Isnin, 17 Januari 2011

Bil

40

hari

40 H

Mas

turat

Bil

Talim

Mas

turat

Tklim

rumah

Krkn

Satu tahun

Shif

/DTI

Bil jmah 3h se bulan

1j >20 org

30

4p

5j

40

10p

4

74

2

2

8j

43

4p

1

2

5j

12

6p

2

102

4j

47

8p

2

215

5

9j

13

3p

1

53

2j

15

1p

1

38

2j

12

2p

1

17

rumah

dan kedai

1j

17

2j

39

2P

1

10

1J

8

1p

1

13

1j

35

6p

4

40

2j

30

4p

1

16

1

4j

20

2p

1

20

2j

17

2p

1

10

1j

Sambungan daripada jadual yang hilang

KARGUZARI USAHA DI SRI LANKA

Assalamualaikum

Semuga pembaca semua mendapat rahmat dan keampunan daripada ALLAH swt.

Alhamdulillah berkat fikir dan doa dari orang-orang yang mempunyai fikir risau nabi saw, kami satu jemaah dari Markas Jitra 8 orang telah dihantar selama 40 hari belajar usaha agama Allah di Sri Lanka pada 19 Nov 2010 dan tangguh pada 29 Dis 2010. Pada 20 Nov kami telah mendapat bayan hidayat di Seri Petaling dan pada pagi 21 Nov kami telah berangkat ke Colombo sri Lanka dengan menaiki pesawat Air asia.

Karguzari ini saya tulis hanya untuk berkongsi pengalaman bagaimana usaha yang telah dibuat ditempat orang yang telah maju, terutama disegi pengorbanan masa dan harta dijalan Allah swt. bagaimana sifat-sifat mereka dalam melayan tetamu luar juga antara sesame mereka orang islam dan dengan orang bukan islam. Kami sampai di lapangan Terbang Colomba jam 7.30 pagi ( 10.00 pagi waktu Malaysia) perbezaan masa antara Malaysia dan Seri Lanka 2 jam 30 minit, kita lebih awal sebab terlebih dahulu mendapat cahaya matahari. Sampai disana sudah ada orang menunggu .Apabila urusan passport dan visa selesai, kami dijemput oleh orang tempatan, kami mendapat Visa selama sebulan iaitu VOA selepas itu di tambah lagi sebulan dengan bayaran Rs450 (RM14) kami ada 2 jemaah masa itu, satu lagi jemaah dari Taiping, 3 jemaah lagi datang pada 23 Nov iaitu, satu jemaah Selama, satu Trangganu dan satu Jemaah Masturat dari Ipoh 5 pasang. Semua 5 jemaah Malaysia untuk musim cuti sekolah. Disana berbeza dengan tempat kita, biasanya kita akan menjemput jemaah luar dengan kenderaan kita sendiri dan paling special jemaah masturat mesti mendapat kenderaan VIP. Disini kita kena sewa van awam untuk semua pergerakan kita dengan tambang sendiri, kebanyakkan orang Sri Lanka mereka tidak mampu membeli kenderaan kecuali peniaga-peniaga besar dan tauke-tauke sahaja, bagi saudara yang membuat usaha agama mereka menggunakan wang untuk keperluan keluarga, rumah dan belanja keluar di Jalan Allah dengan belanja besar untuk ke luar Negara. Pergerakan mereka banyak menggunakan pengangkutan awan saperti bas, three wheel (otto d India) dan keratapi. Dari lapangan terbang ke markas lebih kurang 40km jaraknya, masa perjalanan lebih kurang 2 jam dan sewa van 2400 rupee (RM75) bukan harga tetap bergantung kepada Van. Apabila sampai dekat dengan Markas d Colombo kami lihat suasana orang lelaki memakai jubah/kurta bewarna putih dan berjanggut sementara wanitanya memakai pakaian hitam berpurdah atau menutup aurat dengan menampakkan muka sahaja, tetapi bilangan wanita kurang berada dijalanan. Sampai di markas kami disambut oleh istiqbal dan diberi bilik khas untuk jemaah luar Negara, jemaah kami di tingkat 4 dan jemaah Taiping di tingkat tiga bersama jemaah dari Pakistan (7 Bulan), pintu masuk ke tempat jemaah luar dijaga oleh jemaah security sepanjang masa silih berganti. Di Markas saya lihat layanan mereka amatlah mesra dan berhikmah, makanan yang dijamu cukup menyelerakan dan ditambah mengikut keinginan sehingga kita puas, makanan disediakan. 4 kali sehari. Pagi, t/hari, petang dan malam. Selepas asar kami dibawa berjumpa dengan syura dan orang tanggungjawab yang sedang bermesyuarat untuk diperkenalkan. Sistem markas sama saperti Nizamudin dan seri Petaling, ada bilik amanat dan program seharian markas sama iaitu lepas subuh, Kuliah subuh, rehat, kemudian bayan hidayat sampai setengah jam sebelum zohor berhenti, waktu ini semua mereka tidor kerana sunnah khairullah, lepas zohor makan, kemudian rehat solat asar, lepas asar ada Taklim sampai hampir magrib, lepas magrib bacaan yaasin infradi dan doa istamae lepas itu program karguzariyang nak keluar di jalan Allah lebih daripada 40 hari bagi seluruh sri Lanka akan datang di Markas Colombo Islamic center. Di markas setiap hari orang yang akan keluar ke jalan allah banyak beratus orang, dan keadaan ini sepanjang tahun sama sahaja, tak sama dengan tempat kita bermusim, yang paling banyak iaitu cuti sekolah dan pada 15 syaaban setiap tahun. Istimewa di Markas Colombo semua karkun tempatan yang nak keluar di jalan Allah diberi makan percuma 5 kali sehari. Minum teh beserta biskut sebelum solat subuh, sarapan pagi selepas bayan subuh, makan t/hari , minum petang dan makan malam, maknanya di markas bayaran tidak dikenakan untuk setiap kali makan, di markas kita Seri Petaling sekali makan untuk t/hari satu talam RM8 dan pagi RM6, perbezaan ini berlaku pun kedua-duanya ada kebaikan dari Allah swt.

Di markas kami mendapat targhib daripada elders disini yang mana nasihat-nasihat yang diberi semuanya diambil daripada maulana Ilyas rah, maulana Yusuf rah, mufti zainal Abidin rah , maulana Said Ahmad Khan rah , maulana Inamul Hasan rah Maulana Saad, Maulana Zubir , Syeik Haji Abdul Wahab dan elders kita lain.

Selepas 2 hari kami mula keluar ke tempat yg diputuskan oleh syura mereka, bersama kami diberi 2 orang penterjemah merangkap khidmat kepada kami didalam semua masalah berkaitan dengan tempat yang kami keluar, Tempat taskil kami iaitu dikawasan Slave Island di Colombo tempat banyak orang Melayu , Negombo, Chilaw, Akurana Kandy dan Matale. Di Sri Lanka jemaah luar negara tidak dibenarkan untuk masak, makanan disediakan oleh orang tempatan untuk ikram.

Slave Island dahulunya ia adalah sebuah pulau yang dikelilingi oleh sungai kecil, sekarang ia telah didirikan banyak jambatan pendek-pendek, kawsannya sekarang maju dan tanahnya mahal dan terdapat banyak banggunan kerajaann pusat pengajian dan perniagan dan kewangan. Disitu mula-mula orang Inggeris telah membawa orang India sebagai hamba, kemudian membawa pula orang Melayu dari Kepulauan Melayu sebagai pekerja terutamanya tentera dan polis. Orang Melayu telah membentuk satu rumpun bangsa di situ dengan mendirikan masjid-masjid untuk kegiatan keagamaan. Disini kami berusaha selama 6 hari, salah satunya masjid Melayu yang didirikan oleh orang Melayu lebih 200 tahun dahulu. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan paling kuat usaha agama (rujuk dalam jadual). Bayan dan khususi kita buat dalam bahasa Melayu diterjemah dalam bahasa Tamil. Bahasa Melayunya tidak sama dengan bahasa Melayu kita, sebab mereka telah mengikut terjemahan bahasa Tamil. Sebagai contoh “Khabar baik” mereka kata “Baik Khabar”, tetapi kebanyakkan mereka sudah tidak boleh bercakap bahasa melayu lagi. Pada masa itu ada 3 jemaah foreign yang bergerak serentak.di Slave Island, Satu Jemaah India, satu jemaah kami dan satu lagi Masturat dari Ipoh, mereka nusroh diri dan harta (makanan) dengan sempurna, Hebat usaha mereka. Di sini aku berjumpa dengan jemaah masturat 40 hari yang datang di Alor Setar pada April 2010 yang mana aku nusroh mereka selama 3 hari, mereka masih mengenali aku dan nusroh jemaah kami diri dan memberi makan kami saperti masakan Malaysia.

Kemudian kami berusaha di kawasan Negombo 40km dari Colombo selama 6 hari, disini usaha sama hebat dengan Slave Island, di sini aku berjumpa dengan 3 orang ahli jemaah masturat 40hari yang pernah datang di Alor Setar pada tahun 2008 dan berusaha di rumah aku 3hari, mereka masih mengenali aku, mereka bagitu gembira dan membawa aku ke rumah mereka, selepas 6 hari kami ke Chilaw 40 km dari Negombo, di Chilaw ada juga kawasan Melayu dimana kami berusaha di satu Masjid namanya Malay Mosque., masjidnya antic dah berumur hampir 200 tahun, masjid ini sebenrnya bukan moharlah yang diputuskan mesyuarat tetapi bidan terjun kerana morhalah sebenar tidak dapat masuk kerana banjir , walaupun bagitu karkun disini tetap memberi yang terbaik kepada kami, waktu pagi kami sampai hanya 2 orang tempatan sahaja yang tahu, dan merekalah yang telah mesyuarat untuk nusroh kami memberi makan dan masa untuk khususi, lepas mesyuarat kami lihat mereka berdua ini sebuk memuat khususi karkun, dan waktu zohor ramai karkun yang datang dan memberi masa kepada kami.Lepas itu kami pulang ke markas Colombo untuk taskil kedua. Taskil kedua kami ke Akurana kanday kawasan pergunungan yang dingin, Untuk ke Akurana kami menaiki keretapi daripada Colombo ke Kandy, ia kawasan atas bukit dan sejuk dimana terdapat ladang Teh , disini ladang teh banyak juga kepunyaan orang islam. Usaha agama disini amat maju, banyak daripada mereka telah keluar 4 bulan luar Negara dan banyak daripada mereka telah datang ke Malaysia. Mereka seronok keluar di Malaysia, walaupun kita lemah dalam usaha pengeluaran jemaah tetapi nusroh yg kita beri kepada mereka sangatlah berkesan dan mereka terkesan dengan kelembutan orang-orang Melayu dan juga suasana harmoni dan keindahan Negara kita serta amalan sopan santun kita tetap menjadi ingatan mereka dan mereka suka akan datang lagi ke Malaysia. Ada diantara mereka yang telah keluar 4 bulan di Malaysia lebih daripada 2 kali dan pandai berbahasa Melayu dan boleh bercakap melayu dengan kami dan boleh menterjemah dalam bayan. Di kawasan akurana kami sempat menghadiri ijtimak mereka, Ijtimak ini hanya untuk kawasan 2 halkah dengan bilangan masjid yang terlibat 20 buah masjid sahaja, jumlah yang hadir seramai 3000 orang dan hasil yang dapat keluar 4 bulan dan 40 hari seramai 150 orang. Route terakir kami ialah di Matale, juga selama 6 hari, di sini kami usaha atas student dimana di hari akhir kami bergerak bersama 3 buah bas bersama student untuk keluar 40 hari ke markas Colombo. Sebenarnya student ini telah diusahakan oleh orang tempatan, kami Cuma hadiri jor mereka pada hari terakhir peperiksaan O Level pada hari jumaat dan pada pagi sabtu dan Ahad mereka mula berangkat ke Markas Colombo

Data yang semat saya kumpul mengenai Sri Lanka dan tempat yang kami keluar

Keseluruhan Sri Lanka

Bangsa : Singhales(bahasa Singhala), India(Tamil)

Ugama : Budha, Hindu, Islam dan Kristian (ikut susunan)

Penduduk Islam: 2 juta orang

Karkun 4 Bulan : 10 ribu orang (sumber syura Sri Lanka)

Keluar 4 Bulan setiap tahun : 8 ribu orang (sumber syura S Lanka)

Area/kawasan : 120 area seluruh Sri Lanka

Markas Area : 120 buah markas seluruh Sri lanka

Satu markas ada 2 @ 3 @ 4 @ 5 halkah sahaja

Satu halkah ada 5 @ 6 @ 7 @ 8 buah masjid sahaja

Area

Morha

Lah

Bil

rumah

Bil

Lelaki

baligh

% Bil

lelaki

solat

Bil

Kkun

4B

Bil

40

hari

40 H

Mas

turat

Bil

Talim

Mas

turat

Tklim

rumah

Krkn

Satu tahun

Shif

/DTI

Bil jmah 3h se bulan

1j >20 org

Slave

Island

Masjid Akbar

390

960

20

30

4p

5j

Masjid

hanafi

294

686

75%

33

40

10p

4

74

2

2

8j

Sahul

Hameed

mosque

315

715

80%

24

43

4p

1

2

5j

Negombo

Masjid

Hairath

344

571

90%

20

12

6p

2

102

4j

masjid

Muzafa

564

553

25

47

8p

2

215

5

9j

Masjid Kamachchode

130

252

90%

216 org

11

13

3p

1

53

2j

Chilaw

Masjid melayu

88

150

95%

2

15

1p

1

38

2j

Masjid hanafi india

10

162

98%

6

12

2p

1

17

rumah

dan kedai

1j

Masjid chilaw

town

127

202

90%

17

2j

Akurana

Kandy

Masjid hikmah galhina

145

320

85%

3

39

2P

1

10

1J

Masjid

Darus salam

20

49

100%

2

8

1p

1

13

1j

Masjid

Arafa

148

358

75%

10

35

6p

4

40

2j

Matale

Masjid

town

186

450

80%

12

30

4p

1

16

1

4j

Zain takia

250

kedai

225

65%

5

20

2p

1

20

2j

Masjid hanafi

R 53

Kdai 86

192

95%

3

17

2p

1

10

1j

Cara kerja dakwah di Sri Lanka

1. Mesyuarat harian selepas solat subuh bagi seluruh masjid di Sri Lanka, penyertaan bergantung kepada jumlah karkun, Kadang-kadang hampir semua duduk dalam mesyuarat, ada yang separuh jemaah solat duduk dan ada yang sedikit bergantung kepada kekuatan morhallah tersebut.

2. Lepas mesyuarat bermulanya DTI/Shif iaitu taklim setengah jam dan khususi bermula. Dalam mesyuarat dia atur shif bagi DTI, khidmat dan khususi jemaah dan sebagainya. Shif bermakna mereka membuat DTI mengikut masa mereka secara berkumpulan, ada yang melapang masa selepas subuh, ada yang selepas zohor, asar dan sebagainya. Jadi kami menunggu rahaba untuk khususi kerana di Sri Lanka khususi tanpa rahaba tidak dibenarkan sama sekali.

3. Gast/jaulah dibuat selepas magrib bagi seluruh Sri Lanka. Lepas doa solat magrib terus iklan dan selepas sunat magrib terus diberi adab gast dikawasan belakang ruang masjid. Adab pendek dan ringkas. Kerana masa antara magrib dan isyak adalah pendek sama saperti di Malaysia, lagi pula mereka semua bermazhab Syafie, lepas solat ada wirid yang perlu disempurnkan. Mutakallim bercakap pendek sahaja dan ringkas sebab rumah jauh dan masa singkat jadi kena pandai membahagikan masa.

Bayan diadakan selepas solah sunat isyak, masa bayan dan taskil lebih kurang seten

gah jam, tetapi kebanyakkan yang datang solat isyak semuanya duduk di dalam

bayan.. Jika bayan di markas area, bayan selepas sunat magrib sampai masuk waktu

isyak, azan dilaungkan, bayan berhenti seketika, di Sri Lanka semua mereka

menghormati azan, bila azan dilaungkan semua perbualan dihentikan termasuk

kanak-kanak akan diam mendengar azan dan menjawab azan.Selepas azan isyak

taskil bermula lebih kurang 15 atau 20 minit iqomat dan solat isyak.

Kerja-kerja di Sri Lanka ini kita lihat cara kerjanya bersahaja dan mudah tetapi penuh fakir risau. Cara mereka memberi targhib yang mudah dan cara khususi yang simple hingga semua orang merasa mudah membuatnya, kita yang mendengarnya tidak rasa tertekan dan rasa senang untuk membuatnya. Sebagai contoh bila kita membuat usaha dikawasan Bandar yang semua orang sebuk dengan pekerjaan, khususi banyak dijalankan dikedai-kedai, mereka telah memberitahu kita cara untuk bercakap iaitu, beri salam dan berjabat tangan dan cakap “kami jemaah dari Malaysia , Insyaallah minta hadir dalam program gast dan bayan waktu magrib”. Sebenarnya semua yang kita khususi bukanlah karkun tetapi mereka sudah biasa dengan usaha kerana mereka sering didatangi oleh karkun tempatan dalam program khususi. Jika kita pergi buat khususi di rumah kita hanya bercakap di luar rumah kerana rumah mereka kecil tiada ruang untuk tetamu, ini pun kita bercakap pendek dan ringkas yang penting kita membuat hubungan, kemudian di masjid nanti kita akan jumpa mereka dan bercakp dengan panjang dan taskil. Usaha di kawasan luar Bandar , contoh kami pergi ke Akurana kandy, kawasan pergunungan, cuaca sejuk, kawasan ladang teh, banyak dimiliki oleh orang Islam juga, rumah mereka besar-besar macam istana, Jika khususi dapat berbual panjang dan dapat makan minum lagi. Nusroh makanan, mereka membawa kami ke rumah mereka untuk makan. Dalam route kami, hanya Slave Island sahaja kawasan Bandar yang sebuk yang lain-lain kawasan Bandar biasa dimana usaha khususi sama dengan tempat kita.

Perkara yang menkagumkan iaitu usaha keatas pelajar lepasan O Level (SPM bagi kita). Seluruh Sri Lanka ada 2 masa untuk pelajar keluar pertama bulan ogos untuk pelejar kolej dan universiti dan masa kedua untuk pelajar O Level pada akhir Disember. Mereka tamat peperiksaan O Level hari jumaat dan pada hari sabtu sudah bertolak ke Markas Colombo. Di Markas kami lihat beribu pelejar yang berusia 16 dan 17 tahun sedia untuk keluar, mereka tiba di markas siang malam, pagi dan petang hingga memenuhi markas 3 tingkat , tingkat keempat untuk forein. Boleh dikatakan semua mereka memakai seluar Jean dan T Shirt bergambar (macam-macam gambar ada), aku teringat satu bayan maulana kepada kami, dia kata biarlah mereka berlari didalam masjid dan bergurau atau bergusti jangan marah ini memang tabiat mereka, yang penting kita hendak bentuk mereka menjadi dai yang baik. Bila aku lihat keadaan pelajar dan suasana orang tanggungjawab markas melayan mereka dengan baik dan lemah lembut, membuatkan aku terkenang bagaimana hendak melayan anak-anak kita dengan lemah lembut dan kasih sayang, boleh dikatakan di semua masjid aku pergi, orang tua tidak pernah marah kepada kanak-kanak di dalam masjid.Pelajar mula keluar jemaah hari Ahad (untuk yang datang hari Sabtu) bagitulah seterusnya. Satu jemaah ada 3 atau 4 orang awam yang datang bersama dengan mereka bagi setiap morhalah dan 20 atau 25 orang pelajar. Jadi setiap jemaah pelajar keluar bersama dengan orang morhalah mereka sendiri dan setiap 10 hari orang morhalah mereka akan datang memberi nusroh sehinggalah jemaah ini tangguh. Jadi mereka betul-betul mengambil tanggungjawab keatas student sehinggalah jemaah itu tangguh. Kita disini taskil student untuk keluar, bila hantar ke markas student sahaja yang pergi, orang awam tidak ada dan serah pada markas Sri petaling.

Sri petaling tugasnya untuk selaraskan jemaah dan menghantar jemaah ke tempat yang sesuai, bukan untuk sedia orang awam untuk keluar bersama student, inilah kelamahan

saya dan kita semua.

Jemaah bertolak pulang ke Malaysia hari Selasa, selama 3 hari itu jemaah taskil dah beritahu sudah 2500 orang pelejar dah keluar dan masih banyak lagi yang ada di markas dan akan datang lagi, mungkin anggaran mereka 5 atau 6 ribu orang pelejar akan datang lagi, jumlah ini aku rasa munasabah sebab hari selasa itu pelajar yang belum di bentuk jemaah masih penuh di markas. Kata seorang ahli jemaah Pakistan yang keluar 7 bulan , usaha tempatan 2 SETENGAH JAM ATAU 8 JAM MEREKA AMAT KUAT, kami pun belum mampu buat begini dikalangan student.

Aku sarankan jika ada jemaah Sri lanka yang sedang bergerak ditempat tuan-tuan gunalah mereka dengan baik dan belajarlah usaha 5 amal dari mereka, kerana mereka yang datang kesini adalah orang yang biasa buat usaha tempatan, jika kita tidak tanya mereka, mereka tidak akan beritahu kepada kita kerana pada pandangan mereka kita ini adalah “orang lama”.

Akhir sekali jika ada kesilapan dalam karguzari ini aku mohon ampun dan maaf kepada pembaca sakelian