Selasa, 23 Februari 2010

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG" PART 2

.... Selepas solat subuh kami terus ikram 2 orang tempatan yang solat bersama kami. Kami terangkan maksud kerja dakwah nabi saw. Kami bertanya ehwal orng-orang tempatan, mereka pun mula menceritakan kepada kami ehwal mereka. Mula-mula mereka bertanya kami adakah kami pernah dengar dan tahu ada orang makan orang di Indonesia. Kami mengiyakan pertanyaan mereka. Sebenarnya puak kamilah yang makan orang, iaitu puak BATAK PAK-PAK, Puak inilah yang menghuni dikawasan Pasi yang kami nak usahakan usaha nabi saw kepada mereka. Menyambung cerita lagi kata mereka. bilangan orang Islam di Pasi ini adalah 30%, yang lainnya kristian dan tidak ada agama atau menyembah pokok atau batu atau roh. Tahap agama amat rendah samada ilmu dan juga amal agama, Ustaz tidak datang mengajar kerana sukar untuk mencari ustaz. Untuk mendapat ustaz terpaksa mencari wang yang banyak ini kerana terpaksa mendapat ustaz dari Medan, Ongkos untuk diberi pada ustaz amat tinggi mengikut demand dari ustaz itu sendiri, kemudian kena guna kereta ambil dan hantar, mereka enggak mahu naik bas. Orang Pasi tidak ada wang , jadi bolehlah kita bayangkan bagaimana tahap ilmu dan amal mereka, dan betapa hari ini orang menggunakan agama untuk mencari manfaat dunia. Kami usaha selama 3 hari dimasjid ini yang menjadi masjid daerah kawasan Pasi. Hari pertama saya kena khidmat taam, bila pergi sahaja ke pasar besar Pasi , masyaallah suasana dalam pasar macam dalam kuil, kiri kanan gambar patung yang seram, matanya terbeliak, gigi siong keluar, pendek kata jika tak usaha atas agama memanglah suasana seram dimana tempat syaitan duduk disitu, tapi nabi saw telah ajar kita doa masuk pasar dan kita cuma amal saja dengan yakin. Ikan basah dak ada, cuma ada telur, ikan lengat yang tidak dibuang perut (X boleh makan), sayuran amat murah dan pisang bunga satu tandan cuma 200Rp sahaja (20 sen). selama 3 hari itu ada seorang tempatan yang berminat dengan usaha nabi saw, namanya Dermawan, dia setiap hari bersama kita, jadi amersab suruh kita semua ikramnya agar dapat ambil usaha nabi saw. Jadi kita guna dia untuk khususi seluruh rumah yang ada disitu, tetapi orang tempatan tidak berapa berminat dan mereka tidak datang ke masjid , ini disebabkan kelemahan kami juga kurang tawajjuh dan doa. hari keempat melalui dermawan ini ia cadangkan satu masjid lagi yang terletak di puncak tanah tinggi Pasi tapi kena buat perjalanan yang jauh, ia merupakan kampong kecil dimana semua penduduknya Islam dan kerja mereka menanam kopi yang terbaik diIndonesia, Kami jadi teruja dan bersemangat untuk pergi berusaha disana, jadi disinilah tempat sebenarnya kami betul-betul usaha yang mana kami memang teringat bagaimana sahabat usaha zaman jahiliah dahulu. INSYAALLAH BERSAMBUNG LAGI DILAIN TAHUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan