Khamis, 20 Mei 2010

Tikus yang cerdik

Bismillahirrohmanirrohim

Tersebutlah kesah berlaku pada suatu negeri, nama negerinya Pura Cendana. Diperintah oleh Raja yang adil saksama Baginda Alam Syah Bana, disitu tinggal satu keluarga yang menjalankan usaha pertanian padi. Rumahnya banyaklah padi, bila ada padi maka adalah musuhnya iaitu tikus, untuk menyelamatkan padinya , petani ini memelihara kucing yang garang untuk menangkap dan membunuh tikus. Jadi banyaklah tikus yang menjadi mangsa kucing ini.

Keadaan ini menimbulkan kerunsingan buzruk-buzruk (elders) tikus ini. Atas kerunsingan inilah maka satu keputusan dibuat bagi mengadakan satu perjumpaan seluruh tikus-tikus dikawasan itu, iaitu bagaimana usaha perlu dibuat untuk menyelamatkan generasi tikus daripada kemusnahan demi kemusnahan angkara kucing ini. Setelah berkumpul semua tikus, mesyuarat pun dijalankan, yang mana ahli syuranya terdiri dari buzruk-buzruk yang badannya telah putih dan banyak pengalaman. Maka banyaklah syor yang dicadangkan, ada yang syor supaya setiap hari mereka korbankan seekor tikus untuk dipersembahkan kepada kucing sebagai makanannya, dan ada yang syor ditubuhkan kumpulan jaga malam dan sebagainya, pendek kata banyaklah syor yang dicadangkan tetapi semuanya tidak diterima , Mesyuarat ini berlarutanlah sehingga semua mereka kecewa kerana tiada keputusan dibuat. Ditengah-tengah kecewa inilah maka tampillah seorang buzruk yang tadinya diam tidak berkata-kata dan memberi cadangan. Cadangannya ialah, Kita buat satu rantai dimana kita letakkan loceng pada rantai tersebut yang mengeluarkan bunyi yang kuat, ketika tikus ini sedang rehat atau tidur kita gantunglah pada lehernya, setelah digantungkan rantai ini, bila kucing ini berjalan atau berlari maka ia akan mengeluarkan bunyi. Bunyi inilah yang akan menyelamatkan kita, bila kita dengar bunyi ini maka semua kita akan dapat menyelamatkan diri masing-masing dan semua tikus akan selamat. Mendengar saja cadangan ini maka semua tikus gembira dan memuji kepintaran buzruk ini, se,mua mereka bersorak, melompat dan ada yang terguling-guling, sambil menjerit, “kita selamat”, “pergi kucing jahanam”, “Bravo”, “Selamatkan jenerasi tikus”, “Hidup tikus, jahanam kucing”, begitulah punya seronohnya mereka sebab sudah nendapat jalan penyelesaiannya. Hanya buzruk seekor ini sahaja yang diam, kemudiam dia menyambung lagi cakapnya sambil mendiamkan semua tikus dia berkata

“SIAPAKAH ANTARA KITA YANG SANGGUP UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI DI LEHER KUCING INI”. Mendengar ini semua tikus diam seekor tikus pun tidah angkat kepala dan bersedia untuk menjaLANKAN TUGAS UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI INI. Kalau ini terjadi bagaimana nasib tikus ini adakah ia akan berubah dan selamat ?

Ini tamsilan berlaku zaman sekarang, jalan penyelesaian telah ditunjukka oleh rasulullah saw. Tetapi umat ini tidak jalankan kerja sebagaimana sahabat r.hum dahulu buat. Hari ini semua orang baik daripada golongan atas hingga bawah semua bercakap tentang masalah tetapi tidak melakukan kerja untuk penyelesaian. Jadi setiap orang daripada kita kena buat usaha korbankan harta dan diri untuk ugama Allah swt.

Cerita tamsilan ini aku dengar dalam bayan semasa aku baru mula-mula ikut dakwah dulu.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan..

    Saya paling terkesan bila baca bahagian ini..

    "semua mereka bersorak, melompat dan ada yang terguling-guling, sambil menjerit, “kita selamat”, “pergi kucing jahanam”, “Bravo”, “Selamatkan jenerasi tikus”, “Hidup tikus, jahanam kucing”, begitulah punya seronohnya mereka sebab sudah mendapat jalan penyelesaiannya. Hanya buzruk seekor ini sahaja yang diam, kemudiam dia menyambung lagi cakapnya sambil mendiamkan semua tikus dia berkata

    “SIAPAKAH ANTARA KITA YANG SANGGUP UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI DI LEHER KUCING INI”. Mendengar ini semua tikus diam seekor tikus pun tidah angkat kepala dan bersedia untuk menjaLANKAN TUGAS UNTUK MENGGANTUNGKAN RANTAI INI"

    dan terfikir... adakah saya sedang menjadi sebahagian tikus yg menundukkan diri @ yang menawarkan diri untuk korbankan masa, tenaga dan harta malahan nyawa untuk sambut tugasan tersebut. minta doanye tuan.

    BalasPadam
  2. Ws Kita kena jadi saperti seekor burung yang cuba memadamkan api yang sedag membakar nabi Ibrahim as. ketika sedang dbakar oleh namrud, walaupun dia tahu ia tak mampu padam, tetapi ia buat usaha

    BalasPadam