Assalamualaikum
Dalam coretan ini aku ingin berkongsi pengalamanku sebagai kaunselor pada tahun 90an dahulu, waktu itu klienku adalah pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 5, ada juga dikalangan guru-guru yang datang padaku untuk mendapat khidmat kaunseling. Bagi pelajar masalah yang dihadapi bergantung pda tingkatan dan jantina. Pelajar lelaki selalunya masalah ponteng, merokok dan kekadang bergaduh, kebanyakkan mereka dati golongan pelajar yng kurang menyerlah dalam pelajaran. Kedudukan sekolah terletak dikawasan nelayan dan juga sawah. Masalah ponteng dan merokok adalah sinonim dengan anak nelayan walaupun lain-lain kategoti ada juga yang menghisap rokok. Bagi pelajar cemerlang bertsnysksn cara pintar belajar atau “smart learning”, sebabnya kaunselor memang mahir dalam bidang “smart learning” . masalah kedua bagi pelajar cemerlang dan tak cemerlang adalah “CINTA” , mengakibatkan timbulnya masalah social saperti duduk berdua-duaan hingga berlaku sumbang, hingga ada yg melahirkan anak.
TAHUKAH ANDA SEMUA INI BERLAKU KERANA AKAN-ANAK INI TIDAK DIAJAR SOLAT DAN TIDAK DISURUH MENGERJAKAN SOLAT KERANA MEREKA ( YAKNI IBU BAPA) SENDIRI TIDAK PERNAH MENGERJAKAN SOLAT.
Ini salah siapa, salah akulah kerana mereka adalah muridku yg perluku bimbing.
Sebenarnya kesah yang aku nak paparkan dalam N3 ini adalah kesah menarik
Tentang pengalaman sesi kaunseling bersama seorang ustazah yang kukira memanglah cantik dan sudah pastilah tiada masalah dengan suami yang sukakan kecantikan. Ustazah ini datang dari daerah lain, bukan mengajar di sekolah ku.
Semasa dia masuk bilikku, aku jadi terkejut kerana aku baru saja kenal dia semasa kami sama2 berkursus. Aku sangka dia sengaja datang untuk bertanya khabar saja tetapi rupanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari ku. Pendek cerita aku pelawanya duduk dan sesi pun bermula.dalam kepala hotak aku tertanya-tanya apa masalah wanita yang cantik ini datang padaku,”Saya datang nak mintak nasehat dari ustaz (sbb saya berkopiah dan berjanggut)”Pendek cerita, sebelum sesi berjalan aku telah memberitahu syarat launseling, Kalau ustazah nak mencari penyelesaian, jika saya Tanya ceritalah dengan iklas dan jujur, segala perbincangan kita ini adalah menjadi rahsia, ia mengiayakan. Saya pun mula bertanya soalan-soalan cepu mas yang dia dengan rela menceritakan tanpa segan atau malu padaku tentang masalahnya, dia mula menceritakan masalah, mula-mula keadaannya tenang lama-kelamaan nadanya telah berubah, dia mula menangis perlahan memudian terisak-isak kerana dek sedih mengenangkan nasib diri. Aku dari mula dia bercerita hanya diam sekadar mengata “ya”, “ok” “teruskan””ya saya dengar” mata pula memerhati pada wajah ayunya, memerhatikan setiap perubahan memek mukanya. Dalam kaunseling perubahan memek muka dan juga bergerakan badan amat penting untuk menunjukkan kebenaran nya. Sebab bahasa badan atau nonverbal tidak boleh menipu sebagaimana lidah menipu, dalam kaunseling satu kemahiran yang penting adalah kemahiran mendengar dan kita mesti suka mendengar klien bercakap tanpa mencelah atau memotong cakap klien.
Aku hanya diam membiarkan sahaja dia menangis melayan perasaannya, sambil menangis ia mengangkat kain tudungnya bagi mengesat air mata yang mengalir keluar. Selesai menangis dia menyambung lagi ceritanya hingga tamat. Setelah mendengar ceritanya aku membuat refleksi terhadap masalahnya. Sebenarnya masalah mereka adalah dingin dengan pasangan setelah mempunyai 2 orang anak, mereka berkahwin atas dasar cinta semasa belajar di Al Azhar Mesir.. Sisuami seorang Pegawai Agama di satu daerah , sejak kebelakangan ini selalu pulang lewat malam kekadang pagi baru pulang. Akibatnya siisteri berasa curiga dan juga tidak mendapat layanan batin. Memanglah siisteri ini tahu kerja suaminya menangkap orang berkhalwat tetapi bukanlah setiap malam, alasan ini dijadikan suaminya untuk dia memenuhi hobinya iaitu memancing ikan.
Jadi masalah si isteri adalah bagaimana untuk menambat hati suami agar si suami tinggal di rumah bersama keluarga dan hanya keluar rumah apabila ada kerja sahaja. Ini merupakan satu challenge yang sukar buatku, kerana dihadapanku seorang yang mempunyai ilmu keluaraan AlAzhar yang sememangnya masyarakat kita mengagong-agongkan golongan ini sementara suaminya pula seorang pegawai agama yang terlalu masak dengan masalah rumah tangga, sementara aku pula insan kerdil yang cetek atau tidak tahu dalam hal-hal hukum hakam agama ini. Dalam kepala otak aku tercari-cari apakah kaedah yang nak aku guna bagi masalah ini. Hatiku tawajuh kepada Allah meminta ilham dan inilah perbicaraanku dengannya.“Alhamdulillah Allah swt telah kurniakan pada ustazah dengan rupa paras yang cantik, kemudian kurniakan pula ilmu yang dapat dekatkan diri dengan Allah dan memberi manfaat kepada orang lain, kemudian dijodohkan pula dengan suami yang bergelar ustaz dan penjadi Pegawai Agama daerah yang semua masyarakat kenal kerana kegiatan keagamaan dalam daerah, saya pula bukanlah reti apa sangat tentang agama ini untuk bagi nasehat, tetapi walau bagaimana pun marilah sama-sama kita doa moga Allah memberi jalan petunjuk kepada kita bagi selesai masalah” aku diam seketika melihat reaksinya, kemudia aku sambung lagi, “ Saya rasa kalau saya nasehat ustazah tentang agama ante lebih tahu dari saya, lani saya nak tanya bagaimana ante makan bersama keluarga “
Dia menjawab “setiap hari kami makan t/hari masing-masing ditempat kerja, anak makan di nursery sementara makan malam, kami beli kat kedai, hujung minggu pula kadang-kadang masak dan kadang-kadang beli, makan pula tidak sekali, kerap kali kami tiga beranak sahaja yang makan”
Aku bertanya: “ Soalan ini sengaja saya nak tanya sebab saya yakin ustazah selalu
buat, selalu dak ustazah doa untuk suami terutama dalam tahajjud
ditengah malam kalau boleh biaq dia dengar doa kita”
Ustazah : “Tak pernah” ,
Aku : “Bacaan hadis didalam rumah ada dak dibaca”
Ustazah : “Dak, tak baca”
Memanglah aku dak agak, kali ini aku akan bertanya soalan lebih peribadi lagi, aku agak pasti dia akan menjawab dengan jujur, sebab sebelum ini dia telah memberi jawapan yang tak sensor
Aku : “ Maaf ustazah soalan ini agak peribadi kalau ante cerita dengan
jujur akan memudahkan kita berbincang” aku mengingatnya kembali,
takut-takut dia malu bercerita. “Selalunya bila suami pulang apa yang dia
buat”
Ustazah : “Selalu dia pulang lewat malam, saya letih walaupun saya sedar dia
balik
tapi saya buat-buat tak sedar. Kadang-kadang dia pegang saya tapi saya
buat tak layan, tidoq pun tak beraleh kat dia, geram walaupun nafsu tu
nak juga tapi nak ajaq dia sikit bagi dia hargai kita, kalau nak, biaq cara
yang betui”
Aku : Dia tak marah ka
Ustazah : “ Biaq pi, sebab dia tau dia balik lambat, orang pun mengantuk nak layan dia”
Aku : “Oh ya”. Aku dok pikiaq bagaimana caranya untuk nasehat, sebab cara
agama tak boleh kerana mereka lebih pandai dari aku, jadi aku dok pikiaq cara saikologi sambil dalam hati dok minta ilham kat Allah , tetiba Allah ilham padaku satu cara, tapi kena bawa perumpamaan dulu baru straight to the point.
Aku : “ saya nak tanya ustazah, seorang suami kalau dia lapar untuk makan
t/hari, dalam keadaan dia sendiri ambil pinggan, cedok nasi, cedok
kuah,lauk dan apa-apa lagi yang ada kemudian dia sendiri mengambil
minuman dan makan bersendirian tanpa isteri menemaninya sedangkan
isterinya ada dan melihat semua itu, suaminya kenyang dak makan tanpa
isteri dia teman”
Ustazah : “Dia kenyang”
Aku “ Agak ustazahlah dia makan tu dia berasa seronok dak, makan sorang-
sorang, cedok nasi,lauk kuah sendiri , ayaq pun ambil sendiri, bini dok
tengok saja tak layan”
Ustazah : “ Tentulah dia tak seronok dan marah”
Aku : “ Seorang suami lagi bila sampai masa makan, si isteri hidang dengan
elok, kemudian mai jemput suami dan iring suami duduk depan
hidangan kemudian ambil air dan membasuh tangan suaminya
kemudian makan bersama, dia kenyang dak dan dia seronok dak”
Ustazah : “tentulah suami seronok, tentulah kenyang sebab layanan baguih”
Aku : “kalau semua isteri layan suami macam ni tentu suami akan sentiasa
ingat kat isteri di rumah, betui dak ustazah”
Ustazah : “Betui”
Sekarang aku nak tanya ustazah ni straight to the point, harap-harap dia beri kerjasama denganku.
Aku : “ Maaf ustazah saya nak tanya, dalam hubungan suami isteri sapa yang
mula dulu,” dalam kaunseling tidak boleh malu untuk bertanya soalan
sebegini dan juga untuk menjawabnya.
Ustazah : “ Suami lah mula dulu minta, kalau saya larat, ok lah, kalau tak larat off lah”
Aku : “ Ustazah tak pernah mula dulu”
Ustazah : “ Dak”
Aku : “Ustazah faham dak perumpamaan yang saya buat tadi”
Ustazah : “Kurang faham”
Aku : “ Macamnilah, ustazah untuk keharmonian rumahtangga, isteri memain peranan penting disamping peranan suami. Tengok macam laki yang makan,isteri tak layan banding dengan suami yang isterinya layan. Macam tulah juga kita, suami kita ada hak untuk disayangi dan isteri juga ada hak keatas suami untuk disayangi., ustazah faham dak “
Ustazah : “Insyaallah faham”
Aku : “ Nasehat saya,Setiap masa buangkanlah rasa marah kita pada suami,
dia adalah suami kita, syurga kita , sekali-sekali kitalah yang
memulakan dahulu, belai dia dengan manja saperti kita baru kahwin
dulu, kenangkan saat-saat gembira masa kita berbulan madu dahulu.
Insyaallah kalau ustazah buat bagini selalu,macam orang kata buat
manja, suami tak akan kemana pasti dia selalu gembira dan akan
berada di rumah selalu kalau tidak ada apa kerja kat luaq,
tak payah jampi pakai bomoh, buat benda haram”
Ustazah : “Insyallah saya akan
Aku : “Satu lagi, masaklah makanan sendiri sekerap yang mampu dan selalu
makan bersama”
Dalam hati aku Cuma mengharap mereka jadi baik sahaja. Masa berlalu, sudah beberapa tahun , lama tak jumpa, taqdir Allah suatu hari aku singgah di satu masjid untuk solat asar, selepas solat aku keluar dari masjid tetiba aku lihat sebuah kereta berhenti berhampiran dengan aku, rupanya ustazah tersebut bersama suami dan anak-anaknya turun dari kereta dan bila melihat aku terus dia menyapa aku dan memeperkenalkan kepada suaminya.. Selepas itu sempat juga ustazah berkata kepada aku “terima kaseh, kerana nasehat cikgu amat mujarab, saya amat bahagia”
Moral cerita benar ini adalah supaya kita sama-sama mengharungi kehidupan berumah tangga dalam suasana kasih sayang dan bahagia penuh barakah saperti kehidupan nabi saw dan para sahabat r.hum.
Kalau suami nak makan, hidanglah. Kalau perlu kita yang tanya, kita tanyalah jangan malu, ini tidak si suami aje yang terhegeh hegeh minta hidangan, kekadang hidangan pun tak seberapa tak lengkap, ala kadar aje, lepas batuk di tangga, yang teruk lagi langsung tak mahu, mula lah si suami terkebil-kebil, tidor tak mahu lena sebab perut masuk angin. Untuk itu lah suami isteri kena buat pengorbana atas agama allah swt supaya kita dikurniakan allah kesabaran dan hikmah dalam melayari kehidupan berkeluarga ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan