Rabu, 20 April 2016

MEWAT INDIA

Assalamualaikum. Bismillahirrohmanirrohiim Kehidupan adalah suatu perjalanan yang mana dihujungnya adalah satu kematian yang pasti.Setiap perjalanan akan mempunyai tujuan atau maksud atau cita- cita yang akan memberi kejayaan kepadanya. Bila berbicara tentang kejayaan maka pastilah ianya melibatkan di dunia yang fana ini dan di alam akhirat yang kekal abadi, Sudah pastilah ianya melibatkan agama. Untuk mendapat agama maka usaha keatas agama perlu dijalankan. Usaha agama pula mestilah dengan mengikut cara rasulullah saw dan para sahabat r.hum. Setelah sekian lama berlalu manusia telah meninggalkan usaha agama cara nabi saw sehinggalah lahirnya sorang mujaddid zaman ini iaitu hazrat Maulana Muhammad Ilyas rah. Yang telah menghidup kembali usaha agama dengan cara rasulallah saw dan para sahabat r.hum bermula disatu tempat yang terpencil di benua India yang penduduknya orang-orang miskin iaitulah MEWAT. Usaha agama ini dikenali diseluruh dunia dengan usaha Dakwah dan Tabligh. Tabligh dan Mewat adalah cukup sinonim. Bagi mereka yang pernah datang ke India dalam khuruj 4 bulan pasti sekali berharap akan dihantar ke daerah Mewat untuk belajar dan melihat sendiri bagaimana usaha dan keadaan orang mewati menjalankan usaha dakwah dan tabligh. Tetapi bukan semuanya dapat peluang untuk kesana. Alhamdulillah saya adalah antara orang yang diberi allah peluang untuk belajar usaha di Mewat. 1982 waktu saya keluar 4 bulan bersama –sama dengan pelajar luar Negara dan juga sahabat dari Negara Eropah yang baharu memeluk agama islam kami telah di.hantar ke mewat selama 10 hari di musim sejuk pada bulan November. Ini saya nak citer pengalaman masa itulah secara ringkas apa apa yang saya masih ingat, bukan sonang dah 34 tahun berlalu. Jemaah kami lebih kurang berbelas orang tak ingat bilangannya terdiri daripada orang Malaysia, brunai, India, Muallaf dari Afrika dan Eropah, saya adalah orang yang paling muda dalam Jemaah tersebut. Amer Jemaah ialah Maulana Zahirudin mukimin Nizamudin yang telah memberi masa seumur hidupnya di Markas Nizamudin, dia berasal dari Mewat. Kami bertolak dengan menaiki bas awam diwaktu pagi. Dalam bas memang padat macam tin sadin. Tetapi satu pelajaran yang saya dapat semasa didalam bas ialah, apabila amer Jemaah meminta seorang yang sedang duduk dikerusi meminta dia bangun dengan mengatakan ini adalah mehman (tetamu) sambil menunjuk padaku, biar saya duduk walaupun saya amat muda waktu itu dan bertenaga dia pula sudah agak berumur. Dengar sahaja perkataan MEHMAN terus dia bangun dan menyuruh aku duduk ditempatnya. Satu Pengajaran bagiku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam kami sampai distesen bas terakhir setelah melalui kawasan berbukit dengan jalannya yang kecil dan berlubang lubang. Amat memenatkan badan tetapi teringat yang sahabat r.hum membuat usaha korban nyawa maka keletihan dan kepenatan hilang dengan perasaan manis dan indahnya di Jalan allah swt. Kami bertukar kenderaan pula dengan menaiki lori pula melalui jalan yang lebih teru dari jalan bas tadi, saya tak ingat berapa lama masa diambil untuk sampai ke distinasi seterusnya. Sekali lagi kami bertukar pengangkutan, dari bas naik lori dan kemudian pula menaiki kereta Unta. Satu papan berlantai yang mempunyai 4 roda ditarik oleh seekor unta, kami dan barang barang dimuat dalam kereta unta itulah. Kami melalui kawasan berdebu dan melalui kawasan pertanian mereka, apabila sahaja kami lalui semua mereka yang ada diladang berhampiran jalan yang kami lalui berhenti kerja dan datang kepada kami untuk bersalaman. Apabila kenderaan kami hamper dengan masjid ramai kanak kanak berlari datang menyambut kami berebut rebut membawa barangan kami ke masjid. Aku lihat keadaan kanak kanak ini disegi pakaian dan keadaan mereka orang putih sebut dirty dengan pakaian penuh dengan debu dan rambut kusut melekit, tetapi mempunyai sifat memuliakan tetamu dan bersifat suka berkhidmat.Allahuakbar satu lagi pengajaran. Sampai sahaja dimasjid kami solat asar, selepas solat orang tempatan telah menghampar saprah sepanjang lebar masjid (masjidnya kecil xmacam masjid d Malaysia), aku lihat dari hujung ke hujung penuh dengan buah-buahan dan makanan saperti kueh tempatan mereka, AllHUAKBAR, Sifat ikram yang aku kena belajar dan amalkan. Keadaan masjid dimewat ni diperbuat daripada tanah, ada dua bahagian, bahagian hadapannya berbumbung dan berdinding digunakan untuk solat magrib, isyak dan subuh dimusim sejuk, bahagian kedua dibelakang tidak berbumbung hanya berdinding sahaja digunakan untuk solat zohor dan asar pada musim sejuk.Setiap masjidnya mempunyai madrasah tahfiz alquran utk kanak kanak dikampong tersebut belajar hafaz al quran. Boleh dikatakan setiap rumah dimewat mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak hafiz alquran dan alim, sebagaimana kita di Malaysia setiap rumah ada anak yang mengambil UPSR/SRP/LCE/PT3/SPM/MCE. Masjidnya menggunakan telaga sebagai punca air, keadaan telaganya takat airnya amat dalam. Untuk menyedok air perlukan kepakaran dan tenaga, Jadi setiap masjid yang kami pergi sudah siap ada pelajar yang berkhidmat untuk kami mengambil air untuk kami mandi dan membasuh, tetapi seingat aku ,aku tidak pernah membasuh sekalipun dimewat kerana setiap kali nak membasuh pelajar ini berebut rebut mengambil untuk membasuhnya. Ada juga masjid yang kami pergi telaganya kering`, jadi bagaimana hendak mendapat punca airnya,untuk kami berwuduk dan beristinjak, Allahuakbar ini pengalaman yang tidak dapat aku lupakan hingga sekarang dan mungkin akupun tak dapat amalkan. Bila kami sampai dimasjid tersebut air sudah penuh didalam bekas untuk wuduk dan dalam buyung untuk minuman yang mana airnya dingin walaupun tak sedingin air watercooler yang ada ditempat kita tetapi dingin dan nyaman. Aku tak kesah dari mana air itu dating tetapi apabila hamper magrib air telah berkurangan, itu pun aku tak kesah, tetapi apabila masa bayan magrib berlalu aku jengok diluar tempat bekas air disimpan, MASYAALLAH aku tengok kaum wanita sambil menjunjung buyung air di atas kepala mengisi air dalam bekas tersebut, entah dari mana dan sejauh mana mereka datang membawa air untuk Jemaah gunakan, allahuakbar mengalir air mataku mengenangkan pengorbanan kaum wanita ini untuk agama allah swt. Masa itu aku belum berkahwin lagi dan tersedik dihatiku memohon kepada allah jadikan bakal isteriku seorang yang sanggup membuat pengorbanan saperti para sahabiah r,hum. Tandas tiada dalam masjid, untuk buang air kena pergi kekawasan jungle iaitu hutan. Aku sangka hutannya saperti hutan kita tapi aku terasa nak buang maka aku isi air dalam lota iaitu sejenis bekas isi air saperti cerek tetapi tidak bertudung. Maka aku pergilah cari jungle yang aku sangka saperti hutan kita, rupanya satu kawasan rumput setinggi lutut kita sahaja, bila duduk mencangkung untuk melepas maka terlindunglah kawasan private tapi kepala dan badan kita dapat dilihat orang. Hentam sahajalah.Lama lama aku dah terbiiasa dengan keadaan tersebut hilanglah segan. Usaha ziarah sama saperti biasa, dibuat selepas asar dan bayan selepas magrib. Bayan yang dibuat dalam bahasa inggeris dan terjemahannya siap dalam setengah jam tetapi yang buat taskil ialah amersab sendiri. Dalam taskil inilah Jemaah siap dibentuk 4 bulan dan 40 hari. Yang menakjubkan ialah pada masa itu sebuk musim tanaman ,taskil dibuat untuk setiap keluarga dimana jika bapa tidak dapat keluar diganti dengan anaknya, begitulah sebaliknya.Setiap masjid begitulah keadaannya, kekadang sampai aku terlelap sambil duduk.seab itulah sebelum kami bertolak dari nizamudin Hadraji Maulana Inamul hasan Rah. Berkata mewat adalah kawasan subur dimana kamu akan mendapat Jemaah tunai. Disini juga mereka akan berebut rebut membuat tawaran kepada amersab untuk memberi makanan kepada Jemaah kami , tetapi amersab akan terima tawaran daripada orang yang memberi masa 4 bulan didahulukan. Cara mereka menjamu juga masyaallah hebat, Kita berjalan kerumah mereka kekadang ada dekat ada yang jauh, rumah mereka ada 3 bahagian yang diperbuat dari tanah, satu untuk tempat tidur mereka, rumah kedua untuk menjamu tetamu dan yang ketiga untuk ternakan mereka. APABILA MEREKA MENGHIDANG MAKANAN MEREKA AKAN MENGHIDANG semua makanan yang mereka masak tanpa meninggal sedikitpun untuk keluarga mereka makan, apabila bercakap cakap ketika sedang makan mereka akan bertanya orang india apa yang kami cakapkan samada makanan tidak sedap atau apa yang kurang tentang makanan mereka. Kami akan makan tetapi kami akan meninggalkan baki makanan sebab kami tahu keluarga ini akan memakan bekas bekas atau sisa sisa yang tidak habis kami makan untuk tujuan berkat dari Jemaah. Yang aku masih ingat waktu itu dimasjid yang pertama kami sampai, hari pertama dan pagi wsoknya sebelum subuh selepas solat tahajud kami dijamu dengan garam chai (teh panas) bersama dengan sejenis makanan iaitu macam bihun dimasukkan kedalam susu lembu yang manis dan dicampur dengan badam, cukup sedap dan aku jumpa Cuma di mewat sahaja. Selepas subuh kami tunggulah untuk sarapan pagi tak mai mai, tunggu punya tunggu hari semakin tinggi makanan belum datang perut pula semakin rancak berkeroncong, akhirnya saat yang ditunggu sudah tiba iaitu masa betul betul pertengahan anatar makan pagi dan tengahari di kumpul sekali. Jadinya makan pagi dan tengahari diambil sekali sahaja, aduuuss laparnya aku, maklumlah aku masih muda badan sedang naik, tidak apa dalam tabligh no komen dan complain mana yang ada makan, banyak pun habis dan sedikit pun mencukupi yang penting syukur diatas nikmat kurniaan allah swt dan semuanya soodaap. Itulah bila kami mula makan memang tuan rumah puas gila lihat kami makan banyak dan menyelerakan tanpa bersuara, sebabnya pikiaqlah sendiri nooo. Disini kedai tiada dikampong hanya ada dikawasan pekan, pernah kami minta untuk masak sendiri, amersab menyuruh kami pergi kekedai untuk membeli barang, kami pergi membeli untuk masak tetapi tuan kedai tidak mahu menjualatau memberi kepada kami barangan kerana kami mehman menjadi tanggungjawab mereka melayan kami.berbalik kesah makan, tiba waktu makan malam pula dah lah taskil yang dibuat hamper satu jam kemudian solat isyak lepas tu berjalan lagi untuk makan malam, bila sampai dirumah allhuakbar lihat makanannya penuh diatas saprah, hari hari siang malam nasi beriani yang banyak minyak, tak kesah kami belasah semuanya maklumlah dgn mujahadah nak sampai waktu makan tuu, jadi tuan rumah senyum sampai telinga tengok kami makan dengan berseleranya. Tapi aku waktu makan malam inilah aku buat rancangan, besuk pagi aku tahu tak ada makanan utk makan pagi jadi malam tu aku ambil dua biji roti capati aku masuk dalam kocek baju jubbah aku untuk sarapan besuk pagi. Perbuatan aku dilihat oleh geng melayu dalam Jemaah, masa tu kami ada seorang dari KL seorang dari Melaka dan seorang mualaf cina dari kelantan dan 2 orang dari Brunai yang mana sekarang kedua duanya menjadi syura Brunai, mereka ini baru habis belajar di England. Pernah diawal tahun milinium aku keluar di Brunai dan berjumpa dengan mereka tapi mereka sudah lupa dan tidak kenal, maklumlah factor usia menyebabkan seseorang akan lupa. Berbalik kesah capati tadi mereka memarahi aku kerana memalukan jika dilihat oleh tuan rumah, aku cakap tak kesah dian Nampak atau tidak pokoknya makanan ini bukan aku curi tapi hak kita, dan satu lagi aku cakap pada mereka besuk kamu lihat aku makan roti ini, Besuk pagi roti memang menjadi keras tapi tak mengapa ada garam chai Cuma ambil roti celup dalam chai dan makan dengan enaknya, tapi kita dijalan allah swt, allah letakkan sifat ikram pada diri kita walaupun kita lapar kita tetap makan bersama sama, yang marah semalam hari ini baru mereka tahu hakikat lapar. Begitulah halnya setiap masjid di Mewat yang kami buat usaha. Tapi yang aku tidak boleh lupa ialah seorang maulana yang menjadi mudir disebuah madrasah disalah satu masjid di Mewat namanya Maulana Israel, aku Tanya mengapa Israel jawabnya Israel ini adalah nama sebenar nabi Yaakub a.s walahuaklam. Itulah serba ringkas ceritaku kali ini, sebenarnya banyak lagi tapi aku sudah lupa dan lagipun aku malas nak menaip maklum lah dah tinggal lama blog ini, ini pun mengambil masa 3 hari untuk siap dan setelah siap aku terus terbitkan tanpa membuat permurnian tentang bahasa dan ejaan, Harap Maaf

2 ulasan:

  1. Innalillahi..
    Semoga Allah tempatkan cikgu Musa bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.
    * Saya kenal Allahyarham semasa Allahyarham Musa bin Saad mengajar di Kg Sertik dan setiap petang Rabu Allahyarham akan datang ke Felda Lakum bagi tujuan Gast.

    BalasPadam
  2. Dapat berita Cikgu Musa Kola Kedah telah pergi mengadap ilahi.. beliau adalah rakan blogger dan fb aku di alam maya sejak 10 tahun lalu.. pernah sekali shj bersua muka.. semoga Allah merahmati roh beliau dan menempatkan beliau dikalangan para pejuang agamaNya.

    Al Fatihah.

    BalasPadam