Ahad, 30 Mei 2010

JEMAAH JALAN KAKI DULU-DULU

Bismillahirrohmanirrohim

Kali ini aku akan ceritakan pada kalian tentang pengalaman aku keluar 4 bulan Jalan Kaki atau bahasa Urdu “Pedal Jamat”. Dalam tahun 1980 iaitu jemaah ketiga 4 bulan jalan kaki di Malaysia. Sejarah bermulanya Pedal jamat ini, ia telah diputuskan oleh Hadraji kalau tidak silap aku, jemaah pertama yang keluar dari kuala Lumpur pada Nov 1979 hingga April 1980 ke Pulau pinang. Jemaah kedua dari Pulau pinang April 1980 hingga ke Terangganu Nov 1980, jemaah ketiga Nov 1980 hingga April 1981 yang bergerak dari Kuala Terangganu ke Penanti Seberang Perai, ini adalah jemaah aku sendiri. Selepas itu beberapa tahun kemudian(aku tidak ingat tahun bila) jemaah ini telah diberhentikan oleh Nizamudin kerana jazbah orang ,Malaysia untuk keluar jalan kaki sangat tinggi sehingga mereka melanggar tertib usaha mulia nabi saw, hingga mendatangkan fitnah kepada usaha yang mulia ini. Berkat doa orang tua-tua kita, sekarang Alhamdulillah jemaah jalan kaki telah dibentuk semula tetapi hanya untuk masa dua bulan sahaja dan mesti melalui tafakut dengan mengikut syarat-syarat yang telah diputuskan oleh Nizamudin. Antara syaratnya ialah

1. Sudah kahwin (Duda dibenarkan)

2. Sudah keluar 4 bulan IPB

3. Sudah keluar 40 hari 5 kali dan pergi 5 markas

4. Umur 40 tahun keatas

5. Keluar 40 hari 2 tahun berturut-turut

6. Sehat tubuh badan

Itu adalah syarat-syaratnya, jika ada salah atau tambahan sila betulkan.

Masa aku keluar dahulu tidak ada apa-apa syaratpun yang ditanya, Cuma apa yang ditanya “tuan nak keluar berapa lama, itu sahaja, Jika masa dulu ada syarat ini aku rasa tidak ada satu jemaah jalan kaki pun yang dapat dibentuk. Tetapi elders kita di Nizamudin mereka memutus sesuatu perkara mengikut kemampuan kita, sekarang usaha sudah maju dan ramai orang yang sudah layak untuk memenuhi apa sahaja syarat yang diletakkan oleh elders kita, baik usaha lelaki mahu pun masturat, samada dalam negeri, Negara jiran atau pun Negara jauh semuanya dapat dipenuhi. Sebab itulah kita selalu kena buat hubungan dengan elders di Nizamudin dan belajar taat dengan mereka, mereka adalah orang-orang yang telah memberi masa , diri dan harta seumur hidup mereka pada Allah, dan jangan sekali-kali dalam hati kita ada sangka buruk pada mereka, mereka adalah orang-orang pilihan Allah swt bagi menyambung kerja nabi saw.

Jemaah aku ada 12 orang, amer jemaah Tuan Haji Harun dari Tanah Merah Kelantan, orangnya tegas dan mengikut usul kerja dakwah dengan baik, pembantu kanannya ialah Ismail Korban dari Kuala Lumpur. Jemaah ini telah berjalan kaki setiap hari, kami hanya berusaha satu haru saha setiap masjid atau surau yang kami pergi. Ini disebabkan jarak yang jauh iaitu dari Kuala Terangganu ke Penanti, dan mesti sampai di penanti tepat dengan masa Istimak bulan April. Kata ulamak kekuatan jemaah jalan kaki ini terletak dalam mujahadah jalannya.

Dulu kita ada 3 kali istimak tahunan, iaitu masa cuti sekolah. April, Ogos dan November setiap tahun. Istimak terakhir yang dibuat di Malaysia ialah Istimak Dengkil, Selangor pada Nov 1991. Selepas itu sudah tiada lagi istimak, yang adapun Cuma Jor peringkat Zon sahaja bagi mengeluarkan jemaah. Apabila Markas Seri Petaling siap dalam tahun 1992 (jika aku tidak silap, malam pertama pembukaan “malam markas” aku turut hadir) semua urusan pengeluaran jemaah 40 hari keatas mesti datang ke Seri Petaling untuk mendapat bayan hidayat dan bila tamat tempoh dan pulang tangguh mesti datang ke Seri petaling untuk karkuzari dan bayan wapsi.

Berbalik pada cerita asal aku, route kami ialah, dari Kuala Terangganu , masuk Pahang sampai ke gugusan Felda Jengka dimulakan denganSungai Nerek , Jengka 23 (aku lupa bilangan jengka) habis semua gugusan jengka , masuk Jerantut kemudian menghala ke Raub, dari Raub ke Bukit Fraser ( 2 hari di BF) kemudian ke Kuala Kubu, dari Kuala Kubu ke Ipoh ikut jalan raya ( Lebuh raya utara selatan belum wujud lagi), dari Ipoh ke Taiping, kemudian ikut arah Selama Perak, Selama Kedah, masuk Bandar Baharu ke Kulim, kemudian naik feri ke Pulau pinang(disini kami terpaksa naik feri sebab kami tak boleh jalan kaki diatas air macam sahabat, bayangkan bagaimana kalau kami pun boleh berjalan atas air macam sahabat berjalan, aku ingat lepas itu semua kami jadi kaya sebab orang ramai akan datang minta buat ubat sebab pelik, orang berjalan atas air) dari Pulau Pinang terus Ke Penanti. Sampai di Penanti elok-elok 2 @ 3 hari sebelum istimak dan duit pun turut habis.

Belanja 4 bulan jalan kaki, aku bawa RM120, belanja satu hari satu ringgit sahaja, tentu para pembaca hairankan, mesti ingat tidak cukup. Sebenarnya cukup, dengan seringgit kami kumpul 12 orang dapat RM 12 sehari, barangan masih murah masa itu, dengan RM 12 orang khidmat boleh beli beras , ikan(basah/kering), teh, susu gula, roti makan petang, dan juga makan pagi. Makan 4 kali sehari, makan tengah hari, ,malam dan pagi mesti makan berat sebab perlu tenaga yang banyak untuk berjalan. Makan tengah hari dan malam sekali masak sahaja, sebab susah hendak masak. Aku ceritakan bagaimana tugas orang khidmat dari awal.

Sampai sahaja di masjid setelah berjalan lebih dari 10 batu (bukan Kilometer, masa itu SI unit belum guna lagi) setiap hari. Biasanya kita akan sampai sekitar jam 12 tengahari sudah hampir Zohor (masa itu jam belum ubah ikut Sabah/Sarawak), Zohor dalam pukul 12.40 tengahari. Setelah doa dihadapan masjid terus amer memutus 2 orang khidmat, kemudian 2 orang ini terus pergi ke kedai untuk mencari bahan masakan, ingat masa itu di kawasan kampong, mana ada barang-barang segar dan kedai pun hanya satu sahaja itu pun jenuh mencari, jumpa sahaja terus beli barang, bisanya jam 12 tengahari mana ada ikan basah, yang adapun Cuma yang mata sudah merah atau tidak elok lagi lah. Jadi tiada pilihan ikut rezekilah, kadang-kadang ada ikan masin (inilah yang kerap).Setelah siap membeli barang pulang ke masjid terus buka bungkusan set taam yang hitam dan periuk pula lagi hitam legam. Orang pertama menyediakan barang saperti potong sayur dan basuh beras dan sebagainya, api belum ada lagi. Orang kedua pula tugasnya mencari kayu api, setelah kumpul kayu disekitar masjid barulah mula masak, Selepas zohor lebih kurang setengam jam baru boleh makan, keadaan jemaah ketika itu memanglah letih dan lapar, itu belum kira kena marah dengan imam dan AJK lagi dan Bapak Polisi yang sentiasa mengikut kami dan merekodkan nama kami dan disimpan di Balai Polis. Orang khidmat semua sudah faham apa menu dan banyak mana makanan yang mesti disiapkan, nasi mestilah banyak, kuah mesti banyak selalunya kuah kari cair tidak pakai santan tetapi pakai susu pekat ganti santan, sebabnya susah untuk mencari kelapa parut. Kari yang kita masak ikut rezeki, ikan basah (jarang-jarang) ,ikan masin(selalu) dan kadang-kadang ubi kentang sahaja tanpa lauk sebab tiadak ada apa yang boleh dibeli.

Jemaah kami biasanya akan bertolak pagi hari selepas solat subuh, ini disebabkan perjalanan yang jauh, purata berjalan setiap hari 10 batu (dulu belum guna kilometer). Jadi orang Taam ini banyak mujahadah, sarapan sebelum subuh, sama saperti makan sahur pula,Jadi selepas tahajud terus masak untuk makan pagi. Tetapi kebanyakkan kami sebelum tidur sudah siap masak, biasanya nasi lemak, jadi sebelum subuh itu Cuma jerang air untuk buat kopi atau teh O sahaja, pernah terjadi masa aku khidmat, kawan aku telah jerang air kemudian masuk kopi dan gula kedalam air dalam keadaan gelap selepas tahajud, dan makan pun sebelum subuh, bila dihidangkan, bila minum kopi, masyaallah masinnya, rupanya kawan aku telah tersalah bekas, rupanya dia ambil bekas garam disangkanya gula. Tetapi seorang ahli jemaah pun tidak komplen. Aku dapat rasakan semasa buat khidmat taam ini perasaan kita berlainan dari hari yang lain, baca Quran keluar air mata, solat keluar air mata, zikir keluar air mata, kalau doa tahajjud masyaallah lagi lah nangis sungguh-sungguh.

Aku pendekkan ceritalah, sebab sekarang aku ini jadi orang yang relak, fikir banyak sangat sakit kepala, buat gast pun Cuma boleh jalan dekat sahaja, dah tidak boleh jalan jauh dah, Ini aku nak cerita perkara pelik berlaku pada jemaah kami.

1. Semasa kami mendaki Bukit Fraser jarak dari Raub 26 batu mendaki sampai ke puncak Bukit fraser, bertolak jam 7 pagi, masa itu Raub kawasan “Curfew” perintah berkurang, 7 pagi hingga 7 malam kawasan komunis. Semasa berjalan setiap orang membawa sebungkus makanan masing-masing, set taam pula diagihkan setiap orang membawanya, disinilah aku lihat bagaimana setiap orang beramal dengan 6 sifat sahabat dengan baik dan tidak mementing diri sendiri, saling Bantu membantu. Terjadi aku lihat seorang tu dia sangat lapar, makanannya telah habis, bila ini dilihat oleh sahabatnya yang lapar juga tetapi dia masih ada sedikit makanan untuk dirinya pun tidak cukup tetapi dia telah ikram sahabatnya makan bersama. Semasa berjalan ini jika kita dahaga, hanya minum air sungai yang mengalir ditepi jalan sahaja. Masa berjalan itu macam-macam perkara berlaku pada setiap orang. Aku sendiri mengalami satu pengalaman yang tidak dapat lagi aku rasai hingga sekarang iaitu, apabila perjalanan sudah hampir kepuncak aku dah terlalu letih, hingga tidak ada tenaga untuk berjalan hatta bersuara pun aku dak tak mampu, langkah aku menjadi semakin lemah dan kepala aku terasa bagai nak pitam, semakin lama semakin lemah, hati aku ketika itu hanya ingat pada allah sahaja, setiap langkah aku bermula daripada Raub hingga saat itu hanya dihabiskan dengan muzakarah 6 sifat baca Quran dan zikir sahaja, aku masih ingat lagi, bila aku angkat kaki melangkah, aku rasa ini adalah langkahan aku yang terakhir sebelum aku rebah ke bumi. Masa itu mata aku sudah gelap, tetapi tiba-tiba aku terasa satu tiuapan bayu yang sejuk datang dari arah luar bukit, hembusannya begitu syahdu , sejuk, dan masuk kedalam kalbuku, serta merta badan aku menjadi segar dan hilang segala keletihan seolah –olah aku rasa saperti baru sahaja memulakan perjalanan. Aku menceritakan kesah ini pada kawan aku dan bertanya adakah dia merasakan bayu saperti aku rasakan , dijawabnya tidak rasa apa-apa bayu pun. Ini adalah anugerah Allah pada aku, syukur Alhamdulillah. Semasa mendaki BF abang Hamzah dari Jerantut dia nusroh jemaah kami beberapa hari, dia pengsan ditengah jalan.

2. Dalam perjalanan ke Bukit Fraser ini ada dua orang tua umur lingkungan 60an mereka ini tidak tahu membaca dan menulis, bercakap bahasa Melayu standart pun tidak tahu, orang Kelantan, amalan mereka hebat mengalah orang lain,mereka ini berjalan dengan hanya membaca 10 surah, seorang baca seorang mendengar dan sebaliknya hingga habis 10 surah kemudian ulang semula, mereka berjalan sehinggalah terlepas arah jalan ke BF dan terus ke Kuala Kubu Baharu, jaraknya lebih kurang 50 batu dan sampai disana sebelum magrib dalam keadaan yang sehat tanpa letih.

3. Masih lagi di BF, kami semua sampai tidak sama masanya, setelah makan ,rehat, besok pagi kami mesyauarat dan hantar orang khususi ketua Balai Polis di BF, laporang yang kami terima dari orang khususi menyatakan, Tuan OCPD memberitahu, semalam orang-orang Cina BF telefon nya memberitahu mereka melihat ramai orang arab datang dengan pedang (kami pakai tongkat) menaiki BF .

Banyak lagi kesah dalam perjalanan ke BF saperti kesah seekor monyet dengan kami.

4. Ramai orang Tanya kami, kami tidak kena hujan semasa kami berjalan, tetapi aku kata memanglah kami tidak kena hujan sebab hujan tidak pernah turun semasa kami berjalan, tetapi yang kerap terjadi bila sahaja kami sampai di masjid dan masuk ke dalam masjid barulah hujan turun dengan tiba-tiba dan lebatnya seolah-olah ia sudah lama turun.

5. Semasa berjalan sebelum masuk kampong semua binatang , saperti ayam berkokok , anjing menyalak dan binatang saperti lembu. Ia mendongak keatas dan memerhati kami, ekornya terpacak keatas.

6. Semasa kami di kawasan Selama ada sekumpulan lembu peliharaan lebih kurang 100 ekor telah berlari-lari mengikut kami dan mencium jalan bekas tapak kaki kami serta mencium jalan dihadapan kami dengan keadaan mereka seolah-olah pelik dan tercengang sambil ekor mereka terpacak keatas dan berlari kedepan dan belakang sambil mengikut kami dengan jarak yang agak jauh juga.

7 . Hari itu adalah hari Maulidir Rasul, kami dalam perjalanan ke Kuala Kangsar, bila sampai di Kuala Kangsar, ramai orang beratur dikiri kanan jalan untuk menyambut orang kenamaan sempena Maulidir rasul, cuba bayangkan kami jalan ditengah-tengah mereka, seoalah-oalah kami ini orang yang disambut, sambil memabawa periuk hitam ,belanga hitam , aku bawa baldi yang diisi dalamnya cawan, sudip dan senduk yang terjulur ke luar, baldi ini diikat dibahagian belakang aku. Semua orang memerhati jemaah kami, Alhuakbar, bagaimana perasaan ketika itu, aku hanya berdoa pada Allah semoga semua orang yang melihat kami ini mendapat hidayah Allah. Pada waktu malam Tuan Mufti mereka berceramah tentang maulidir Rasul dan memberitahu bahawa siang tadi beliau melihat jemaah tabligh sedang berjalan menuju ke Kuala Kangasar seramai 120 orang, sedangkan kami hanya 12 orang sahaja, Wallhuaklam.

AL Fakir musa kola kedah.

Selasa, 25 Mei 2010

PENGALAMAN PERTAMA KALI DI NIZAMUDIN


Bismillahirrohmanirrohim

Setiap orang Islam wajib mempunyai niat untuk mengerjakan haji, samada orang kaya, miskin, sehat, sakit, Alim, tidak alim, pemerintah, rakyat, raja , hamba , tua, muda , Lelaki dan wanita, jika cukup syarat, wajib ia melaksanakan rukun yang ke 5 ini, jika tidak ia mati dalam keadaan yahudi, nasora atau majusi, semuga Allah pelihara kita daripada tergolong dalam golongan ini.

Begitulah juga orang Islam yang menjalankan usaha dakwah iman dan amal cara nabi saw ini, berazam untuk pergi ke Nizamuddin , Delhi India, untuk belajar usaha ini. Rasionalnya ialah disinilah bermula hidupnya kembali usaha nabi saw yang telah ditinggalkan oleh orang Islam selama hampir 700 tahun, disini terdapat ulamak yang telah memberi seluruh hidup mereka dan harta mereka bagi menjalankan usaha agama ini, mereka ini adalah orang yang mukhlisin dan pilihan Allah swt. Manusia seluruh dunia datang ke sini untuk belajar usaha dakwah mengikut tertib dan sunnah nabi saw sebagaimana yang dijalankan dan diamalkan oleh sahabat nabi saw yang menyebabkan mereka diredzai oleh allah swt di dunia dan Akhirat.

Begitulah juga dengan aku, sejak aku mula diberi hidayah oleh Allah membuat usaha atas iman dan amal ini sejak di sekolah menengah lagi, keinginanku semakin hari semakin menebal. Ini disebabkan aku sering mendengar cerita-cerita daripada kawan-kawan yang telah pergi ke sana menceritakan tentang kehidupan masyarakatnya, keadaan negerinya, istimewanya ialah ikram maulana-maulana kepada mereka, masa itu lewat tahun 70an dan awal 80an orang Malaysia masih kurang pergi nizamudin. Lepas itu aku sambung belajar kat UPM, di sana setiap malam minggu aku akan pergi ke Masjid India di Kuala Lumpur, tempat diadakan perhimpunan mingguan usaha dakwah ini. Masa itu tidak ramai lagi orang yang berkumpul dan iktikaf malam di masjid, hanya ditingkat bawah sahaja. Paling ramai student IPTA (IPTS belum wujud lagi).

Saat yang diidamkan akhirnya datang juga dengan kehendak Allah, pada tahun 1982 aku diputuskan oleh syura Kuala Lumpur untuk ke Nizamudin dengan mengikut dua orang jemaah luar negera yang hendak pulang ke Nizamudin setelah masa khuruj mereka tamat di Malaysia. Seorang American namanya Daud dari New York dan seorang lagi orang India berasal dari Mewat. Masa itu belum ada jemaah sempurna macam sekarang, jika ada yang nak keluar 4 Bulan terus diputuskan pergi. Kami pergi menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Bangkok, masa perjalanannya 2 siang dan 1 malam baru sampai di Bangkok, tambang masa itu RM50 kelas Ekonomi. Pemergian aku ini tidak diketahui oleh keluarga, aku akan hanya beritahu apabila sampai nizamudin nanti. Pengalaman atas keretapi ini bermula apabila sampai di Padang Besar Thailand, orang Siam naik keretapi penuh sesak bersama barangan mereka yang bermacam-macam jens dari kecil hingga barang yang besar, hingga tiada ruang untuk bergerak. Masalah yang timbul ialah untuk solat, langsung tiada ruang, apa yang kami buat ialah angkat kusyen tempat duduk, apabila aku laungkan azan, mereka yang ada disekeliling mulai diam dan melihat aku azan. Apabila kami nak mulakan solat aku lihat orang siam ini mereka memberi ruang kepada kami untuk solat, bukan itu sahaja malah mereka menjaga supaya orang lain tidak melintas semasa kami solat hingga selesai. Beginilah keadaan kami bersolat 5 kali setiap waktu, ini disebabkan mereka berdua mazhab Hanafi tidak ada solat jamak jadi aku terpaksalah ikut mereka sebab untuk mendapat solat jemaah.

Sampai di Bangkok , tiga hari aku disana, rakan seusaha masih kurang, pada hari kedua, dua orang ini bertolak ke India sebab mereka telah pun ada tiket penerbangan. Hari ketiga aku berseorangan di Bangkok dengan tiada ditemani oleh sesiapa, mereka telah hantar aku ke Airport, bayangkan tempat yang aku tidak biasa, makanannya, keselamatannya, ah macam-macamlah yang aku fikirkan, satu hari itu aku hanya makan buah-buahan sahaja kerana tidak tahu makanan halal. Tetapi aku berserah pada Allah sahaja, kerana aku yakin orang yang keluar berjihad di jalan Allah swt, dia akan sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt.

Aku sampai di Airport New Delhi waktu pagi, apabila selesai urusan passport dan begasi, dan keluar dari kawasan airport, bila aku lihat jam tangan aku, telah masuk waktu subuh , apalagi aku terus buat persedian untuk solat, masalahnya aku tidak tahu arah kiblat, jadi aku tanyalah mereka yang ada disitu tetapi seorang pun tidak tahu, aku solat sahajalah sebab Allah ada dimana-mana. Selesai solat aku baca yaasin dan doa pada Allah minta pertolongan.

Sekarang bayangkan bagaimana aku hendak ke Masjid Banglawale Nizamudin berseorangan, hati aku sentiasa bergantung pada Allah minta tolong, masa itu aku lihat dari jauh sekumpulan orang berserban dan berjanggut sambil memikul barang, aku jadi gembira kerana sangkaanku itu adalah jemaah yang akan ke nizamudin, ini disebabkan keadaan mereka sama seperti Jemaah yang pernah datang ketempat aku dahulu iaitu di zaman “Jemaah Maulana” diawal tahun 70an dulu. Aku terus berlari kearah mereka, alangkah hampanya bila sampai aku lihat, rupanya “Brother Singh”. Dalam keadaan mencari jalan untuk ke NIzamudin maka datanglah bantuan Allah, seorang telah menawarkan teksi, apalagi aku pun naiklah, kami bertiga, apabila teksi mula meninggalkan kawasan lapangan terbang, semakin jauh maka hari semakin gelap, barulah aku perasan bahawa jam aku menunjukkan waktu Malaysia dan ianya lebih cepat dai India (aku lupa berapa beza Masa). Dalam teksi, 2 orang itu adalah hindu, hari gelap, bersama aku ada wang yang banyak , tetapi Allah swt telah berikan pada aku keberanian, langsung aku tak ingat apa-apa bahaya, yang aku ingat hanya Allah dan bantuan Allah sahaja dan di dalam teksi aku hanya dakwah mereka kepada Allah hinggalah sampai di depan pintu masjid Banglawale. Aku seperti tidak percaya kerana keadaan diluar masjid lengang, aku Tanya betulkah ini Masjid banglawale, katanya dia sering menghantar jemaah kesini. Aku pun terus naik ke dalam masjid dan disambut oleh orang khidmat , bila saja masuk ke dalam masjid masyaallah ,aku lihat keadaan manusia yang ingin mencari keredzaan Allah, “kerohanian” yang ada didalam masjid itu membuatkan hatiku terasa kesyahduan dan ketenangan, menyebabkan aku lupa segala susah payah yang aku tempuhi semasa di dalam perjalanan selama lebih kurang 6 hari bermula dari Kuala Lumpur hinggalah ke saat itu dan badan juga terasa segar.

Setelah masuk ke dalam masjid kedengaran azan di laungkan oleh seoarang yang aku rasa sudah tua kerana suaranya terketar- ketar tetapi menusuk kedalam kalbu dan mempunyai roh dan kekuatan bagi orang yang mendengarnya. Sampai sekarang dah hampir 28 tahun aku masih ingat lagi suaranya dan Insyaallah dapat mengajuk suara dan lagu ketarnya itu. Dia ialah Munsyi Ala data rah. Orang Mewat, yang membuat usaha sezaman maulana Alias, seorang waliullah, kepalanya sentiasa panas dimusim dingin, orang yang banyak menangis untuk umat. Ia mukimin Nizamudin

Masa itu ingatan aku hanya hendak lihat wajah Hadraji sahaja, jadi sebelum solat subuh setelah menyimpan barang-barang berharga di bilik amanat yang dijaga oleh Maulana Yusuf Celoni (orang Sri Lanka), aku menunggu untuk menunaikan solat subuh, sambil menuggu solat mataku liar memerhatikan disekitar dalam masjid untuk melihat wajah hadraji Maulana In`amul Hassan. Ditengah keasyikan aku memerhati tetiba keluar seorang daripada bilik dibahagian belakang. Alangkah indah dan berseri wajahnya menjadikan aku tergamam Aku perhati dan perhati dan perhati, lagi lihat lagi tak jemu nak lihat lagi bak kata pepatah “tak jemu mata memandang”, dalam hatiku teringat bagaimana kecantikan rasulullah saw. Ini pengalaman pertama aku lihat manusia yang tak jemu mata memandang. Aku sangka inilah hadraji yang diceritakan itu,Wajahnya putih berseri dan bercahaya ,kulitnya putih bersih, janggut dan keningnya juga putih, pakaiannya semuanya putih bersih, ia mengenakan vest bewarna hitam yang menambahkan lagi serinya. Aku rasa bila saja melihatnya semua penat jerih aku dan tambang yang aku belanja berbaloi-baloi, bahkan tak sama. Aku jadi gembira. Solat subuh diimamkan oleh Maualan Izhar, ia membaca surah Izassyam su kuwwirat dan rakaat kedua ia membaca surat Izassama unfatorot, surah-surah ini menceritakan tentang kedahsyatan kiamat (surah ini menyebabkan rambut rasulullah saw ditumbuhi uban, mafhum hadis) bacaannya amat menusuk hatiku. Selepas itu aku terus menghafal surah ini dan menjadikannya amalan bacaan dalam solat aku hingga sekarang.

Bila sahaja selesai solat aku pun bertanya dengan seorang jemaah dari South Africa siapakah maulana yang wajahnya putih tadi, adakah dia hadraji, aku ingin mendapat kepastian. Jawabnya bukan, hadraji berada didalam biliknya disebelah kanan masjid, ia akan keluar setelah iqomat dan bersolat ditepi pintu biliknya dalam masjid. Tempat itu dikhas untuk hadraji solat. Beliau ialah Munsyi Bashir rah. Orang Mewat. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah melihat wajah Munsyi Basyir ini pasti akan mengatakan seperti aku juga iaitu, “Tak jemu mata memandang”. Aku hanya ingin cerita tentang pengalaman didalam masjid Baglawale Nizamudin sahaja. Jadi aku masih belum lihat wajah hadraji lagi. Selepas solat subuh, bayan subuh dibuat oleh Maulana Omar Palampuri rah. setiap pagi selama lebih kurang 2 jam. Maulana Omar rah. seorang pembayan yang hebat dikurniakan Allah, ilmu yang tiada pada orang lain, suaranya lemak merdu dan didalam setiap bayannya dibacakan AlQuran dengan alunan suara yang merdu, menjadi ikutan setiap orang yang mendengarnya, teringat olehku bagaimanakah suara sahabat r.hum membaca Alquran dan suara rasulullah saw sendiri membacanya , Allahuakbar, kita tidak dapat membayangkan bagaimana kemerduan suara mereka hinggakan malaikat datang berkumpul mendengar bacaan mereka. Maulana Omar rah. bayan subuh di Nizamudin sudah bertahun lamanya, aku pernah dengar seorang maulana beritahu aku kehebatan bayan maulana omar ini baharu satu per sepuluh daripada bayan Maulana Yusof rah. Hadraji kedua. Sesuatu yang ajaib tentang Maulana Omar ini ialah sesiapa sahaja yang ingin bertanya tentang sesuatu masalah, apabila duduk mendengar bayan subuhnya, semua masalahnya akan terjawab dan tidak perlu lagi untuk berjumpa dengan maulana. Setiap hari bayannya tidak sama isinya tetapi berkisar tentang enam sifat sahaja. Satu pagi itu maulana menceritakan tentang keindahan syurga dan kecantikan bidadari dari mula hingga habis bayan, apabila diakhir bayan maulana berkata “cukup setakat ini kalau saya teruskan nanti tuan-tuan akan beratur untuk masuk kebilik air” itu lawak maulana sahaja sambil dia tersenyum.

Selepas bayan subuh makan pagi, inilah pengalaman yang tidak boleh aku lupakan dan tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang datang kemudian ke Nizamudin. Sebelum bersarapan amer taam rah. (lupa namanya) akan memanggil “Arab, arab,Malaysia, Malaysia makan-makan” maksudnya dia memanggil kami makan pagi bersama hadraji didalam bilik hadraji. Hanya orang arab dan Malaysia sahaja, bangsa lain dia tak panggil. Masa itu orang arab tidak ramai adalah 4 atau 5 orang sahaja yang ada di markas, samalah saperti Malaysia . Bilik hadraji bersebalahan dengan masjid, biliknya kecil sahaja, aku lihat empat dinding biliknya dipenuhi dengan peta dunia yang besar, macam-macam jenis, dan jam dinding aku lupa berapa biji tapi ada banyak. Pagi itu melayu dan arab adalah lebih kurang 7 atau 8 orang. Suasana didalam bilik, hadraji duduk makan dan berbual bersama maulana omar, sesekali memerhati kami, maulana Zubir anak hadraji pula khidmat membancuh air teh, ia bancuh didalam cawan, maknaya kalau sepuloh orang sepuloh cawanlah dia bancuh. Kami duduk makan ditepi dinding. Makanan dihidang oleh maulana Ahmad Lat, makanannya roti nan di letak didalam piring aluminium dan dimakan bersama madu diletak dalam piring berasingan, ada juga diberi minyak zaitun. Anda dapat bayangkan perasaan aku waktu itu, amatlah gembira bercampur malu, dan rasa diri terlalu kerdil melihat layanan orang yang hampir kepada Allah, dae Allah, waliullah dan kekaseh Allah. Aku makan tidak panggung kepala (kata orang kedah) kerana malu, dan aku malu juga untuk minta ditambah roti bila ditanya oleh maulana Ahmad Lat, walaupun aku masih boleh makan lagi (masa tu aku muda, apa sahaja aku belasah asalkan halal) . Selesai makan aku tidak keluar sehinggalah Pak arab keluar, kami orang melayu ikutlah dibelakang sambil diperhati oleh Maulana, mereka begitu seronok melihat kami. Bila keluar saja dari bilik hadraji, aku terus menuju ke kolah air tempat wuduk di depan pintu masuk masjid untuk minum air paip yang ada di tepi kolah itu, atas kolah itu dibuat lantai untuk tempat solat, sekarang kolah itu sudah tiada lagi. Beginilah setiap pagi aku bersarapan bersama hadraji di dalam biliknya, bila aku Tanya orang lama di Nizamudin sarapan pagi yang kami makan setiap pagi di dalam bilik Hadraji merupakan perbelanjaan hadtaji sendiri. Masa itu banggunan bertingkat sekarang belum siap lagi, aku sempatlah merasai tinggal di dalam bilik atas masjid tempat yang digunakan oleh Maulana Alias rah. dahulu, dan tandasnya dibawah tanah.

Program pagi seterusnya bayan hidayah untuk mereka yang akan keluar di jalan Allah swt, ianya dibuat oleh maulana-maulana yang dikhaskan, bayannya panjang, selepas habis bayan maka hadraji keluar dari biliknya dan memberi sedikit nasihat dan terus berdoa, kemudian bermusafahah dengan ahli jemaah yang nak keluar. Semasa pertama kali aku mendengar doanya begitu sayu dan menusuk kalbu, membuatkan air mata aku mengalir, sedap didengar dan rasa tidak puas untuk mendengar doanya. Hadraji mempunyai nada ucapanya, bayannya dan doanya adalah sama. Bagaimana anda dengar bayannya, begitulah juga nada atau rentak cakapannya. Kalau anda nak mendengan suara bayannya anda accees internet “Islamic creed” anda akan jumpa bayan Hadraji Maulana Inamul Hasan, maulana Yusuf, maulana Omar dan banyak lagi.

Bersama aku waktu itu ada seorang rakan yang pandai mengajuk suara hadraji, aku juga belajar berdoa dengan nada hadraji, insyaallah sekarangpun masih ingat, tapi tiada roh, macam doa hadraji. Di Nizamudin jemaah masuk dari seluruh dunia dan juga jemaah dikeluarkan keseluruh tempat umpama dilapangan terbang, kapalterbang naik turun tak henti-henti dan tidak kira masa, siang atau malam, begitulah keadaan jemaah keluar masuk di NIzamudin tak kira siang, malam, tengah malam, pagi, setiap masa.

Habis semua urusan keluar jemaah, sebelum solat zohor adalah masa makan tengahari. Amer Taam markas akan panggil Arab.arab kemudian Malaysia,Malaysia makan,makan. Sekarang tugas memanggil jemaah untuk makan dilakukan oleh pelajar-pelajar disitu, tetapi masa kami dulu dijemput oleh amer taam sendiri. Setelah dibentang saprah panjang bergulung bewarna hijau yang dah luntur, maknanya dah lama digunakan. Kami duduk , kemudian makanan dihidangkan, bila makanan dihidangkan aku lihat hadraji, maulana omar, maulana zubir, maulana Ahmad Lat dan lain lagi keluar dari bilik dan duduk bersama kami untuk makan. Aku beruntung kerana dapat duduk disisi hadraji makan dalam bekas yang sama. Beginilah setiap hari jika aku berada di markas Nizamudin.

Selalunya waktu menunggu solat aku akan tunggu lebih awal kerana hendak duduk ditepi hadraji, bila aku datang orang temapatan akan memberi tempat pada aku walaupun mereka datang lebih awal kerana ikram pada “mehman” tetamu Allah, jadi setiap kali solat aku akan cuba duduk disebelah hadraji. Selepas Zohor, diadakan majlis taklim sampai asar,lepas asar diadakan karkuzari sampai magrib. Lepas magrib, diadakan bacaan yaasin kemudian doa, bayan samada dibuat atau tidak aku dah lupa ( Aku tidak ingat program lepas asar dan magrib dengan tepat, tapi bacaan yaasin memang lepas magrib), makan malam sebelum solat isyak, sekali lagi kami dipanggil dan makan bersama elders, makan malam, aku jarang lihatlah hadraji dan maulana omar makan malam bersama kami, aku tidak tahulah apakah mereka makan ataupun tidak. Selepas solat isyak diadakan bacaan Hayatussahabah. Hadraji sendiri akan membacanya, sebelum hadraji datang semua orang telah duduk rapat-rapat bersedia dengan kitab hayatussahabah, suasanya sepi, bila sahaja hadraji mula membaca dalam bahasa Arab, amatlah sedapnya kita dengar, nada suaranya berlagu serupa saperti ia bayan, aku lihat kanak-kanak pelajar duduk sambil merujuk pada kitab hayatussahabah berbahasa arab, aku rasa aku saperti seorang muallaf yang baru kenal islam bila melihat kanak-kanak ini dengan kitab mereka dan tawajuh mereka. Untuk kami tidak ada penterjemah bahasa melayu, semuanya dalam bahasa inggeris. Habis hayatussaahabah, bangun maulana Sulaiman, khadam hadraji bertubuh tinggi dan sasa memberi nasihat kepada jemaah, katanya “Tuan-tuan datang ke nizamudin duduklah didalam setiap program yang diadakan didalam masjid kerana kata maulana Alias barang siapa yang datang ke Nizamudin tetapi tidak duduk didalam program masjid anggaplah dia tidak datang ke Nizamudin”, kemudian katanya lagi “jaga iman jaga saman(barang)”. Selesai semua aku pergilah untuk tidur, tempatnya bilik dibangunan atas masjid tempat yang digunakan oleh Maulana Alias rah. Dahulu.

Masa itu di Nizamudin, keadaan maulana-maulana yng berusaha sezaman dengan maulana Alias masih lagi sehat dan mereka telah korbankan diri mereka sepanjang hayat tinggal dimarkas untuk khidmat pada ugama. Antara mereka ialah Maulana Ubaidullah rah. Beliau seorang Alim dan Mufassirin AlQuran, maulana Omar selalu rujuk pada beliau tentang ayat-ayat yang beliau bayan, masa itu keadaannya sudah uzur, solat diatas kerusi roda. Maulana zakaria rah. Aku tak sempat berjumpa kerana dia baharu sahaja kembali ke Rahmatullah. Meiji Mehrab rah. orang mewati, orang yang pertama keluar jemaah tiga hari, dia pakar dalam kerja usaha makami. Satu hari di Mewat, semasa kapalterbang melintasi masjid, Maulana Alias rah. Berkata kepada Meiji Mehrab. “Meiji suatu hari nanti kamu akan naik kapalterbang dan akan pergi seluruh dunia untuk cakap tentang usaha agama Allah swt.” Meiji menjawab maulana sudah gila, saya nak pakai kasut pun tidak ada , bagaimana hendak naik kapalterbang”. Suatu hari diatas kapalterbang, kali pertama beliau naik kapalterbang untuk keluar jalan allah beliau menangis, apabila jemaah melihat dia menangis dan terus bertanya adakah dia takut naik kapalterbang, tapi katanya dia teringat akan kata-kata maulana Alias dahulu yang dia akan menaiki kapalterbang ke seluruh dunia untuk cakap tentang usaha agama tetapi dia tidak percaya dan sekarang telah terbukti benar berlaku. Sekarang seluruh dunia menjalankan kerja-kerja dakwah dan tabligh sebagaimana yang diterangkan cara-cara oleh Meiji Mehrab rh.

Maulana Daud rah. Orang yang pertama disuruh oleh Maulana Alias bagi membentuk jemaah masturat 3 hari. Beliau adalah pakar didalam tertib usaha masturat, tahun1991 aku keluar masturat di nizamudin maulana Daud telah karkuzari kepada kami bagaimana mula-mula usaha masturat ini boleh dibentuk, ia adalah hasil fikir ibu maulana Alias sendiri, bila dibentang dalam mesyuarat semua maulana tidak setuju, kerana usaha atas kaum lelaki baru bermula, tetapi maulana alias tetap mahu jemaah masturat ini dikeluarkan dan memutuskan supaya maulana Daud usaha untuk bentuk jemaah 3 hari, akhirnya jemaah 3 hari masturat yang pertama berjaya dibentuk. Apabila jemaah ini dikeluarkan maka mereka melihat kesannya amtlah baik, ramai wanita mula mengambil bahagian dan akhirnya usaha masturat bagitu maju. Waktu itu masturat aku sempat berbait dengan hadraji.

Maulana Zubir masa ini masih muda dia jarang-jarang bayan di markas, anaknya, cucu hadraji ada dua orang dan masih kecil , suka berlari-lari didalam masjid. Maulana Saad masa itu belum dikenali, aku rasa masa itu dia masih lagi remaja dan sedang belajar di Madrasah. Anak maulana Omar waktu itu masih muda, dia kadang-kadang silih berganti dengan Munsyi Aladata rah. azan, suaranya sedap, azannya serupa orang Malaysia. Maulana-maulana lain aku tidak ingat, yang aku ingat seeorang lagi ialah Maulana Zahirudin, dia adalah amer jemaah aku ketika kami keluar di Mewat selama 10 hari, jemaah ini campur dengan orang England, South Afrika, Canada, Brunai dua orang yang baru habis belajar di England, namanya Jumali dan Ibrahim kedua-duanya menjadi syura Brunai sekarang, satu masa dulu aku keluar di Brunai mereka sudah tidak kenal aku lagi dan setelah diceritakan pada mereka semasa keluar di Mewat baharulah mereka ingat.

Aku berada di IPB lebih kurang enam bulan. Apa yang aku perhatikan sebelum aku pulang ke Malaysia, iaitu selepas era Ijtimak dunia yang pertama di Terangganu, kesempatan bersarapan bersama hadraji sudah tidak ada lagi kerana selepas Ijtimak Malaysia Allah swt telah membuka hidayah pda orang Malaysia, banyak jemaah telah dibentuk untuk keluar ke IPB selepas itu, dan peluang untuk makan bersama hadraji telah tiada lagi. Waktu itu aku rasa kami memang diberi perhatian istimewa oleh elders. Di Kakril Markas di Bangladesh kami ada 4 orang sahaja dan aku orang paling muda masa itu, aku masih ingat lagi bagaimana Haji Mukeb rah. telah ikram aku, menyuap makanan ke mulut aku dan memberi kain selimutnya pada aku dan menyuruh orang-orang khidmat markas menyediakan masakan ikan pada kami.

Sebelum pulang ke malayia dihari terakhir aku, aku doa supaya dapat makan tengahari bersama hadraji buat kali terakhir, tetapi impian aku hampa kerana aku lambat pulang ke markas disebabkan urusan tiket, masa pulang selepas zohor semua orang dah habis makan. Masa itu aku bersama dengan Mokhtar (Di Seri Petaling sekarang gelarannya Mokhtar TS) kami makan pinggan yang berasingan, sedang kami makan tetiba keluar hadraji dan maulana Omar, hadraji datang terus duduk disisi aku dan makan nasi dari pinggan aku, Alluhuakbar, aku begitu gembira Allah telah perkenan doaku untuk makan kali terakhir dengannya. Selepas solat asar hari aku bersama Mokhtar pulang ke tanah air setelah tempoh khuruj habis. Aku dengan mokhtar ini hanya jumpa masa nak pulang ke Malaysia sahaja, kami keluar jemaah berasingan.

Begitulah pengalaman aku semasa aku keluar di Nizamudin, semuga ianya menjadi bahan perkongsian kepada pembaca sekelian.

Wassalam

Al fakir Musa kola Kedah

Sabtu, 22 Mei 2010

FIKIR SEKETIKA

Bismillahirrohmanirrohim

Semua kita dihantar oleh Allah swt ke dunia dengan masa yang terlalu pendek dan kita kena usaha untuk satu kehidupan yang panjang.Hidup sesudah mati, Satu kehidupan yang tiada nokta,, hdup selama-lamanya tanpa mati.Sekarang apahak usaha yang kita buat untuk satu penghidupan yang panjang, jika Syurga, selama-lamanyalah di sana, tetapi jika dalam neraka, Nauzubillah.

Khamis, 20 Mei 2010

Tikus yang cerdik

Bismillahirrohmanirrohim

Tersebutlah kesah berlaku pada suatu negeri, nama negerinya Pura Cendana. Diperintah oleh Raja yang adil saksama Baginda Alam Syah Bana, disitu tinggal satu keluarga yang menjalankan usaha pertanian padi. Rumahnya banyaklah padi, bila ada padi maka adalah musuhnya iaitu tikus, untuk menyelamatkan padinya , petani ini memelihara kucing yang garang untuk menangkap dan membunuh tikus. Jadi banyaklah tikus yang menjadi mangsa kucing ini.

Keadaan ini menimbulkan kerunsingan buzruk-buzruk (elders) tikus ini. Atas kerunsingan inilah maka satu keputusan dibuat bagi mengadakan satu perjumpaan seluruh tikus-tikus dikawasan itu, iaitu bagaimana usaha perlu dibuat untuk menyelamatkan generasi tikus daripada kemusnahan demi kemusnahan angkara kucing ini. Setelah berkumpul semua tikus, mesyuarat pun dijalankan, yang mana ahli syuranya terdiri dari buzruk-buzruk yang badannya telah putih dan banyak pengalaman. Maka banyaklah syor yang dicadangkan, ada yang syor supaya setiap hari mereka korbankan seekor tikus untuk dipersembahkan kepada kucing sebagai makanannya, dan ada yang syor ditubuhkan kumpulan jaga malam dan sebagainya, pendek kata banyaklah syor yang dicadangkan tetapi semuanya tidak diterima , Mesyuarat ini berlarutanlah sehingga semua mereka kecewa kerana tiada keputusan dibuat. Ditengah-tengah kecewa inilah maka tampillah seorang buzruk yang tadinya diam tidak berkata-kata dan memberi cadangan. Cadangannya ialah, Kita buat satu rantai dimana kita letakkan loceng pada rantai tersebut yang mengeluarkan bunyi yang kuat, ketika tikus ini sedang rehat atau tidur kita gantunglah pada lehernya, setelah digantungkan rantai ini, bila kucing ini berjalan atau berlari maka ia akan mengeluarkan bunyi. Bunyi inilah yang akan menyelamatkan kita, bila kita dengar bunyi ini maka semua kita akan dapat menyelamatkan diri masing-masing dan semua tikus akan selamat. Mendengar saja cadangan ini maka semua tikus gembira dan memuji kepintaran buzruk ini, se,mua mereka bersorak, melompat dan ada yang terguling-guling, sambil menjerit, “kita selamat”, “pergi kucing jahanam”, “Bravo”, “Selamatkan jenerasi tikus”, “Hidup tikus, jahanam kucing”, begitulah punya seronohnya mereka sebab sudah nendapat jalan penyelesaiannya. Hanya buzruk seekor ini sahaja yang diam, kemudiam dia menyambung lagi cakapnya sambil mendiamkan semua tikus dia berkata

“SIAPAKAH ANTARA KITA YANG SANGGUP UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI DI LEHER KUCING INI”. Mendengar ini semua tikus diam seekor tikus pun tidah angkat kepala dan bersedia untuk menjaLANKAN TUGAS UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI INI. Kalau ini terjadi bagaimana nasib tikus ini adakah ia akan berubah dan selamat ?

Ini tamsilan berlaku zaman sekarang, jalan penyelesaian telah ditunjukka oleh rasulullah saw. Tetapi umat ini tidak jalankan kerja sebagaimana sahabat r.hum dahulu buat. Hari ini semua orang baik daripada golongan atas hingga bawah semua bercakap tentang masalah tetapi tidak melakukan kerja untuk penyelesaian. Jadi setiap orang daripada kita kena buat usaha korbankan harta dan diri untuk ugama Allah swt.

Cerita tamsilan ini aku dengar dalam bayan semasa aku baru mula-mula ikut dakwah dulu.

Isnin, 17 Mei 2010

Karkuzari

Bismillahirrohmanirrohim

Aku baru pulang dari nusroh jemaah Sri Lanka yang datang di Morhallah aku. Seorang daripada jemaah mereka telah memberi karkuzari tentang jemaah Pakistan yang keluar kat Amerika.

Peristiwa berlaku ketika jemaah sedang membuat ziarah umumi di satu kawasan yang terdapat orang Islam. Mereka tidak mempunyai dalil (penunjuk jalan) untuk menunjuk rumah orang islam. Ketika sedang berjalan mereka berjumpa seorang budak yang sedang berjalan ke kedai untuk membeli barangan yang disuruh oleh ibunya.

Jemaah ini telah bercakap dengan budak ini dan menceritakan kelebihan ziarah dan mengajak budak ini menjadi penunjuk jalan bagi menunjukkan rumah orang islam. Maka budak ini pun terus ikut dan pergi bersama jemaah untuk menunjuk rumah orang Islam disekitar.

Setelah masa berlalu dan rumah pun sudah habis diziarahi maka budak ini menyambung tugasnya untuk membeli barang pesanan ibunya, setelah siap membeli barang dia pun pulang ke rumah.

Setelah sampai di rumah, ibunya menunggu dan bertanya kenapa dia lambat pulang. Setelah memberitahu ibunya perkara sebenar, ibunya memarahinya dan berkata “ Kamu telah membazirkan masa saya” . Setelah mendengar kata ibumya itu, budak ini tidak menjawab apa-apa, sambil memandang keatas dan kemudian memandang ke bawah, budak ini terus jatuh dan mati. Setelah itu budah ini telah dibawa kehospital untuk bedah siasat, dan didapatinya budak ini mati disebabkan hatinya telah pecah.

Malam itu imam di kawasan itu telah bermimpi berjumpa denga budak itu disyurga dan bertanya apa yang telah terjadi. Maka budak ini telah ceritakan, semasa dia memandang ke atas dan k e bawah dia telah lihat keindahan syurga maka hatinya pecah kerana tidak dapat menahan kegembiraan itu. Maka imam ini pada hari jumaat masa khutbah telah memberitahu pada jemaah atas kebenaran usaha dakwah ini.

Ini baru satu amal nabi saja , maka ganjarannya begitu hebat dan bila dibukakan hijab melihat ganjaran yang diberi oleh Allah maka hati kita tak dapat menahannya, sebab itulah Allah akan bukanya dihari akhirat nanti.

Akhir sekali saya seru pada diri saya dan semua orang islam supaya berkorban diri dan harta di Jalan Allah swt.

Rabu, 12 Mei 2010

TAHAJJUD POSMEN MEMBUKA HATI SEORANG……

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Dalam cerita Singapura dilanggar Todak, dengan fikir seorang kanak-kanak telah menyebabkan Singapura selamat dari ancaman todak, begitu juga apabila negeri Beringin Rendang berlawan dengan negeri Masai dengan mempertaruhkan Negara melalui empat soalan cepumas, jika kalah negerinya akan tergadai tetapi dengan asbab seorang kanak-kanak namanya Belalang dan bapanya Pak Belalang maka negeri Beringin Rendang diselamatkan .

Inilah kesah benar yang aku ingin ceritakan. Kesah ini berlaku disekitar tahun 1981, masa itu aku masih belajar di UPM .Pada masa cuti semester 5 minggu aku telah keluar dakwah Tabligh 20 hari kat Melaka bersama pelajar dan lagi 2 minggu aku pulang kampong kat kuala kedah.

Dalam cuti 2 minggu kat kampong aku telah pergi kat markas di Alor Setar. Di markas ada satu jemaah 40 hari baru sampai, campur dari Johor dan Melaka. Amernya Mujahid dari Johor ia bekas pelajar UPM ( Sekarang menjadi Pengarah Pertanian Pahang bergelar Dato jika tak silap). Jemaah dimesyuaratkan keluar di kawasan Kuala Nerang dan patah balik ke Pokok Sena, aku ditasykil untuk nusroh 5 hari.

Masjid pertama ialah di masjid Pekan kuala Nerang, mula-mula tak dapat masuk tetapi setelah berjumpa dengan imam dan Ajk dibenarkan juga masuk, disini tidak ada sambutan dari orang tempatan, kecuali ada seorang pelajar SPM namanya Tarmizi, ia ikut 3 hari bersama kami. Tarmizi ini lepas SPM telah sambung belajar kat UPM dan berjumpa dengan aku kat sana dan dia menjadi fikirman kat Kolej ke2 UPM. Aku masih ingat di masjid ini AJK telah mengambil nama kami bersama pekerjaan, disinilah aku mengetahui pekerjaan semua ahli jemaah.

Masjid kedua kami pergi ialah masjid Felda Bukit Tembaga (Felda yang kedua di Malaysia selepas Felda Lurah Bilut di Bentong Pahang). Kami sampai pagi Jumaat, sambutan disini amat baik, Imamnya sendiri telah duduk bersama kami dalam mesyuarat pagi dan juga taklim, dimana dia telah belajar adab dan usul, 4 perkara dibanyakkan, 4 perkara dikurangkan 4 perkara ditinggalkan dan 4 perkara jangan disentuh semasa keluar jalan allah. Rupa-rupanya adab dan usul ini beliau telah membaca dan membahasnya sewaktu mengajar sebelum solat jumaat, tetapi secara positif mengikut al quran dan hadis. Tuan Imam ini merupakan Tok Guru, beliau belajar pondok dari kecil sehingga tua dan mengajar lagi kat pondok kemudian dilantik menjadi imam di Felda Bukit Tembaga.

Jemaah telah berusaha seperti biasa dan setiap ada program ijtimae Tok imam ini pasti akan duduk dan mendengar dengan penuh perhatian dan tak pernah beliau komplen apa-apa pada jemaah. Sehingga waktu malam beliau makan bersama kami dan duduk dalam taklim akhir dan adab tidur. Semasa adab tidur diberi, kelebihan tahajjud juga disebut dengan banyak untuk menimbulkan keghairahan untuk beramal. Disini kami duduk 3 hari dan jemaah berpindah ketempat lain, aku pula balik rumah.

Dipendekkan cerita dah lama aku tidak dengar ceritanya kecuali sekali ada aku dengar beliau telah dibawa oleh jemaah Khawas keluar kat Thailand 10 hari. Pada tahun 1982 ijtimak dunia di Terangganu, aku telah keluar 4 bulan ke IPB sebelum ijtimak diadakan. Setelah tamatnya Ijtimak di Terangganu banyak jemaah 4 bulan telah dihantar ke IPB termasuklah Tuan Imam ini. Aku telah berjumpa dengan beliau di Markas Nizamuddin India. Ia begitu seronok berbual dengan aku. Disinilah beliau mencerikan padaku bagaimana ia tertarik dengan jemaah tabligh ini. Bermula dengan jemaah kami yang keluar kat tempatnya dahulu, dimana setiap program yang dia duduk itu, tujuannya untuk melihat amalan-amalan orang dakwah. Beliau berkata padaku “Musa, masa depa bagi kelebihan tahajjud, saya dok ingat depa cakap saja mereka tak boleh buat, sebab saya dari kecil sampai besar mengaji pondok kemudian mengajar di pondok pula pun susah nak solat tahajjud, bangun buang air kecil bolehlah” Inilah kata-katanya yang masih aku ingat. Katanya lagi “malamtu saya tak tidoq, saya dok perati(lihat) apa depa buat, depa semua tidoq dah. Kemudian agak malam sikit, bangun sorang, pelan-pelan (perlahan) jalan pi bilik air, sapapun tak dengar dia jalan dalam kelam, kemudian bangun pula sorang lagi, macam tu juga, senyap , kumudian bangun lagi, kemudian depa sembahyang tahajjud secara senyap-senyap tak ganggu sapa” . Tambahnya lagi “Lepas tu depa semua pakat berdiri sembahyang, saya pula jalan pelan-pelan pi dengar depa baca apa, tiap-tiap orang saya pi dan dengar, depa baca surah apa sebab berdiri lama.sampai kat sorang tu saya dengar dia baca surah yaasin, saya ingat dia ni mesti orang alim sebab dia baca yaasin dalam tahajjud, orang biasa mana boleh buat macamtu”. Besoknya dia Tanya amer jemaah iaitu Mujahid siapa orang tu sambil menuding tangan kearah orang yang membaca surah yaasin malam tadi dalam tahajjud. Amer sab memberitahu dia kerja sebagai posmen dari Melaka, dengar sahaja “Posmen” terkejutlah Imam ini. “saya terkejut ingat kan orang alim tapi posmen sahaja, malu saya dengan amalan depa ini, hati saya berasa tersentuh dan sebab itulah saya ikut jemaah tabligh ini”. Ini luahan imam ini pada saya secara ikhlas kat markas Nizamudin. Maksud tuan imam ini bukanlah beliau nak merendahkan posmen ini tidak sama sekali, tapi kebiasaannya di Negara kita ini, Jika seseorang yang bekerja disektor yang bukan ugama , pengetahuan agamanya tidaklah setinggi mana, sekadar biasa sahaja. Tapi bila beliau lihat amalan orang ini hebat seperti amalan orang alim, itulah yang membuat beliau terkesan dihatinya.

Apabila saya habis belajar di UPM dan balik kampong kami sering keluar 3 hari bersama termasuklah keluar masturat, aku amatlah akrab dengan beliau, cucu perempuannya pun aku mengajar kat sekolah dan pernah keluar masturat bersama dengan aku.Walaupun aku muda tapi beliau amat suka untuk keluar jalan allah bersama dengan aku.

Diakhir-akhir hayatnya ,kalau dulu kami sama-sama pergi buat khususi berjumpa manusia cerita tentang kebesaran Allah dan kepentingan usaha agama allah dan ajak orang keluar di jalan Allah. Bila masuk zaman Milanium tahun 2000 kami juga sama-sama telah dimasukkan ke hospital dengan sakit masing-masing, berulang-ulang masuk dan keluar hospital bersama sehinggalah Allah telah menjemput beliau kehadratnya, meninggalkan aku dengan kenangan bersamanya yang tak akan kulupakan. Sekarang usaha dakwah ini telah disambung oleh menantu lelakinya yang telah berkahwin dengan anak perempuannya, yang mana mereka ini suami isteri banyak berkorban di jalan Allah swt. , kerap rumah mereka menerima jemaah masturat. Inilah yang dikatakan keberkatan Ibubapa yang membuat pengorbanan atas agama Allah, Insyallah Allah akan ambil ahli keluarga untuk sambung usaha agamanya. Menantunya ini juga amat baik dengan aku, kerana nak menyambung persahabatan yang telah terjalin dengan bapa mertuanya.

Nama Tok imam ini ialah AllahyarhamTuan Guru Iman Haji Ibrahim semoga Allah mencucuri Rahmat keatasnya dan memasukkan Rohnya bersama Nabi-nabi, Siddiqin, Syuhada` dan Solihin. Amin

Sabtu, 8 Mei 2010

MKI ( MASIHKAH KAU INGAT )

KESAH PERMULAAN BAGAIMANA AKU MULA DIBAWA DALAM USAHA AGAMA NABI SAW

Bismillahirrohmanirrohim

Kesah ini bermula lewat tahun 70an ketika itu aku belajar di Sekolah Menengah Jitra di tingkatan enam rendah . Aku tinggal di rumah sewa bersama empat orang kawan, aku, Ku Abdul Halim, Harun dan Azizan. Rumah sewa kami ditepi sungai , Sungai Korok dalam Pekan Jitra, Jarak rumah kami dengan sekolah lebih kurang 500m dan dari masjid daerah jitra juga lebih kurang 500m, masjid ini sekarang tidak lagi menjadi masjid daerah kerana masjid daerah telah dibina baharu ditempat lain. Masjid ini pernah menjadi markas jemaah tabligh seketika dulu. Kami berempat setiap hari berjalan kaki berulang ke masjid setiap kali solat fardzu. Pada bulan puasa kami tutup dapor dan periuk sebab dimasjid tiap-tiap hari ada kenduri berbuka puasa, jadi makanan itu juga kami simpan guna untuk sahur.

Di Jitra waktu itu ada sebuah sekolah swasta di Lorong Alif, pengusahanya Cikgu Osman iaitu guru saya di SMJ. Disekolah itu ada seorang guru bernama Cikgu Anuar (sekarang kerja dgn TM), ia sudah keluar dakwah selama 4bulan di India, Pakistan dan Bangladesh kalau tak silap tahun 1978. Cikgu Anuar ini dia suka berbual dengan kami dan bercerita tentang usaha dakwah. Kami suka mendengar ceritanya kerana ada perkara baharu yang belum pernah kami dengar, terutama cerita tentang ulamak-ulamak yang membuat usaha agama saperti sahabat nabi saw. Cerita tentang pengalamannya di IPB dan banyak cerita-cerita sahabat yang diceritakan kepada kami. Akhir sekali beliau telah memberi kepada kami kitab “FADZILAT SALAT” kulit bewarna hijau. Inilah detik permulaan kami dalam penglibatan dalam usaha agama Allah swt.

Mula-mula kami disuruh membaca kitab ini satu atau dua hadis selepas solat asar setiap hari, jadi setiap hari kami akan bergilir-gilir membacanya setiap hari selepas asar di Masjid. Lepas itu dia memberi kelebihan kepada kami agar dapat dibaca dirumah sewa kami pula, jadi dengan kitab yang sama, kami bacalah kat rumah sewa selepas pulang dari masjid selepas solat isyak. Kitab ini kami simpan dirumah kami kerana ada suatu ketika kami simpan di masjid ia hilang diambil orang . Perbuatan kami berempat berulang alik ke masjid ini rupanya menjadi perhatian orang kampong disitu dan mereka amatlah suka kepada kami hingga ada satu keluarga tu anaknya dari tak pandai solat jadi pandai dan tidak tinggal solat dan setiap kali pulang kerumahnya mesti ia memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk rumah.

Seterusnya apabila kami sudah istiqomah membaca hadis di masjid dan rumah, Cikgu Anuar mula mengajak kami ke Markas Tabligh yang terletak di Tanjung Pauh lebih kurang 4 Km dari Jitra. Masjidnya waktu itu kecil sahaja, sekarang dan jadi masjid baharu dan besar. Aku dan Ku Abd Halim menyahut ajakan terus pergi, sementara Azizan dan Harun mereka tidak bersedia untuk pergi ke markas (Sehingga sekarang pun bila aku bawa jemaah khususi untuk ajak mereka buat usaha agama masih juga tak bersedia ) . Cikgu Anuar datang mengambil kami dengan keretanya kemarkas.

Di markas aku melihat satu suasana yang mana orang yang datang kebanyakkanya sudah tua-tua, waktu itu yang aku ingat orang muda, aku, Ku halim dan Khalid yang masih bersekolah, hadir malam markas antara 20 hingga 30 orang. Selepas asar hari khamis di markas , seorang telah diberi tugas untuk memberi adab “Ghast”, dalam ceramahnya aku tak faham beberapa sebutan yang pertama kali aku dengar antaranya ialah “Gasht”, “Bayan”, “Mutakallim”. Amer sab”, “Rahbar” “Tashkil” “Iklan” “Takril””istiqbal”. Aku mendengar penjelasan yang diberi dengan sungguh-sungguh, apabila habis penerangan diberi dia terus bertanya siapa yang nak jadi mutakallim, kemudian rahbar lepas tu,takril dan lepas tu bayan, Tahukah anda setiap kali dia bertanya siapa sanggup nak jadi saperti diatas, akulah orang yang pertama mengangkat tangan menyahut panggilan untuk menjalankan tugas yang mana langsung aku tak faham apa-apa. Aku bersyukur kepada Allah kerana waktu tu Allah telah terima kesanggupan aku untuk menjalankan tugas yang aku tak faham tu sampailah sekarang, Alhamdulillah, sebagaimana ketika aku berusia 10 tahun jemaah tabligh India Maulana datang ke kampong aku di Kuala Kedah dalam tahun 1970, apabila diminta nama untuk keluar 4 bulan aku telah berdiri memberi nama aku, walaupun masih ku ingat waktu itu aku duduk dibelakang sekali dan tidak faham apa-apa , kemudian selepas 10 tahun aku member azam, dalam 1980 aku telah diberi Allah untuk keluar 4 bulan dijalan Allah swt.

Di markas setiap kali program yang dibuat aku kaji dan lihat bagaimana semua orang tak kira tua atau muda semuanya patuh pada satu arahan sahaja daripada satu orang yang dipanggil “amer”. Lepas magrib bayan diadakan, dan aku duduk dihadapan sekali mendengar ucapan-ucapan yang diucapkan oleh penceramah, yang mana jalan ceritanya menarik, penyampaiaanya bersahaja penuh fikir dan menyentuh hati sanubariku, ceritanya hanya tentang perjuangan nabi dan sahabat-sahabatnya, tanpa ku sedari air mataku bercucuran dipipiku terus kedaguku dan menitis diribaku. (Janggut belum tumbuh lagi, masih muda). Penceramah langsung tidak menyentuh peribadi sesiapa dari kalangan manusia yang hidup atau sudah mati yang boleh menjatuhkan maruah mereka apatah lagi mencela mereka tidak sama sekali, ini amatlah membuat aku kagum, ceramah yang panjang dan tidak satu bentuk humor yang boleh diketawakan pun tidak ada, suasanya penuh kesyahduan. Sebelum inipun aku pernah mendengar ceramah tentang perjuangan nabi dan sahabat dari program lain samada politik atau lain-lain pergerakan, ceramahnya amatlah berlainan sekali tak payahlah aku sebut dimana perbezaannya.

Selepas selesai bayan dan orang memberi nama termasuk aku untuk keluar jalan Allah, solat Isyak , kemudian program tamat dengan bacaan kesah hidup para sahabat nabi saw. Sebelum itu diberi adab tidur cara nabi saw tidur, pertama kali aku dengar dan terus aku amalkan. Selesai semua program tibalah masa makan malam, kami berdua tidak membawa makanan , jadi merekalah telah ikrom kami makan malam, nama yang tidak boleh aku lupa dalam memberi makan ini ialah Allahyarham Bang li, Allahyarham Pak Yob, Allahyarham Hj.sirat Pak haji Awal (capati /roti waktu pagi), Selepas itu setiap minggu kami tidak pernah lepas peluang datang ke markas, samada mereka ambil atau berjalan kaki 4 Km ke markas setiap khamis petang lepas asar, orang yang biasa mengambil kami untuk ke markas ialah Cikgu Yaakob dan Tuan Hj Marwan ( Bendahari UiTM Shah Alam). Hj Marwan yang banyak menasihati kami tentang kepentingan menjaga pelajar dan belajar dengan rajin, beliau merupakan jemaah pelajar dari Malaysia yang pertama keluar 4 Bulan ke IPB bersama Tn Hj Salleh Mubin (T bg Haji), Hj.MOhd Amin (UTM Sekudai), Dr. Khaider (UPM-Fizik pensyarah aku) dan lain-lain aku dah tak ingat nama mereka).

Tahap ketiga adalah mereka mengajak kami keluar satu hari setengah nisab pelajar, Alhamdulillah kami berdua tidak lepas peluang untuk keluar, amer jemaah kami yang mula masa itu ialah Allahyarham Hj Ramli (Bang Li). Aku budak baru belajar pertama kali keluar tetapi aku mempunyai kesanggupan untuk membuat semua perkara yang ada didalam usaha tabligh masa itu, dari khidmat taam sampailah kebayan semuanya aku sanggup buat. Tapi apa yang diputuskan untuk aku buat ialah duduk dalam taklim 4 jam dan kena hafal hadis yang didengar dengan sempurna termasuk perawinya, malam sebelum tidor dalam program muhasabah amer mahu aku hafal 3 doa masnun amalan harian dan dibaca dihadapannya. Apa lagi aku buatlah apa yang disuruh dan Berjaya melakukannya, beginilah setiap kali keluar kena hafal doa kemudian adalah peningkatanya membuat khususi, mutakallim. Khidmat dan semuanya kecuali amer jemaah sahaja aku tak jadi. Banyak doa masnun yang aku amal sekarang pun merupakan dari hafalan tersebut. Sekarang hati dah benak nak menghafal cepat lupa, (Tanda dah tua).

Di sekolah, selepas kami sudah belajar keluar dakwah satu hari maka fikir aku dan Ku Abd Halim dah bertambah. Kami mula fikir bagaimana kawan –kawan sekelas dengan kami dapat mengambil usaha nabi saw, Kelas kami adalah kelas sains, jadi semuanya kaki ulat buku, termasuk Ku Abd Halim ini juga ulat buku, tapi aku separuh ulat buku sahaja, jadi aku tak lepas peluang, nampak sahaja member rehat aku cerita tentang usaha agama pada mereka setiap hari. Dugaan masa itu memanglah banyak , guru-guru pandang serong pada kami, mereka kata kami sesat ikut tabligh India, tapi aku buat bodoh aje, teruskan usaha dengan jostnya . Masa berlalu dengan cepat namun tiada seorang pun dari kawan sekelas yang mahu ikut kami untuk ke markas apatah lagi mahu keluar, tapi aku tetap sabar.

Masa untuk berpisah dah semakin hampir apabila peperiksaan STP bermula, masa inilah kerisauan aku semakin bertambah dan aku luahkan kerisauan ini pada sahabatku Ku abd Halim, kataku “Halim kita dah nak habis belajardah dan akan berpisah, kawan-kawan kita seorang pun tidak mahu keluar di jalan Allah nanti aku takut bila kita mati Allah akan soal kita atas perkara ini, mailah kita buat sesuatu macam mana nak bagi depa ikut usaha nabi saw” kawan aku ini dia slow and steady ,buat kerja dengan fikir.

Aku cadangkan padanya supaya dapat buat perhimpunan kecil di rumah sewa kami dengan melibatkan orang awam untuk memberi penerangan yang lebih baik, setelah bermesyuarat dengan orang markas maka mereka bersetuju untuk datang dan menyediakan sedikit makanan, masa itu peperiksaan STP baru bermula. Aku dan sahabat aku ini setiap kali apabila habis sahaja paper yang diambil kami akan duduk bersama kekawan yang sebuk tengah bincang soalan terus sahaja terangkan kepentingan usaha agama dan ajak mereka untuk hadiri perhimpunan di rumah kami. Beginilah keadaan kami sebuk dakwah ditengah peperiksaan STP yang sedang dijalankan sehinggalah di hari akhir peperiksaan. Hari akhir ini hari yang paling sebuk kerana untuk menuai hasil usaha yang dah setahun dijalankan, akhir sekali dengan kehendak Allah berhimpunlah juga lebih kurang sepuluh orang. Maka penerangan dibuat dan apabila taskil dibuat dua orang telah memberi nama untuk keluar tiga hari. Aku dan sahabatku dah siap untuk keluar 4B jalan kaki dalam negeri. Dua orang yang bersedia keluar 3 hari itu ialah Alaudin dan Ku Halim bin Ku Hamid namanya sama dengan sahabat aku bezanya sahabat aku Ku Abd Halim Ku Taha. Alaudin ini dia hanya keluar 3 hari lepas itu dah tak mahu keluar lagi, sekarang pun aku jumpa dengannya dan ajak keluar 3 hari lagi, dia tak bersedia untuk keluar, sekarang ia jadi guru. Sementara Ku halim Ku hamid ini dia merupakan kawan baik aku, kawan yang selalu buat bising dan merayau, dia telah keluar 3 hari dan apabila pulang dari 3 hari dia mempunyai semangat untuk meneruskan usaha agama, Alhamdulillah apabila dia menyambung pelajarannya di UKM dia menjadi fikirman disana dan orang yang korban, apabila tamat belajar keluar 4 bulan, sekarang menjadi Prof penuh di UiTM Shah Alam Frof Dr Ku halim Ku Hamid, mukanya selalu keluar kat kaca TV dalam program Inovasi.Sudah lama aku tak berjumpa dengannya, kami memanglah sahabat yang paling baik banyak kesah kami (Kalau hang baca tulisan ini hang ingatlah kat aku). Seorang lagi sahabat kami dia tidak datang dalam perhimpunan kerana nak balik Kuala Lumpur, dim Kuala Lumpur dia telah keluar 3 hari, katanya dia memang berminat untuk ikut dakwah apabila mendengan dari kami. Namanya Yusuf bin Said dari Limbang Sarawak, dia sambung pelajar kat UM dan pulang ke Limbang telah mulakan usaha disana, satu masa aku telah keluar 40 hari di Limbang banyak aku telah jumpa karkun hasil daripada usaha beliu, kini Yusuf ada kat Miri.

Tersebutlah kesah aku dan sahabatku Ku Abd Halim kami telah bersiap untuk keluar 4 bulan. Pada Nov 1980 bersama dengan kami lagi 2 orang pelajar namanya Haris dari Jitra dan seorang lagi Aris Awang dari Alor Setar tamat SPM. Kami berangkat ke Kuala Lumpur dan sampai kat Masjid India kami diputus untuk keluar dengan jemaah 4bulan jalan kaki dari Terangganu ke Penanti Puau Pinang. Amer jemaah kami ialah Hj Harun dari Tanah Merah Kelantan. Sebelum berangkat , dimasjid India, Hj Marwan memberitahu kami bahawa kami merupakan orang Kedah yang pertama keluar 4 bulan jalan kaki di Malaysia, masa itu Hj Marwan dah bekerja di ITM Shah Alam.

Alhamdulillah kami selesai keluar 4 bulan dan pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan usaha. Ku Abd Halim dia layak untuk masuk universiti tapi dia menolaknya dan menyambung pelajaran agamanya di Pondok Penanti sehingga tamat pengajian dan keluar IPB setahun ikut nisab ulamak, dan sekarang dia mengajar di Pondok Penanti dan menjadi ahli Syura Markas Penanti. Sementara Aris bin Awang apabila pulang ke Alor Setar sempat keluar 3 hari bersama aku kat Alor Setar sekali dan masuk belajar kat ITM Shah Alam (tidak Habis) pulang kampong aktif dalam PAS dan pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Kedah. Haris pula balik kampong dan membuka perniagaan sendiri, sebuk dan terus tidak keluar-keluar sampai sekarang, lama dah tak jumpa. Sementara aku pula sambung belajar kat UPM menjadi guru, sudah ada tiga orang cucu, sekarang kesihatan pun semakin kurang dan selalu berulang masuk hospital (anugerah Allah swt) tapi Alhamdulillah aku syukur pada Allah walau apapun keadaan aku Allah tetap memberi kebaikan kepada aku dan keluarkan aku 3h dan 40 hari setiap tahun ikut nisab termasuk usaha masturat sampai sekarang dan aku berdoa semoga Allah kekalkan aku dan semua sahabat aku dan semua rakan usaha untuk tambahkan korban dan kekal dalam usaha agama Allah swt.

Jika diizinkan Allah aku akan menulis pengalaman keluar 4 bulan jalan kaki era permulaan jemaah jalan kaki bermula

1) Jemaah pertama dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang

2) Jemaah kedua dari Pulau Pinang ke Terangganu

3) Ketiga dari Terangganu ke Penanti (jemaah akulah)

Rabu, 5 Mei 2010

z i a r a h 7 6: Dosa-dosa dan Facebook

z i a r a h 7 6: Dosa-dosa dan Facebook

Tulisan ini telah saya baca dan memang ada kebenarannya, selagi manusia tak sempurna imannya selagi itulah mereka tak kenal mana ular dan mana satu tali, sebab itulah untuk membetulkan amalan umat, semua orang kena usaha sungguh-sungguh untuk baiki dan menguatkan iman betulkan keyakinan pada Allah swt.

Sabtu, 1 Mei 2010

Tak ada cerita

Pengalaman Ngeri “Kehilangan” isteri yang baharu kahwin 4 bulan


Pengalaman ini saya cerita untuk ingatan saya sepanjang hayat saya. Peristiwa berlaku ketika saya baharu kahwin 4 bulan. Saya kahwin pada 2 Mei 1984. Besok merupakan hari ulangtahun ke 26 perkahwinan, Alhamdulillah kami diberi Allah kehidupan yang bahagia, dikurniakan Allah tujuh orang anak, 5 perempuan, 2 lelaki dan 3 orang cucu. Setiap tahun kami tidak lupa untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami.

Selepas empat bulan kahwin saya berpindah ke Kuala Lumpur tinggal di Kampong Syed Mohammad Sungai Besi, bersama Abang Arsyad (sekarang Syura mal), Abang Abu Bakar Mansor dan adik beradik Syed Mohammad. Masa itu saya masih belajar kat UPM tahun akhir.

Di sinilah peristiwa “kehilangan” isteri berlaku. Masa itu ada jemaah 40 hari masturat campur dari banyak markas keluar di kawasan Kuala Lumpur. Masa itu Masturat yang kuat hanya di Kuala Lumpur, di Markas lain memanglah kurang. Saya di Tasykil selama 15 hari .

Saya pun sambut takaza Alhamdulillah isteri pun suka keluar dan terus bersama jemaah tersebut. Dalam jemaah tersebut ada bersama Allahyarham ustaz Abdullah yg syahid kat Filipina, Allahyarham juga baru kahwin sama dengan saya. Bayan hidayat untuk saya dibuat di rumah Allahyarham Abang Zainal RTM. Saya macam biasa, isteri memakai pakaian baju kurung biasa dan kelumbung tiga segi biasa yang dipakai oleh gadis belasan tahun (memanglah masa isteri berumur 18 tahun) tidak tahu tertib. Pertama kali keluar tiga hari dirumah Allahyarham Dr Mustatafa bersama jemaah Dr Noor dari Jakarta pakai macam itu juga tiada orang komplen.

Apabila selesai sahaja bayan hidayat jemaah akan berangkat. Sebelum itu amer jemaah telah mesyuarat untuk pasangan menaiki kenderaan. Masa keluar dari rumah, amer telah mengarah semua suami akan mengambil isteri masing-masing kat pintu keluar rumah apabila nama mereka dipanggil. Jadi saya lihat lah semua orang telah mengambil isteri masing-masing dan telah naik kereta. Nama saya pun juga dipanggil dan saya tunggu punya tunggu isteri tak keluar-keluar. Jadi saya tunggu juga tapi tak keluar juga, tuan rumah cakap semua sudah keluar, tapi mengapa saya tak Nampak isteri keluar, saya naik gelabah, tapi tunggulah juga, akhir sekali penantian berakhir apabila tuan kereta yang saya tumpang naik itu beritahu isteri saya sudah naik, bila saya lihat dibelakang memang ada dua orang bertudung lingkup berpurdah. Saya beritahunya itu bukan isteri saya, sebab isteri saya tak memakai purdah. Dia memberitahu bahawa itu adalah isteri saya. Rupa-rupanya baharulah saya tahu tertib untuk keluar masturat kena memakai purdah yang lengkap. Semua pakaian eksoseri saperti jubah, purdah, sarung tangan di hadiah oleh isteri Allahyarham Abang zainal, semuga Allah memberkati mereka. Hingga sekarang isteri saya masih ingat lagi pemberian itu. Jadi itulah pengalaman pertama dia memakai purdah. Masa itu dia tak pernah cerita pengalaman pertamanya memakai purdah, baru sekarang ketika saya sedang menulis ini dia beritahu perasaannya iaitu pening, mual nak muntah dan ada macam-macam lagi rasa tapi di tahannya juga hingga habis tempoh15 hari.

Begitulah kesahnya, Insyaallah bersambung dilain tahun dan lain cerita.

MAJULAH DAKWAH UNTUK AGAMA