Ahad, 10 April 2011

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

ASSALAMUALAIKUM

Baru-baru ini dengan Takdir Allah saya telah dipertemukan dengan saudara ZIARAH76 di markas Jitra tika itu saya sedang memberi targhib kepada pelajar-pelajar sekolah, madrasah dan IPT termasuk pelajar dari luar Negara, sementara Ziarah76 membuat terjemahan kepada pelajar luar Negara dari Somalia, Thailand, Kosovo, Mali, China, Sri Lanka dan banyak Negara lagi yang belajar di INSANIAH dan YAYASAN AL BUKHARI. Selepas sahaja selesai targhib saya berbual-bual dengan pelajar-pelajar tersebut termasuklah Ziarah76 yang belum saya kenali, kami sama-sama tidak mengenali antara satu sama lain. Semasa berbual itulah saya bertanya dia dari morhalah mana, sebab saya belum pernah melihatnya sebelum ini. Bila diberitahu Morhalah Alor Malai saya mula mengagak yang beliu adalah Ziarah76, tepat sekali tekaan saya, sebab sebelum ini dalam blog saya dia ada menyatakan dia akan bertukar tempat kerja ke Alor Setar. Bila dah bersua muka terasa dihati perasaan muhabbah walaupun selama ini hanya melalui skrin maya sahaja. Satu soalan yang dilontar oleh Ziarah76 kepada saya, “mengapa tak mahu menulis di blog lagi”, “sajaaa” jawapanku ringkas, dia mendesak saya sebab mengapa saya berhenti, jadi desakan seoarang sahabat yang mulia tidak boleh dihampakan, saya beritahulah, sebenarnya saya dah tua hampir pencen cucu dah banyak orang, sudah ada yang bersekolah, lagipun selalu sahaja sakit, kerap masuk hospital tahun 2011 sahaja sudah 2 kali masuk hospital HSBAS. Jadi memanglah malas nak menulis, tetapi semua N3 terbaru blog rakan-rakan blogger yang saya link, semuanya saya baca Cuma tak buat komen sahaja. Ziarah76 desak saya supaya menulis semula sebab katanya dalam sahabat blogger ada dua, tiga orang sahaja orang lama (umuq lebih 50 tahun), katanya lagi tulislah pengalaman-pengalaman dan nasehat yang ada untuk orang-orang muda. Macam saya ini apalah sangat pengalaman yang ada , nak beri nasehat pun tidaklah pandai, bak kata orang hendak melukis orang sedang senyum,tetapi bila sudah siap melukis Nampak saperti orang menangis pula. Begitulah dengan nasehat, kekadang kita sangka nasehat yang kita beri itu dapat mententeramkan hati saudara kita tetapi yang terjadi sebaliknya, ia menambahkan duka dan menghiris perasaan orang pula, itulah perkara yang paling saya takuti dalam perkara memberi nasehat.

Sambung Ziarah76 lagi, dia telah berpindah sebulan dah dan selalu menghadiri taklim mingguan masturat tetapi tidak melihat saya datang, pertanyaan ini adalah sekadar mengetahui sebab sahaja bukan hendak lihat kelemahan saya yang memang tersangat lemah dalam usaha agama. Saya beritahunya bulan mac adalah bulan hospital, mula-mula cucu saya berumur 7 tahun sakit , masuk hospital selama 10 hari dibawah ENT, setiap hari saya dan isteri berulang ke hospital HSBAS, selepas cucu keluar hospital selang 2@3 hari ibunya pula masuk hospital sakit nak bersalin, saya dan isteri juga berulang setiap hari selama 4 hari tapi tak juga bersalin, sehingga rencana ini ditulis ia belum bersalin lagi, masa udah sampai. Selepas 4 hari keluar hospital, selang 2@3 hari, giliran saya pula masuk hospital. Jadi sebab itulah bulan mac langsung saya tidak pergi taklim masturat. Besuk hari Jumaat memanglah kami dah merancang untuk pergi taklim.

Taklim mingguan jumaat besuk ada bayan oleh jemaah Sri Lanka, sebelum pergi saya sudah beritahu kepada isteri, semasa taklim nanti jika lihat ada ahlia baru, bertanya khabarlah kerana dia pasti ahlia ziarah76. Sebenarnya dia datang lebih awal dari saya sebab rumahnya adalah satu morhalah dengan rumah taklim masturat, sementara rumah saya jauh lebih kurang 18 km. apabila program bayan tamat, dia pun datanglah bersama anak-anaknya, selalunya di rumah taklim setiap minggu ada makan-makan selepas habis program, makanan kekadang tuan rumah masak, kekadang orang lain yang masak tetapi setiap hari ada makananlah. Masa makan itulah saya taskil untuk keluaq 3 hari masturat pada 29, 30 april dan 1 May dirumah AKUHUDUH rakan blogger kita di Taiping, Insyaallah katanya jika jemaah ini sempurna dibentuk dia akan nusrah sebab mak Labu (panggilan orang Kedah untuk wanita yang sarat mengandung) sudah hampir bersalin. Semasa pulang saya bertanya ahlia adakah dia berjumpa orang baru, isteri bercerita, dia yang mula bertanya “dik ini ahlia ziarah76 ka” terus dia menjawab “kakak ini ahlia Musa Kola Kedah ka” lepas tu mereka rabung lah bersembang. Rabung maknamya berbual tanpa kekok atau malu antara satu sama lain.

Di Markas Jitra baru-baru ini saya berjumpa dengan AL ALORSTARI, kami sebenarnya tinggal sekampong dan ada hubungan keluarga jugak, tapu sekarang dia tinggal di Negori 9. ANAK PENDANG pun selalu saya nampak kat markas tapi dari jauh saja, dia kenal saya dan saya juga kenal dia, tetapi tak pernah bersembang, sebab di markas saya duduk jauh darinya, lagi pun saya kalau sudah duduk memang saya tak akan bangun lagi sebab tak sehat, maaf ye anak Pendang, lani anta di Kulim kan, nanti bila kahwin nanti jemputlah saya sekeluarga.

Bagitulah hubungan silaturrahim yang terjalin melalui ruangan blog ini, walaupun tak pernah berjumpa tetapi kita mempunyai perasaan kasih saying antara satu sama lain. Akuhuduh insyaallah tunggu kami akan pergi 3h rumah anta, doakan untuk jemaah kami 6 pasang akan he Acheh pada 27 May ini selama 15 hari Masturat.

4 ulasan:

  1. Terkenang markaz Jitra dan masa taaklim kat rumah my parents dulu.....seronok betul zaman tu..ramainya..karkun selalu singgah bawa bini malam markaz, malam mesyuarat , time gasht. Suasana sungguh terasa...

    Kalau ada masuk ke wad ENT, Pakar Ent tu dua pupu dgn Jamal. Dr Sabzah. Suami dia Pakar mata Dr Ahmad. Bila jemaah dari Jitra nak dtg UK? Jemaah dari Perlis nak ke german 4 bulan.

    BalasPadam
  2. Dr Shabzah dia buat oprate hidung saya tahunlepas bulan nov.bulan Jun ini insyaallah satu dri Jitra akan ke negara jauh.Masa taklim rumag ayah dulu umi masih sekolah lagi,sampai salam pada Jamal dari c Musa k kedah

    BalasPadam
  3. SubhanaAllah, seronoknya baca kicah hubungan silaturrahim dalam jemaah....seperti satu keluarga, moga2 suatu hari saya dapat kenal mereka semua ni termasuk tuan punya blog ini

    BalasPadam
  4. Assalammualikom wtb tuan haji. Khaifahaluka. Didalam maya, akhirnya ke nyata. InsyaAllah satu masa bisa kita ketemu jua.

    BalasPadam