Selasa, 31 Mac 2015

PERJALANAN MAHABBAH DAN TAZKIRAH KE VIETNAM

Alhamdulillah Syukur kepada allah swt kerana telah memberi peluang kepada saya berserta tiga lagi sahabat bersama isteri masing – masing telah dihantar untuk membuat usaha silaturrahim, mahabbah dan tazkirah bersama saudara – saudara islam kita di bumi Vietnam. Jemaah kami seramai empat pasang suami isteri. Saya telah di putuskan menjadi ketua @ khadam Jemaah ini. Kebiasan dalam mana-mana Jemaah sebelum keluar kemana mana Negara terutama Jemaah ke Negara jauh dan juga Jemaah suami isteri ini banyak dugaan yang allah letakkan untuk menguji sejauh mana kemampuan dan ketahanan jiwa kita dan bagaimana kaedah untuk kita selesaikan masalah tersebut. Diantara empat orang kami ini, dua orang pesara guru dan dua orang masih bekerja, aku tak perlu mohon cuti sebab dah cuti, seorang lagi perlu menunggu untuk kelulusan cuti daripda ketua pejabatnya, Alhamdulillah dua minggu sebelum bertolak baru dapat cuti. Ujian yang aku rasa begitu mencabar untuk Jemaah ini ialah apabila salah seorang daripada ahli Jemaah ini kena serangan jantung yg teruk di rumahnya sehingga dia dibawa oleh ambulan ke hospital. Dia terpaksa berada di hospital selama tiga minggu. Ini menyebabkan ahli Jemaah sudah naik risau memikirkan hal sahabat kami ini. Tarikh untuk bertolak ke Vietnam lagi tiga minggu Alhamdulillah dalam masa tiga minggu itulah kami telah mengadakan mesyuarat didalam Wad di hospital sultanah Bahiyah alor setar, Semua perkara kami selesaikan disitu diantaranya, set masak, set kitab taalim, jumlah perbelanjaan yang nak dibawa, kenderaan untuk ke Seri Petaling bagi tujuan bayan hidayat.Cuma satu sahaja yang belum diputuskan iaitu tarikh untuk bertolak ke Seri Petaling kerana ia bergantung kepada keadaan sahabat yang sakit, bila nak discharge dari wad. Alhamdulillah saudara kami ini dapat selesai rawatannya pada 20.11.15, maka pada 21 nov kami berangkat ke seri Petaling dan pada 22 Nov. kami diberi bayan hidayat di sebuah rumah di Seri Petaling bersama Jemaah ke Acheh dan Johor. Kasihan sahabat kita ni dalam keadaan badan masih lemah dan kepala masih tak stabil bersemangat untuk khuruj dijalan allah untuk mencari redza allah swt, walaupun ada dikalangan keluarganya meminta tangguh sekejap, biar sehat betul baru keluar pergi.Tapi katanya masa sudah tiba baginya untuk keluar ke jalan allah swt, kematian adalah tetapan allah swt, dimana dan bila itu adalah hak allah yang menetapkannya bukan kerja kita, kerja kita adalah untuk membuat kebaikan membina iman dan amal sendiri supaya sempurna dan mengajak orang lain juga supaya berusaha memperbaiki iman dan amal sendiri. Kami diputuskan oleh Syura Malaysia untuk berusaha selama 10 hari di kawasan Puncak Alam, Selangor. Tetapi sebelum ke PA , kami diambil selama 2 hari oleh saudara kita di Kota Damansara, disini kami berusaha di flat, rumah Zulkhairi, pasangan muda baru seorang anak masih kecil, Alhamdulillah isterinya baharu pengalaman masturat 3 hari tetapi bersemangat dan berazam untuk keluar 40 hari.. Setelah dua hari baru kami jemput ke Puncak Alam. Ramai rakan rakan disini mereka telah banyak memberi nusrah kepada kami. Rumah yang menerima kami disini, rumah pertama Iwan (Imran), rumah kedua saudara Shukri dan yang ketiga Dr. Azman pensyarah UiTM. Ketiga tiga tuan rumah ini dan juga rakan rakan lain amatlah baik dan banyak ikram jemaah kami. Saat untuk berangkat ke Vietnam telah tiba, tarikh dan masa kami akan sampai di Ho Chin Minh telah kami beritahu kepada saudara kita disan. Pada 1 disember 2014 kami menaiki pesawat MAS ke HCM, Vietnam. Kami bertolak jam 2.45 petang dan sampai di HCM jam 6ptg, Sampai disana sudah ada sahabat kita menunggu di lapangan terbang, ia telah menjemput kami dengan menaiki dua buah teksi. Orang islam disini kebanyakkannya tiada mempunyai kereta, begitu juga orang orang Vietnam kecuali orang yang betul-betul kaya dengan perniagaan. Disini kebanyakkannya menunggang motosikal, Dijalanraya dipenuhi dengan penunggang motosikal. Dari pagi di Kuala Lumpur hingga ke HCM keadaan kami teramatlah letih, jadi dalam teksi kami terbayang bagaimana rumah pertama yang kami akan duduk, selesa atau pun tidak, ditambah perut kami juga lapar, apa makanan yang menjadi rezeki kami malam ini. Setelah lebih kurang 25 minit melalaui jalanraya yang sesak dengan motosikal dan sampai disatu lorong yg kecil tetapi mempunya bangunan sepanjang jalannya dan berhenti di depan pintu sebuah hotel, bukannya rumah. Memanglah kami telah diberitahu di Vietnam kita kena tidor di hotel bukan di rumah saperti di tempat tempat lain. Malam itu ramai isteri isteri rakan seusaha di HCM datang meraikankan isteri kami didalam bilik hotel dengan membawa pelbagai jenis makanan dan buah-buahan tempatan yg begitu sedap rasanya. Oleh kerana bilik hotel kecil maka mereka terpaksa menunggu giliran di lobi hotel untuk berjumpa isteri kami. Mereka begitu berharap dapat duduk lama bersama isteri kami tetapi oleh kerana keadaan isteri kami terlalu letih disebabkan seharian dalam perjalanan maka mereka memendekkan pertemuan tersebut. Malam itu aku telah pergi ke markas HCM yang terletak berdekatan dengan hotel untuk bermesyuarat route kami selama sebulan kami di Vietnam. Keesokan pagi kami akan bertolak ke tempat yang pertama iaitu Chau Duc 300km dari HCM dengan menyewa sebuah van dengan kadar sewa 2.5 juta Dong (lebih kurang RM420). Perjalanan mengambil masa hamper lapan jam hanya sekali berhenti sahaja untuk mengisi minyak, ini kerana jalanraya dikawasan Bandar, jalannya lebar tetapi dikawasan luar Bandar jalannya kecil, had laju tidak melebihi 80km dan dalam Bandar pula 50km. Chau Duc ini sebuah Bandar di tebing sungai Mekong dimana terdapat pulau-pulau kecil didalam sungai Mekong.Pendudujnya ramai dan padat merupakan kawasan peliharaan ikan air tawar terbesar di Vet6, Penduduk Vet6 ada 100 juta orang, orang islam 70 ribu orang dan terdapat 65 buah masjid dan surau . Chau Duc adalah salah satu kawasan yang banyak orang-orang islam dari keturunan melayu champa, wajah mereka sama dengan wajah –wajah orang melayu kita. Mereka bertutur dalam Bahasa Cham dan Viet6. Bahasa Cham banyak juga mempunyai persamaan dengan bahasa melayu. Macam biasalah tempat yang kami tuju ialah hotel untuk penginapan. Setelah menyimpan beg dalam hotel, kami mula bergerak ke masjid dan wanita pula bergerak kerumah yang telah dimesyuaratkan untuk taklim taklum., Masjid pertama ialah masjid Jamiul Azhar Chau Duc, sementara wanita pula dirumah HJ Salleh, Kaedah usaha disini ialah pada siang hari selepas solat sunat israq kami akan bergerak ke masjid dan isteri kami ke rumah. Segala program wanita, orang lelaki akan mesyuarat di masjid, program yang kita buat adalah umum saperti ditempat kita, Pagi kita mulakan taklim selama 1jam setengah atau dua jam bergantung kepada masa kami sampai kerumah dari hotel, Ada hotel yang jauh dari masjid dan rumah, ada juga hotel diseberang sini dimana masjid dan rumah diseberang sana sungai mekong pergi dengan menaiki boat mengambil masa sejam. Ada tempat yang kami membonceng motosikal menyeberang sungai melalui jambatan dan juga feri dari tebing ke pulau dalam sungai Mekong. Dalam Jemaah kami aku dan seorang lagi boleh mununggang motosikal jadi kami sendiri membonceng isteri kami dari hotel kerumah taklim, yang dua lagi tidak berani menunggang kerana factor mata dan tak pernah menunggang di Malaysia, lagi pula mereka memandu sebelah kiri, berbeza dengan kita sebelah kanan,kekadang aku juga tersilap masuk jalan sebelah kanan,mereka berdua in terpaksa kena mencari 4 buah motosikal dua untuk bawa lelaki dan dua wanita untuk bawa isteri mereka. Tetapi wanita di Vet6 ini cekap dan berani menunggang motosikal. Bayan umum masturat di seluruh vet6 ini mereka mengikut tertib Thailand iaitu bayan selepas solat zohor, zohor jam 1200 tgh , Bayan pula dibuat jam 2 ptg hingga 3.00 ptg, Asar pula jam 3.10 ptg, selepas solat asar pula isteri kami ini sibuk melayan wanita wanita yang datang, Jumlah wanita yang datang setiap hari selalunya cukup banyak hingga mencapai seratus orang, habis melayan tetamu yang datang ini ahli Jemaah siap untuk solat magrib, selepas magrib sibuk pula dengan program muzakarah termasuk wanita yang ada bersama hingga isyak, selepas isyak makan malam dan selepas makan buat persiapan untuk pulang ke hotel. Tugas memasak pula kami putuskan mengikut keadaan tempat, jika dimasjid ada kemudahan tempat memasak maka kami orang lelaki akan masak jika tidak ada kemudahan maka isteri akan masak dirumah, Seboleh-bolehnya kami lelaki ingin memasak setiap hari tetapi apakan daya sesetengah masjid tiada kemudahan tempat memasak, kami kasihan untuk memutuskan isteri kami memasak kerana masa mereka begitu padat dan sebuk dengan program dan ikram wanita tempatan sehingga tiada masa untuk rehat, keadaan ini lah usaha masturat menjadi asabab hidayat tersebar keseluruh alam, inilah mujahadah usaha masturat yang mana jika kita tidak pernah merasai bagaimana mujahadahnya mereka yang keluar dijalan allah swt. Sebab itulah bila kita keluar masturat pertolongan allah datang kepada kita dengan cepat dan menjadi asbab ramai wanita dan lelaki mendapat hidayat daripada usaha ini. Dikawasan Chau Duc ini kami berusaha di empat halkah, iaitu , rumah Hj Salleh di Masjid Jamiul Azhar, halkah ke dua di rumah Hj Ghazali di Kg Pok Thon surau Al Wustho, halkah ketiga Di Pulau Ba Surau ArRahim rumah Nurri, halkah ke empat diPUlau Ba rumah Hj Yusuf, Selama 11 hari dikawasan ini bermakna setiap hari kami terpaksa berulang alik dari hotel ke masjid dan wanita pula dari hotel ke rumah. Memanglah meletihkan tetapi semua penat leleh danletih jerih ini allah gantikan dengan hidayat, memang tertib usaha agama allah swt cara nabi saw memerlukan pengorbanan diri dan harta. Jarak hotel jauh daripada masjid,ada yang kena menyeberang sungai Mekong melalui pulau pulau kecil menggunakan boat memakan masa sejam perjalan sehala. Untuk route ini kami kena bertolak keseberang sana dari hotel selepas solat subuh, setelah membuat program dirumah dan masjid kami terpaksa pulang ke hotel selepas asar kerana mengejar masa untuk solat magrib pula di hotel. Allah sahaja yang mengetahui keadaan kami, itu jika nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahanat nabi saw tidak akan sama walaupun dengan debu yang melekat dikaki kuda para sahant r.hum. ada juga perjalanan dari hotel ke tempat kami berusaha dengan menaiki motosikal mengambil masa setengah jam, ada juga dengan menaiki beca dimana dalam satu peristiwa beca yg dinaiki oleh salah satu pasangan telah terbalik kebelakang umpama kuda liar mengangkat kedua dua kaki hadapannya mengakibatkan penunggangnya jatuh, begitulah pasangan suami isteri ini telah jatuh kedua duanya kebelakang, Alhamdulillah mereka dalam pemeliharaan akllah swt selamat, ini lah yang akan menjadi asbab hidayat untuk seluruh umat, begitu jugalah dengan bot semasa di pengkalan ada isteri kita nak terjetuh dalam sungai Mekong tapi allah selamatkan. Kami bermesyuarat penggunaan boat dan beca kami tak akan naik lagi sebagai pengangkutan. Memang pada awalnya orang tempatan cadangkan supaya kami berulang menaiki motosikal, tetapi kami yang menolak kerana ada diantara kami tidak boleh menunggang motosikal dan ada juga yang tidak biasa langsung seumur hidup menaiki motosikal kerana biasa naik kereta di Malaysia.. Usaha dikawasan sini Alhamdulillah walaupun mereka baharu dengan usaha masturat tetapi sambutan mereka amat menggalakkan, kehadiran dalam bayan mencecah 100 orang, Wanita mereka amat suka dan amat mesra sekali dengan ahlia ahlia kami , setiap kali mereka datang mereka membawa pelbagai kueh mueh dan buah-buahan. Ramai yang ingin keluar Jemaah masturat tetapi tiada orang yang berkelayakkan untuk membawa mereka keluar 3 hari, selama 11 hari kami berusaha dikawasan ini seramai 12 pasang telah keluar tunai bersama kami 3 hari, sepasang keluar 10 hari dan sepasang keluar sebulan bersama kami menjadi penterjemah kepada Jemaah kami sebab suami isteri ini boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan fasih. Yang ajibnya setiap suami yang keluar adalah hasil ajakan isteri masing masing. Sebab itulah usaha agama dikalangan wanita amatlah penting kerana merekalah penggerak untuk suami keluar ke jalan allah swt.. Dihari kami berpindah kekawasan lain ramai orang tempatan datang lelaki dan wanita memberi selamat jalan dengan linangan air mata kerana begitu terharu dengan perpisahan kerana agama allah swt. Route yang kedua Tay Ninh lebih kurang 400km dari Chau Duc, kami menyewa van sebanyak 3.5 juta Dong, kawasannya terletak sempadan dengan Kemboja, kawasan pedalaman merupakan petempatan orang Kemboja yang lari semasa pemerintahan PolPot di Kemboja, mereka mendapat perlindungan daripada kerajaan Vet6 dengan memberi tanah untuk diusakan, Alhamdulillah dikawasan ini terdapat 12 buah kampong dimana timbalan ketua pentadbiran agama bagi 12 kampong ini mempunyai fikir risau untuk membawa masyarakat disini mentaati perintah allah swt dan sunah nabi saw. Disini tiada hotel, hotelnya ada bibandar dan jauh dari tempat kami tinggal. Dengan rasa tanggung jawab beliau telah menjadi penjamin untuk kami dengan pihal keselamatan Vet6 supaya kami dapat tinggal di masjid dan wanita dapat tinggal dirumahnya di kampong Su Yai selama 3 hari. Rumanya dihadapan masjid tempat kami tinggal. Kampong ini adalah petempatan orang orang Kemboja, pekerjaan mereka petani, mereka menanam getah, ubi kayu untuk dijadikan tepung, usaha disini amatlah baik, hidup 5 amal masjid, Usaha wanita tidak semaju di ChauDuc kerana kebanyakkan wanita disini bekerja diladang bersama suami mereka sebagai buruh lading, tetapi walaupun sebuk banyak juga daripada wanita mereka datang ke program yang dijalankan dirumah . Disini kami masak di masjid. Disini juga kita dapat 3 pasang yang ikut kita iaitu Tuan Imam masjid dan timbalan Hakim(ketua kampong) dan seorang dari HCM iaitu seorang ustaz dapat bercakap melayu merupakan syura Vet6, ia keluar 10 hari.. kwasan ini sama saperti di Kemboja, jalannya tanah merah dan berdebu, masjid yang kami tinggal itu sentiasa kena bersihkan, jika tidak lantainya berdebu dengan tanah merah. Selepas itu berpindah ke kampong lain pula menghala kesempadan Kemboja, kawasan pedalaman, nama kampong Cha Aih, tiada hotel disini jauh dipedalaman, Tuan Hakim sendiri yang mengambil tanggung jawab untuk menjadi penjamin kepada pihak keselamatan dan kami tinggal dirumah imam masjid dan ustaz disitu selama 3 hari., Disini tempat baharu, tidak ramai wanita yang datang kerana mereka bekerja diladang, masa mereka dari pagi hingga kepetang di ladang, dimasjid ini ada madrasah dimana ustaznya belajar di Terangganu. Untuk membeli barang keperluan masak kami terpaksa menaiki motosikal meredah jalan berdebu dan naik jalan bertar lebih kurang sejam perjalanan baru sampai pasar. Jadi urusan pasar kena keluar awal jika tidak kesian kpada isteri kita yang kena masak nanti lambat pula makan. Disini kami dapat mengajak 2 pasang iaitu Tuan Hakim(ketua kampong) dan ayah ustaz tuan raumah untuk ikut kami 3 hari kekampong sebelah. Rumah ketiga dikampong ini ialah kampong Than Binh dekat dengan sempadan Kemboja, Disini imam masjid menjadi penjamin kami, kami sampai hari jumaat sebelum solat jumaat, khutbah dalam bahasa mereka, dan aku disuruh untuk menjadi imam solat jumaat, apalagi aku naiklah sebab tuan syura mereka yang suruh aku menjadi imam, begitulah juga dengan masjid yang lepas lepas, kerap juga aku disuruh menjadi imam solat subuh dan isyak.. Disini ahli kami tinggal dirumah ustaz, Selama 3 hari kami berusaha dikawasn ini, penyertaan wanita setiap hari hanya dalam lingkungan belasan orang sahaja, ini kerana banyak wanita disini yang sudah berkahwin telah pergi bekerja di Arab Saudi, yang lain lain terlibat dengan usaha lading bersama dengan suami. mereka ini kebanyakkannya berkahwin dalam usia muda belasan tahun sahaja. Apabila mereka pergi ke Negara Arab anak mereka ditinggalkan bersama suami, Kemudian dalam satu jarak masa isteri isteri ini pulang kekampong mereka meminta cerai dari suami mereka dan pergi lagi ke Arab.. Kaum lelaki tidak boleh berbuat apa apa kerana suara wanita lebih didengari dikalangan kaum lelaki, Inilah yang menjadi kebimbingan mereka, tetapi bagi isteri yang suami mereka melibat diri dengan usaha agama Allah swt isteri mereka terpelihara dari perkara ini. sebab itulah apabila isteri mengajak suami untuk keluar 3 hari, tanpa banyak bicara terus sahaja mengikut keluar, Route seterusnya ialah menghala ke utara iaitu Kan Ker Ba (lo Hat ) arah ke Hanoi 300 km perjalanan dengan menyewa van 2.5 juta dong. Kawasan ini merupakan perkampongan orang islam dengan sebuah masjid dan 2 buah surau. Malam perhimpunan mingguan dibuat dimasjid untuk mengumpulkan rakan seusaha setiap malam jumaat dengan bilangan yang iktikaf tidak sampai sepuluh orang. Ketiga tiga masjid dan surau ini hidup usaha 5 amal dan mereka keluar 3 hari setiap bulan dalam jarak yang jauh beratus kilometer, kekadang mereka silang antara masjid dan surau mereka sahaja. Di sini Hj tarmizi telah memberi jaminan dan ahkia kami tinggal dirumahnya selama 6 hari semetara lelaki pula membuat usaha di masjid selama 3 hari dan surau 3 hari. . Usaha ziarah disini sama dengan tempat kita di Malaysia, nusrah orang tempatan amat menggalakkan, siang malam mereka datang, libat diri dalam program, bermesra , membawa pelbagai jenis makanan dan buah buahan, pendek kata disini mereka amatlah mesra dengan kami baik lelaki dimasjid dan juga wanita dirumah. Tetapi usaha kita dapat buat diwaktu siang hari, di sebelah malam kita habiskan masa dalam masjid, tiada khususi larut malam atau teh Tarik lewat malam, orang-orang Vetnam ini tidak kira lelaki atau pun perempuan mereka ini rajin bekerja terutama perniagaan dan perladangan. Badan mereka tidak gemuk atau boroi, menunjukkan orang yg suka bekerja.Kami pulanh ke HCM sehari sebelum pulang ke Malaysia. Pada 30 Disember kami berangkat pulang ke KL dan terus ke route seterusnya ke Puncak Alam Fasa Satu rumah Sheikh Sulaman seorang pensyarah bahagian pemakanan di UniSel, beliau ini pasangan baharu berkahwin dan pertama kali menerima Jemaah dan baharu sebulan pindah kesitu setelah berkahwin. Kesimpulan yang dapat aku buat ketika berusaha sepuluh hari di Puncak Alam dan 2 hari di Kota Damansara, amatlah meninggalkan yang baik dihati kami, walaupun tidak semeriah nusroh saperti di Vetnam tetapi ia tetap mengembirakan kami, kerana cara nusroh orang kita tidak sama dengan cara orang luar, Nusroh orang kita dia tahu cara dan gayanya, orang lelaki datang nusroh tepat pada masa dan tikanya begitu juga dengan wanitanya walaupun sedikit tetapi memahami Jemaah. Suasana di Vet6 pula merupakan suasana dan perkara baharu bagi kami, mujahadahnya, pengangkutannya, makanannya dan suasana rumahnya amatlah berbeza, kalau kat KL rumahnya nyaman tetapi disini agak mujahadah, tetapi ahli Jemaah kami sudah biasa keluar masturat 2 bln dan 40 hari banyak kali dan banyak Negara , jadi itu semua tidak jadi masalah bagi mereka. Masyarakat islam disini amat baik , lemah lembut dan cepat mesra, sementara orang bukan islam pun baik dengan orang islam, mereka hidup dengan harmoni hormat menghormati satu sama lain, makanannya pun sedap banyak buah-buahan. Memang aku berazam hendak keluar lagi di Veitnam jika Allah hantar lagi, SEmuga allah memberi hidayat kpd seluruh umat nabi saw hingga hari kiamat, mati dalam iman dan dapat selamat daripada azab allah swt. Aamiiin. GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL DI VIETNAM TIDAK DAPAT DISIARKAN KERANA KEBODOHAN PENULIS TIDAK PANDAI NAK UPLOAD GAMBAR. HARAP MAAF

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah tahniah Tuan.

    Saya bukan tabligh tetapi baru ingin belajar pasal tabligh dan masturat dan berkongsi dengan suami.

    Cuma pertanyaan dua

    1) bagaimana hak anak ketika ditinggalkan ibu?
    2) dalam.islam disebut " La Dhorar wa la Dhirar" jika sakit tidak kah menjadi keutamaan berehat untuk maslahah jangka masa panjang? Ini akhlak Nabi saw.

    Apapun saya doakan usaha dakwah yang amat mulia...ini diberkati

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Puan bertanya tentang "hak". Mudah mudahan apa yg saya jawab ini mendapat sedikit penceraha. Setiap sesuatu mempunyai yang perlu ditunaikan oleh yg empunyanya. Contoh Hak ladang perlu diairi dan dibajai. Hak harta benda kita perlu dijaga drp rosak atau dicuri dan menjaganya agar membelanjakannya kepada yg halal dan jauhi drp yg haram. Hak anak juga perlu diberi didikan agama dan kemahiran hidup serta perlindungan lain. Begitulah juga ugama islam juga mempunyai hak yg perlu ditunaikan oleh penganutnya. Bukan setakat mengamalkan perintahnya tetapi tugas mengajak orang islam supaya memperbaiki diri dengan membetulkan keyakinan kpd allah dan amal sendiri sebagaimana yg dilakukan oleh nabi saw dan para sahabat baginda saw.
    Yg ke2 mmg orang sakit disarankan untuk berehat akan tetapi untuk usaha dakwah agama allaH swt. Allah berfirman " infiru khifafau wasikhola" mafhumnya "keluarlah kamu ke jalan allah dalam keadaan swnang ataupun susah" jadi kami belajar mengamal ayat ini kerana ini jugalah yg dilakukan oleh para sahaba rasullallah saw.. Wallahuaklam
    Lagipun blog ini saya tulis untuk bacaan semua orang pelawat blog ini dan bukan kepada golongan tertentu sahaja dan puan salah seorang daripanya dan saya berterima kaseh kpd puan kerana sufi membacanya.
    Terima kaseh moga penjelasan saya ini mendapat sedikit pencerahan dan jika ada yg terkasar bahasa saya dahului dgn mohon maaf.

    BalasPadam
  3. Takde titik
    ..................

    BalasPadam
  4. Biasa jer cg nizam. Dah setahun kebih tidak update blog ni. Ni semangat baru mai

    BalasPadam