Khamis, 23 September 2010

LANGKAWI DI ERA SUMPAHAN MAHSURI


Bismillahirrohmanirrohim

Cerita ini sebenarnya tiada kaitan dengan lagenda Mahsuri, tetapi aku pernahlah melihat cucu-cicit Mahsuri semasa kami keluar masturat 40 hari di Phuket, Thailand dikampong tempat tinggal cucu-cicitnya termasuklah Aisyah yang kesahnya gah diperkatakan satu masa dahulu di surat khabar perdana Malaysia, telah pun berkahwin baru-baru ini. Mereka tinggal di Kamala Phuket ditepi pantai, Pantai Kamala yang terkenal juga di sini, kami ada menjemputnya ke program masturat berhampiran rumahnya, mungkin ia ada hal lain menyebabkan dia tidak dapat hadir. Di Kamala banyaklah keturunannya, ada yang ikut jemaah dakwah dan memberi nusroh pada jemaah kami. Maaf sudah lari dari tajuk asal, sebenarnya aku nak kongsi pengalaman keluar di Langkawi era sumpahan Mahsuri sebelum zaman “Langkawi Moden” sekarang.

Pada tahun 1981 ketika itu aku baharu ditahun pertama di UPM Serdang, pada cuti akhir semesta jemaah kami telah dibentuk dan telah diputuskan untuk keluar ke Perlis,dan aku sebagai “amer sab” jemaah, dalam jemaah ini akulah kira yang muda sebab yang lain ada yang final year,2nd year dan juga beberapa orang kawan aku, 1st year yang baru pertama kali keluar 40 hari, kebanyakkan kami dari kolej kediaman ke 6. Yang aku masih ingat lagi kawan-kawan aku itu, Sani bin Palil dari Banting (sepupu penyanyi Malik Ridzwan), Yahya Atan (bukan pemain Hoki), Nasir bin Ismail (sekarang jadi Penolong Pengarah LKIM Kedah), Rasid bin Chik , Trangganu (sekarang Pensyarah Maktab di T ganu), Zakaria Ansori (Guru Besar di Jitra), ini semua kawan baik aku, pengalaman taskil mereka keluar masyaallah, yang tidak boleh aku lupa, bila sahaja exam sudah tamat, wujud satu suasana balik kampong di kampus, disemarakkan lagi dengan lagu dendangan Allahyarham Sudirman, lagu “Balik Kampong” terdengar dimana-mana. Sesiapa yang mendengarnya memanglah teringat akan suasana kampong dan keluarga yang sudah lama terpisah dan keiginin untuk balik kampong memang semakin membuak-buak, jadi kita “orang lama” ini kena sibuklah buat taskil dan antara mereka yang dah siap beg nak keluar 40 hari pun dah membeli tiket nak balik, apalagi aku ambil beg tersebut dan aku ambil juga tiket yang dah dibeli itu aku jual kepada orang lain, akhirnya keluarlah juga dia, Alhamdulillah. Jadi untuk mereka yang masih belajar kat IPT atau IPTS masa hari akhir peperiksaan itulah hari yang sangat penting untuk kerja usuli, jika tidak dibuat sungguh-sungguh akhirnya kita sahaja yang keluar

Jemaah kami sebenarnya lebih dari sepuloh orang. Mula-mula kami berusaha di Perlis, masa itu jika tak salah aku markasnya di Kaki Bukit. (sekarang markas baru di Beseri tempat Jor utara). Di Perlis waktu itu usaha tidaklah kuat macam sekarang. Rakan seusaha tidak ramai, kami buat usaha secara sendirilah tanpa ada orang nusroh dan sebagainya, masjid-masjid yang dimesyauaratkan kami berusaha semuanya gersang bahkan kering kontang, satu orang pun tidak datang berjemaah, 5 waktu kami sahaja yang sembahyang tiada seorang pun orang tempatan yang datang, waktu itu ugama amatlah daif, orang tidak kenal agama, tidak kenal masjid, amatlah sedih. Seingat aku ada tiga masjid yang ada jemaah 5 waktu, masjid pertama, di Kuala Perlis kawasan nelayan, di sini hidup 5 waktu tetapi jemaah wanita lebih ramai dari lelaki, masih lagi aku ingat setiap pagi selama 3 hari berturut-turut seorang nenek ahli jemaah di masjid ini telah menyediakan sarapan pagi kepada kami, katanya dia suka melihat kami anak muda keluar dakwah , kami ini bagai anak cucunya. Waktu hendak pindah ke masjid lain, nenek ini siap dah tunggu dipintu masjid untuk bersalam dengan ahli jemaah semua. Aku seorang sahaja yang tidak bersalam kerana aku keluar ikut pintu lain.

Tempat kedua ialah Kampong Kolam, berdekatan dengan Padang Besar sempadan Thailand, jika tak salah ingatan aku surau, disini ada amal, gast, taklim dan keluar 3 hari (keluar di markas), satu keluarga yang buat usaha di sini iaitu keluarga Pak Kasim dan anak-anaknya, sekarang pun masih aktif, sudah tua, awal bulan mei baru ini keluar masturat 3hari di Alor setar.

Masjid ketiga ialah Masjid Raja di Arau, usaha dibuat oleh Allahyarham cikgu Mad Isa dan Pak Syed (sekarang ada di Masjid Akar Peluru Alor Setar sudah uzur).

Pada suatu hari mesyuarat di markas, mereka telah putuskan untuk pecahkan jemaah kami menjadi dua untuk diserap dengan orang Perlis. Aku apalagi bangun menyinga membantah keputusan yang telah dibuat, kataku tiada tertib buat begitu. Akhirnya diputus jemaah kami buat usaha di langkawi, budak-budak ini memanglah seronok nak pergi Langkawi, apalagi mesyuarat sudah putus. Besok pagi kami pun bertolak dari kuala Perlis ke langkawi dengan semangat untuk berusaha lebih gigih. Sebelum pergi mereka telah memberi nama-nama masjid yang kami perlu buat usaha. Bila sampai di Langkawi, tiada siapa yang menyambut kami, bukan saperti sekarang, telepon sahaja jemaah nak datang mereka telah tunggu dengan kenderaan menjemput jemaah. Kami hanya mesyuarat bagaimana nak bergerak, bas hanya ada sebuah sahaja waktu itu iaitu Bas MARA, yang membuat perkhidmatan keseluruh langkawi. Selain itu ada juga kereta sapu. Jumlah kereta amatlah sedikit, maklumlah era sumpahan Mahsuri lagi.Langkawi masa itu banyak hutan, jalan raya hanya sedikit sahaja. Setiap masjid yang kami buat usaha adalah juga orang berjemaah tetapi wanita lebih daripa lelaki. Semasa kami berusaha disini adalah juga orang baru yang ikut kami, salah seorang ialah Che Ani, masa itu dia masih remaja, dia tinggal bersama bapanya yang telah tua dan uzur di pantai Chenang, rumah mereka pun telah uzur tetapi tanah milik mereka sendiri. Che ani dia berminat, setiap hari selepas memandikan bapanya dia akan datang kepada kami dengan berbasikal. Dia mengikut kami agak banyak hari juga hingga jemaah kami mesra dengannya. Rezki datang siapapun tidak tahu, selepas langkawi diistihar Pulau Bebas Cukai, tanah milik mereka ini telah di beli oleh LADA, Che ani telah menjadi orang senang tetapi Alhamdulillah usaha agama dia tidak tinggalkan, masih buat usaha hingga sekarang, dia adalah satunya orang yang agak lama buat usaha di Langkawi hingga sekarang.

Semasa kami berusaha di Langkawi, semua perkara yang kami lakukan , samada ke kedai untuk khidmat masak, khususi imam atau AJK masjid atau sesiapa saja semuanya berjalan kaki hinggakan nak pindah masjid lain pun berjalan kaki juga, tiada orang yang nusroh. Tetapi budak student ini seronok dan buat kerja sunggoh-sunggoh. Waktu itu masih ramai lagi orang melayu yang memelihara anjing di rumah mereka, aku pun tidak tahu apa tujuan mereka memelihara anjing. Satu perkara yang anak buah aku seronok ialah, setiap masjid yang kita pergi selama 3 hari, ramailah orang kampong yang datang pada kami dengan membawa hadiah saperti makanan dan buah-buahan (bacang,Kuanin rambutan kekadang durian) selepas itu mereka berbual pula dengan jemaah, yang tak tahannya ialah yang datang itu semuanya wanita, ada makcik, ada kakak dan ada juga awek muda, yang “muda” inilah membuatkan mereka tak tahan berada lebih lama kat Langkawi, takut tergoda. Semua masjid layanannya saperti itu, akhir sekali mereka sebulat suara nak pulang ke Kedah pula, masa itu ijtimak Penanti sudah hampir, jadi keputusannya kami pulang ke Kedah terus ke Penanti dan habiskan cillah kami di Ijtimak Penanti. Walaupun masa itu kami masih muda remaja aku sendiri sebagai ameer saab umur baru masuk 20 tahun dan yang paling tua 22 atau 23 tahun, tetapi kerja dapat dijalankan dengan baik ikut tertib dan usul saperti dalam bayan hidayah, hubungan kami amat baik dan mesra, di Perlis ada seorang baru yang keluar dengan kami waktu itu dan sehingga sekarang dia masih aktif tetapi sudah uzur kerana tua, dia jika berjumpa aku di Perlis selalu beritahu kawannya bahawa dia mula-mula kenal dan keluar tabligh dengan jemaah aku. Di Langkawi ada 3 orang tua yang ikut kami dan mereka istiqomah keluar 40 hari seleapas itu. Sekarang ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia.

Sekarang semuanya menjadi kenangan, aku sering teringat akan mereka, waktu itu kebanyakkan mereka baharu pertama kali keluar 40 hari, pengalaman mereka hanya “satu hari setengah” yang sudah keluar beberapa kali, bayangkan bagaimana waktu itu aku seorang sahaja yang sudah keluar 4 bulan, tanpa ada orang awam dengan kami. Aku pun pertama kali jadi Ameer saab,jadi teruklah sedikit (banyaklah) fikiran dan tenaga digunakan untuk ikram mereka sehingga cukup 40 hari.Sebab itulah sampai sekarang aku masih ingat pada mereka semua. Masa yang selalu aku ingat kepada kawan-kawan lama yang sama-sama berusaha keluar di jalan Allah ialah semasa aku terlantar di hospital (kerap masuk hospital dalam setahun 4 atau 5 kali, sekali masuk seminggu lamanya), masa ini aku sering teringat pada mereka.Ingatan ini menyebabkan air mataku mengalir seorangan. Idea untuk menulis ini pun aku dapat semasa aku berada dalam wad hospital Sultanah Bahiyah A.Setar.

Sekarang Rasyid sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan di Trangganu, Zakaria, guru Besar di Jitra, ada azam mahu keluar semula, Naser timbalan Pengarah LKIM Kedah , ada azam mahu keluar semula tetapi sudah lumpoh sebelah badan, Mustafa aku berjumpa dia di Yala Thailand sudah beristeri tiga (Madu Tiga) dia taskil aku untuk tambah satu lagi, aku cakap pada dia lain tahun boleh kawin sekarang tak boleh, yang lain aku tak pernah jumpa sampai sekarang. Alangkah seronoknya aku sekiranya Allah swt mempertemukan aku semula dengan mereka di dunia ini.

Selasa, 14 September 2010

MASTURAT : “KENA KIDNAP”

Bismillahirrohmanirrohim

Peristiwa ini berlaku semasa aku keluar masturat 40 hari pada tahun 1991 . waktu itu aku ada 3 orang anak, yang paling kecil berusia setahun enam bulan, namanya Muhammad Anas. Jemaah kami diputuskan oleh syura Malaysia ke India, jemaah kami dibentuk di ijtimak Dengkil bulan November 1991. Pada masa itu jarang-jaranglah markas di seluruh Malaysia yang dapat mengeluarkan jemaah masturat sempurna 40 hari, tidak saperti sekarang, sudah ada halkah yang dapat mengeluarkan jemaah masturatnya sendiri bahkan ada juga dari morhalah yang sudah dapat keluarkan jemaah 40 hari masturat, ini semua kurniaan Allah swt.

Jadi sebelum keluar isteriku selalu bertanya dengan siapa kita akan keluar nanti, pada masa itu dengan siapa kita akan keluar pun kita tidak tahu, bagaimana ehwal mereka, kuat ikram ke, laser ke(orang ini hatinya selalu baik), lemah lembut ke atau buat tak kesah ke ape-ape lagi le yang kita tidak kenal. Sebenarnya isteri aku dari dulu sampailah sekarang dia tak kesah keluar masturat dengan sesiapa sahaja , dia boleh sesuaikan diri dan tak pernah mengambil hati apa yang orang lain cakap. Pertanyaan isteriku itu bukanlah apa Cuma nanti bila berjumpa yang sorang cakap “ayaq”, sorang lagi cakap “makang ikang” sorang lagi cakap “makee ikee” sorang lagi “apo kono”.

Jemaah kami hanya 4 pasang sahaja, sepasang dari Jengka Pahang, sepasang dari kuala Lumpur, sepasang dari PD Negeri Sembilan dan aku dari Alor Setar. Bayan hidayat di rumah Dr. Azizudin di Kuala Lumpur iaitu kawan aku semasa sama-sama belajar kat UPM dulu. Sebelum ke India kami disuruh keluar 3 hari dulu di sini supaya dapat berkenalan antara satu sama lain menjadi jelekit, jadi rumah yang diputuskan di Paya Jaras kalau tak salah ingatan aku tuan rumah namanya Awang Musa. Semasa keluar 3 hari di Paya Jaras, para-para isteri kami telah berkenalan antara mereka, bertanya khabar, tinggal dimana dan asal usul mereka setiap orang. Dengan takdir Allah, rupa-rupanya mereka berempat ini datang serumpun, semuanya orang Kedah, waaah apa lagi ngam habislah, terus cakap loghat pi mai pi mai tang tu la.

Sebelum aku cerita tentang “kidnap” di India, baik aku cerita dahulu kesah lucu yang berlaku di Paya Jaras. Hari itu aku ditugaskan untuk khidmat taam bersama seorang orang tempatan. Kami masak dirumahnya kerana isteri serta anak-anaknya semua berada di rumah mastaurat. Menunya kari, “Kari istimewa” iaitu kari daging arnab peliharaan sahabat yang khidmat dengan aku, semua arnab disembelih tak tinggal seekor pun. Daging arnab dipotong kecil-kecil sehingga sesiapa pun tak dapat beza samada daging arnab atau ayam, rasanya memang seakan rasa ayam. Kami berdua merahsiakan hal sebenar, sesiapa yang tanya, katakan daging ayam. Setelah siap masak, kari dibahagi dua, sebahagian untuk lelaki dan sebahagian untuk masturat. Apalagi perut sudah lapar dan dihidang pula kari istimewa, masyaallah mereka makan begitu selera sambil memuji kepandaian orang lelaki memasak ( Tahu tak apaaa). Selepas solat asar aku menghantar pula minuman petang kepada masturat, melalui isteri aku dia memberitahu “kari ayam” yang aku masak itu cukup sedap dan mereka semua memujinya, (kembang juga lah aku waktu itu) Hanya isteri aku sorang sahaja yang tidak makan kerana dia tidak memakan daging ayam, untuknya aku sediakan ikan, maklumlah isteri kesayangan. Rahsia daging arnab itu tersimpan sampai ke malam. Tetapi akhirnya rahsia ini terbongkar juga apabila anak lelakinya yang berusia 4 tahun pulang ke rumah dan dia lihat arnabnya semua dah habis kena sembelih. Waktu malam anak ini pulang semula ke rumah masturat dan dia beritahu kepada emaknya dihadapan semua jemaah “ emak, abah dah sembelih semua arnab saya untuk buat kari”, dengar sahaja perkataan kari, baru tersedar yang mereka dah makan kari arnab bukannya kari ayam, apalagi bila mereka semua terbayang yang wajah arnab itu seakan-akan rupa kucing atau tikus, semuanya naik loya dan mula muntah-muntah, kecuali isteri aku sahaja yang tidak makan. Apa lagi marah lah mereka kepada kami berdua, yang sedap dah jadi tak sedaplah, malam itu taam kena masak lauk lainlah sebab kari dah tak laku lagi .

Dipendek cerita jemaah kami bertolak dari Kuala Lumpur naik pesawat Air Lanka, route kami diputus oleh hadraji rah.iaitu Madras, Banglore dan Nizamuddin. Peristiwa kena “kidnap” ini berlaku di kawasan Nizamudin, ceritanya begini….

Di madras dan banglore kami keluar di rumah orang lama-lama antaranya Prof Abdul Rahman, Frof, kadir Fasha, dan rumah maulana. Nusrohnya amat baik dan banyaklah isteri kami dapat belajar daripada “purana satee” (org lama),makanan yang diikram pun begitu hebat, hari-hari nasi briani, kari kambing , kekadang daging burung dan ayam, daging lembu tak ada. Isteri aku tidak makan ayam,kambing dan burung. Tetapi semasa di Malaysia dia ada masak sambal kering ikan bilis untuk dibawa bekal, itulah makanannya selama beberapa hari, kesihaaaan isteri aku udahlah badannya kecil bertambah kuruslah dia tetapi semakin cantik.

Jadi semasa keluar di sebuah rumah di kawasan Nizamudin kami orang lelaki minta supaya isteri kami memasak untuk kami, tentunyalah menunya kari ikan besar, permintaan kami ditunaikan. Pagi itu kami berempat pun naik outo ke pasar besar untuk mencari ikan dan bahan-bahan masakan. Di pasar, macam-macam jenis ikan besar ada dan harganya agak murah. Kami membeli agak banyak supaya dapat makan dengan puas sebab sudah lama tidak merasa kari ikan.

Setelah bahan mentah diserah kepada isteri kami, mereka mula mesyuarat untuk masak kari, setelah siap menyediakan kari yang paling istimewa untuk kami para suami, semua mereka merasa puas hati dengan harapan bila kami makan nanti tentunya kami akan memuji “pandai sungguh” mereka memasak. (Biasalah kalau isteri kita masak, kita kena puji, besuk dia akan masak lagi, samalah juga kalau suami kita masak, kita kena puji banyak-banyak katakan sedap walaupun tidak sedap dan suruh anak-anak sama-sama memuji ayah mereka, besuk tentu dia mahu memasak lagi, nanti macam-macam menu dia masak)

Kami di masjid bila sudah habis solat zohor maka tibalah masanya untuk menikmati makanan tengahari, kami semua tunggu tuan rumah membawa makanan masakan isteri kami, kami semuanya menunggu dengan tidak sabar untuk menikmati kari ikan, aku pula sentiasa teringat akan keenakan ikan yang dibeli tadi, aku memang suka makan ikan berbanding daging sebab aku tinggal ditepi laut selalunya memakan ikan segar yang baru naik dari laut rasanya amat enak.

Setelah makanan dihidangkan, semua kami terkedu kerana hajat nak makan kari ikan tetapi yang dihidangkan adalah kari daging yang banyak minyak. Tetapi kami tunggu juga kalau-kalau kari ikan sampai lewat, tetapi impian kami masuk angin keluar asap daaaaaaa…. Tunggu punya tunggu tak sampai juga, jadi dengan perasaan sedih dan hiba kami pun bedallah makanan yang dihidang kepada kami tanpa komplain apa-apa. Tetapi didalam hati kami dok ingat apalah isteri kami ini tak ingat kat kami ka, tak kesihan kat kami kaaa, makan sorang-sorang ,tapi tak apa keluar di jalan Allah belajar usaha atas iman yakin dengan Allah rezeki dari Allah, nama kami tidak ada pada ikan tersebut. Habislah cerita tentang kari ikan itu.

Bila sampai waktu petang selepas bayan masturat, sampailah masa mulakhad berjumpa dengan isteri masing-masing. Wah bila aku jumpa sahaja isteri aku, dia senyum sambil bertanya, “hari ini makan nasi banyak tak, sedap tak rasa kari yang kami masak tadi, puas tak makan.” Aku menjawab “Kari apa?, mana ada kari ikan, yang ada kari daging India yang berminyak ada la, makan pun tak selera” mendengar jawapan aku isteri aku terkejut beruk dan berkata “Tadi kami telah memberi kepada tuan rumah untuk dihantar ke masjid kari istimewa dan ikannya banyak, biar puas makan, depa hantar tang mana tak sampai” . Rupa-rupanya semua isteri kami telah bertanya kepada suami masing-masing dengan soalan yang sama, “sedap tak kari tadi” Semuanya hairan kemana perginya kari ikan tersebut, rupa-rupanya kari ikan kami telah menjadi “MANGSA KIDNAP” oleh orang yang tidak diketahui.

Cerita benar ini aku tulis hanya untuk mereka yang suka baca sahaja, jika ada yang ada orang yang tidak gemar jangan marah yee.

Selamat hari Raya maaf zahir Batin

Sabtu, 11 September 2010

Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

Saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua, sudah lebih sebulan tak layan blog kerana ia turut berpuasa. Kita sama berdoa semoga Allah panjang usia kita agar dapat bertemu Ramadhan 1432 akan datang. Ulamak berkata jika dalam bulan ramadhan kita dapat menambah amalan kita, disegi ibadat sunat, tadarus Alquran, zikrullah, istigfar , korban harta dan diri di jalan Allah, banyak memberi masa untuk dakwah ugama Allah, maka Allah swt akan memberi kekuatan kepada kita untuk beramal dengan perkara tersebut dengan lebih istiqomah untuk sebelas bulan seterusnya. Begitu juga sifat ikram kita akan bertambah jika kita selalu memberi makan kepada orang lain ketika berbuka puasa, juga merasa simpati terhadap musibah yang menimpa orang lain di seluruh dunia dan menghulur bantuan sedaya yang ada kepada semua orang.

Semuga Allah swt terima semua amalan kita dan niat dan azam kita yang baik.Ameeen.

Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

Saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua, sudah lebih sebulan tak layan blog kerana ia turut berpuasa. Kita sama berdoa semoga Allah panjang usia kita agar dapat bertemu Ramadhan 1432 akan datang. Ulamak berkata jika dalam bulan ramadhan kita dapat menambah amalan kita, disegi ibadat sunat, tadarus Alquran, zikrullah, istigfar , korban harta dan diri di jalan Allah, banyak memberi masa untuk dakwah ugama Allah, maka Allah swt akan memberi kekuatan kepada kita untuk beramal dengan perkara tersebut dengan lebih istiqomah untuk sebelas bulan seterusnya. Begitu juga sifat ikram kita akan bertambah jika kita selalu memberi makan kepada orang lain ketika berbuka puasa, juga merasa simpati terhadap musibah yang menimpa orang lain di seluruh dunia dan menghulur bantuan sedaya yang ada kepada semua orang.

Semuga Allah swt terima semua amalan kita dan niat dan azam kita yang baik.Ameeen.