjah betul betul dengan aku dan berjalan dalam jarak 10 saf, aku hanya memerhati sahaja, tiba tiba dia sampai betul betul dihadapan aku dan tidak berkata sepatah pun terus dihulurnya makanan tadi semuanya kepada aku dan terus berlalu dari situ, aku mengambil dan mengucap jazakallahhukhair, Aku bersyukur kepada Allah swt dan berazam selepas ini apa sahaja yang kita hendak terlebih dahulu berdoa kepada allah kemudian baharulah kita berusaha. Dengan bertawakal kpd allah disaat tiada sesuatu kepada kita, maka allah akan penuhi hajat kita, subhanallah. Peristiwa yang ke dua, Peristiwa ini berlaku semasa aku sedang khuruj 40 hari di Thailand, Sebenarnya peristiwa yang aku nak ceritakan ini sering berlaku kepadaku dan kepada mereka yang sedang keluar khuruj dijalan allah swt, begini ceritanya, Disuatu pagi selepas makan pagi disebuah masjid di daerah Satun Selatan Thailand, aku keluar untuk berwuduk, selepas berwuduk tetiba terbang seekor burung ayam – ayam dihadapan aku, agak besar burung ini. Bila sahaja aku terlihat burung ini terus hatiku terlintas dan berkata dalam hatiku, “alangkah sedapnya burung ayam ayam ini digoreng dan dibuat masak asam manis saperti masakan allahyarhamah ibu aku”. Selepas itu aku masuk ke dalam masjid untuk meneruskan amalan Jemaah. Dipendekkan cerita bila sampai masa makan tengah hari makanan disedia dan dihidangkan kepada kami oleh orang tempatan. Baru mula hendak makan datang seorang jiran masjid dengan membawa semangkuk makanan untuk menjamu kami seramai 8 orang dari markas Jitra, tetapi semua sahabat sahabatku menolak makanan tersebut, Jadi rezeki akulah makanan tu habis aku bedal , Subhanallah, kau orang mahu tahu apa makanan tersebut. Makanan tersebut ialah masak goring asam manis burung ayam ayam yang aku terlintas dihatiku pagi tadi, betul betul rasanya saperti masakan ibuku, Allahu, subhanallah, masya Allah, Allah telah memenuhi keinginanku, ini baharu didunia dimana keinginan orang yang keluar di jalan allah , Allah swt telah tunaikan, Semoga Allah menunaikan juga hajatku untuk syurgaNya kelak. Selepas makan aku berbual dengan pakcik yang menghantar masakan tadi. Aku Tanya dimana dia mendapat burung ayam-ayam tadi. Dicerikan kepadaku pagi tadi ketika dia sedang berbual dengan isterinya tetiba seekor burung ayam ayam masuk kedalam rumahnya melalui tingkap dan jatuh betul betul dihadapannya dan terus ditangkapnya dengan mudah, selepas itu isterinya berkata eloklah burung ini menjadi rezeki Jemaah Malaysia (kami lah) yang ada di masjid. Isterinyalah yang mencadangkan masakan goring masam manis. Aku tidak berkata apa apa kepadanyasekadar berterima kaseh tetapi didalam hatiku memuji allah swt yang telah menunaikan keinginanku kerana teringat akan masakan ibuku yang telah kembali kerahmatullah (semoga allah merahmati ibuku). Sebenarnya banyak kesah sebegini yang pernah aku lalui dan merasai sepanjang aku khuruj di jalan Allah swt, kerana ini adalah janji allah bagi mereka yang korban diri dan harta di jalan allah swt bahawa allah akan memelihara mereka didunia dan akhirat.