Bismillahirrohmanirrohim
Setiap orang Islam wajib mempunyai niat untuk mengerjakan haji, samada orang kaya, miskin, sehat, sakit, Alim, tidak alim, pemerintah, rakyat, raja , hamba , tua, muda , Lelaki dan wanita, jika cukup syarat, wajib ia melaksanakan rukun yang ke 5 ini, jika tidak ia mati dalam keadaan yahudi, nasora atau majusi, semuga Allah pelihara kita daripada tergolong dalam golongan ini.
Begitulah juga orang Islam yang menjalankan usaha dakwah iman dan amal cara nabi saw ini, berazam untuk pergi ke Nizamuddin , Delhi India, untuk belajar usaha ini. Rasionalnya ialah disinilah bermula hidupnya kembali usaha nabi saw yang telah ditinggalkan oleh orang Islam selama hampir 700 tahun, disini terdapat ulamak yang telah memberi seluruh hidup mereka dan harta mereka bagi menjalankan usaha agama ini, mereka ini adalah orang yang mukhlisin dan pilihan Allah swt. Manusia seluruh dunia datang ke sini untuk belajar usaha dakwah mengikut tertib dan sunnah nabi saw sebagaimana yang dijalankan dan diamalkan oleh sahabat nabi saw yang menyebabkan mereka diredzai oleh allah swt di dunia dan Akhirat.
Begitulah juga dengan aku, sejak aku mula diberi hidayah oleh Allah membuat usaha atas iman dan amal ini sejak di sekolah menengah lagi, keinginanku semakin hari semakin menebal. Ini disebabkan aku sering mendengar cerita-cerita daripada kawan-kawan yang telah pergi ke sana menceritakan tentang kehidupan masyarakatnya, keadaan negerinya, istimewanya ialah ikram maulana-maulana kepada mereka, masa itu lewat tahun 70an dan awal 80an orang Malaysia masih kurang pergi nizamudin. Lepas itu aku sambung belajar kat UPM, di sana setiap malam minggu aku akan pergi ke Masjid India di Kuala Lumpur, tempat diadakan perhimpunan mingguan usaha dakwah ini. Masa itu tidak ramai lagi orang yang berkumpul dan iktikaf malam di masjid, hanya ditingkat bawah sahaja. Paling ramai student IPTA (IPTS belum wujud lagi).
Saat yang diidamkan akhirnya datang juga dengan kehendak Allah, pada tahun 1982 aku diputuskan oleh syura Kuala Lumpur untuk ke Nizamudin dengan mengikut dua orang jemaah luar negera yang hendak pulang ke Nizamudin setelah masa khuruj mereka tamat di Malaysia. Seorang American namanya Daud dari
Sampai di Bangkok , tiga hari aku disana, rakan seusaha masih kurang, pada hari kedua, dua orang ini bertolak ke
Aku sampai di Airport New Delhi waktu pagi, apabila selesai urusan passport dan begasi, dan keluar dari kawasan airport, bila aku lihat jam tangan aku, telah masuk waktu subuh , apalagi aku terus buat persedian untuk solat, masalahnya aku tidak tahu arah kiblat, jadi aku tanyalah mereka yang ada disitu tetapi seorang pun tidak tahu, aku solat sahajalah sebab Allah ada dimana-mana. Selesai solat aku baca yaasin dan doa pada Allah minta pertolongan.
Sekarang bayangkan bagaimana aku hendak ke Masjid Banglawale Nizamudin berseorangan, hati aku sentiasa bergantung pada Allah minta tolong, masa itu aku lihat dari jauh sekumpulan orang berserban dan berjanggut sambil memikul barang, aku jadi gembira kerana sangkaanku itu adalah jemaah yang akan ke nizamudin, ini disebabkan keadaan mereka sama seperti Jemaah yang pernah datang ketempat aku dahulu iaitu di zaman “Jemaah Maulana” diawal tahun 70an dulu. Aku terus berlari kearah mereka, alangkah hampanya bila sampai aku lihat, rupanya “Brother Singh”. Dalam keadaan mencari jalan untuk ke NIzamudin maka datanglah bantuan Allah, seorang telah menawarkan teksi, apalagi aku pun naiklah, kami bertiga, apabila teksi mula meninggalkan kawasan lapangan terbang, semakin jauh maka hari semakin gelap, barulah aku perasan bahawa jam aku menunjukkan waktu
Setelah masuk ke dalam masjid kedengaran azan di laungkan oleh seoarang yang aku rasa sudah tua kerana suaranya terketar- ketar tetapi menusuk kedalam kalbu dan mempunyai roh dan kekuatan bagi orang yang mendengarnya. Sampai sekarang dah hampir 28 tahun aku masih ingat lagi suaranya dan Insyaallah dapat mengajuk suara dan lagu ketarnya itu. Dia ialah
Masa itu ingatan aku hanya hendak lihat wajah Hadraji sahaja, jadi sebelum solat subuh setelah menyimpan barang-barang berharga di bilik amanat yang dijaga oleh Maulana Yusuf Celoni (orang Sri Lanka), aku menunggu untuk menunaikan solat subuh, sambil menuggu solat mataku liar memerhatikan disekitar dalam masjid untuk melihat wajah hadraji Maulana In`amul Hassan. Ditengah keasyikan aku memerhati tetiba keluar seorang daripada bilik dibahagian belakang. Alangkah indah dan berseri wajahnya menjadikan aku tergamam Aku perhati dan perhati dan perhati, lagi lihat lagi tak jemu nak lihat lagi bak kata pepatah “tak jemu mata memandang”, dalam hatiku teringat bagaimana kecantikan rasulullah saw. Ini pengalaman pertama aku lihat manusia yang tak jemu mata memandang. Aku sangka inilah hadraji yang diceritakan itu,Wajahnya putih berseri dan bercahaya ,kulitnya putih bersih, janggut dan keningnya juga putih, pakaiannya semuanya putih bersih, ia mengenakan vest bewarna hitam yang menambahkan lagi serinya. Aku rasa bila saja melihatnya semua penat jerih aku dan tambang yang aku belanja berbaloi-baloi, bahkan tak sama. Aku jadi gembira. Solat subuh diimamkan oleh Maualan Izhar, ia membaca surah Izassyam su kuwwirat dan rakaat kedua ia membaca surat Izassama unfatorot, surah-surah ini menceritakan tentang kedahsyatan kiamat (surah ini menyebabkan rambut rasulullah saw ditumbuhi uban, mafhum hadis) bacaannya amat menusuk hatiku. Selepas itu aku terus menghafal surah ini dan menjadikannya amalan bacaan dalam solat aku hingga sekarang.
Bila sahaja selesai solat aku pun bertanya dengan seorang jemaah dari South Africa siapakah maulana yang wajahnya putih tadi, adakah dia hadraji, aku ingin mendapat kepastian. Jawabnya bukan, hadraji berada didalam biliknya disebelah kanan masjid, ia akan keluar setelah iqomat dan bersolat ditepi pintu biliknya dalam masjid. Tempat itu dikhas untuk hadraji solat. Beliau ialah Munsyi Bashir rah. Orang Mewat. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah melihat wajah Munsyi Basyir ini pasti akan mengatakan seperti aku juga iaitu, “Tak jemu mata memandang”. Aku hanya ingin cerita tentang pengalaman didalam masjid Baglawale Nizamudin sahaja. Jadi aku masih belum lihat wajah hadraji lagi. Selepas solat subuh, bayan subuh dibuat oleh Maulana Omar Palampuri rah. setiap pagi selama lebih kurang 2 jam. Maulana Omar rah. seorang pembayan yang hebat dikurniakan Allah, ilmu yang tiada pada orang lain, suaranya lemak merdu dan didalam setiap bayannya dibacakan AlQuran dengan alunan suara yang merdu, menjadi ikutan setiap orang yang mendengarnya, teringat olehku bagaimanakah suara sahabat r.hum membaca Alquran dan suara rasulullah saw sendiri membacanya , Allahuakbar, kita tidak dapat membayangkan bagaimana kemerduan suara mereka hinggakan malaikat datang berkumpul mendengar bacaan mereka. Maulana Omar rah. bayan subuh di Nizamudin sudah bertahun lamanya, aku pernah dengar seorang maulana beritahu aku kehebatan bayan maulana omar ini baharu satu per sepuluh daripada bayan Maulana Yusof rah. Hadraji kedua. Sesuatu yang ajaib tentang Maulana Omar ini ialah sesiapa sahaja yang ingin bertanya tentang sesuatu masalah, apabila duduk mendengar bayan subuhnya, semua masalahnya akan terjawab dan tidak perlu lagi untuk berjumpa dengan maulana. Setiap hari bayannya tidak sama isinya tetapi berkisar tentang enam sifat sahaja. Satu pagi itu maulana menceritakan tentang keindahan syurga dan kecantikan bidadari dari mula hingga habis bayan, apabila diakhir bayan maulana berkata “cukup setakat ini kalau saya teruskan nanti tuan-tuan akan beratur untuk masuk kebilik air” itu lawak maulana sahaja sambil dia tersenyum.
Selepas bayan subuh makan pagi, inilah pengalaman yang tidak boleh aku lupakan dan tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang datang kemudian ke Nizamudin. Sebelum bersarapan amer taam rah. (lupa namanya) akan memanggil “Arab, arab,
Program pagi seterusnya bayan hidayah untuk mereka yang akan keluar di jalan Allah swt, ianya dibuat oleh maulana-maulana yang dikhaskan, bayannya panjang, selepas habis bayan maka hadraji keluar dari biliknya dan memberi sedikit nasihat dan terus berdoa, kemudian bermusafahah dengan ahli jemaah yang nak keluar. Semasa pertama kali aku mendengar doanya begitu sayu dan menusuk kalbu, membuatkan air mata aku mengalir, sedap didengar dan rasa tidak puas untuk mendengar doanya. Hadraji mempunyai nada ucapanya, bayannya dan doanya adalah sama. Bagaimana anda dengar bayannya, begitulah juga nada atau rentak cakapannya. Kalau anda nak mendengan suara bayannya anda accees internet “Islamic creed” anda akan jumpa bayan Hadraji Maulana Inamul Hasan, maulana Yusuf, maulana Omar dan banyak lagi.
Bersama aku waktu itu ada seorang rakan yang pandai mengajuk suara hadraji, aku juga belajar berdoa dengan nada hadraji, insyaallah sekarangpun masih ingat, tapi tiada roh, macam doa hadraji. Di Nizamudin jemaah masuk dari seluruh dunia dan juga jemaah dikeluarkan keseluruh tempat umpama dilapangan terbang, kapalterbang naik turun tak henti-henti dan tidak kira masa, siang atau malam, begitulah keadaan jemaah keluar masuk di NIzamudin tak kira siang, malam, tengah malam, pagi, setiap masa.
Habis semua urusan keluar jemaah, sebelum solat zohor adalah masa makan tengahari. Amer Taam markas akan panggil Arab.arab kemudian Malaysia,
Selalunya waktu menunggu solat aku akan tunggu lebih awal kerana hendak duduk ditepi hadraji, bila aku datang orang temapatan akan memberi tempat pada aku walaupun mereka datang lebih awal kerana ikram pada “mehman” tetamu Allah, jadi setiap kali solat aku akan cuba duduk disebelah hadraji. Selepas Zohor, diadakan majlis taklim sampai asar,lepas asar diadakan karkuzari sampai magrib. Lepas magrib, diadakan bacaan yaasin kemudian doa, bayan samada dibuat atau tidak aku dah lupa ( Aku tidak ingat program lepas asar dan magrib dengan tepat, tapi bacaan yaasin memang lepas magrib), makan malam sebelum solat isyak, sekali lagi kami dipanggil dan makan bersama elders, makan malam, aku jarang lihatlah hadraji dan maulana omar makan malam bersama kami, aku tidak tahulah apakah mereka makan ataupun tidak. Selepas solat isyak diadakan bacaan Hayatussahabah. Hadraji sendiri akan membacanya, sebelum hadraji datang semua orang telah duduk rapat-rapat bersedia dengan kitab hayatussahabah, suasanya sepi, bila sahaja hadraji mula membaca dalam bahasa Arab, amatlah sedapnya kita dengar, nada suaranya berlagu serupa saperti ia bayan, aku lihat kanak-kanak pelajar duduk sambil merujuk pada kitab hayatussahabah berbahasa arab, aku rasa aku saperti seorang muallaf yang baru kenal islam bila melihat kanak-kanak ini dengan kitab mereka dan tawajuh mereka. Untuk kami tidak ada penterjemah bahasa melayu, semuanya dalam bahasa inggeris. Habis hayatussaahabah, bangun maulana Sulaiman, khadam hadraji bertubuh tinggi dan sasa memberi nasihat kepada jemaah, katanya “Tuan-tuan datang ke nizamudin duduklah didalam setiap program yang diadakan didalam masjid kerana kata maulana Alias barang siapa yang datang ke Nizamudin tetapi tidak duduk didalam program masjid anggaplah dia tidak datang ke Nizamudin”, kemudian katanya lagi “jaga iman jaga saman(barang)”. Selesai semua aku pergilah untuk tidur, tempatnya bilik dibangunan atas masjid tempat yang digunakan oleh Maulana Alias rah. Dahulu.
Masa itu di Nizamudin, keadaan maulana-maulana yng berusaha sezaman dengan maulana Alias masih lagi sehat dan mereka telah korbankan diri mereka sepanjang hayat tinggal dimarkas untuk khidmat pada ugama. Antara mereka ialah Maulana Ubaidullah rah. Beliau seorang Alim dan Mufassirin AlQuran, maulana Omar selalu rujuk pada beliau tentang ayat-ayat yang beliau bayan, masa itu keadaannya sudah uzur, solat diatas kerusi roda. Maulana zakaria rah. Aku tak sempat berjumpa kerana dia baharu sahaja kembali ke Rahmatullah. Meiji Mehrab rah. orang mewati, orang yang pertama keluar jemaah tiga hari, dia pakar dalam kerja usaha makami. Satu hari di Mewat, semasa kapalterbang melintasi masjid, Maulana Alias rah. Berkata kepada Meiji Mehrab. “Meiji suatu hari nanti kamu akan naik kapalterbang dan akan pergi seluruh dunia untuk cakap tentang usaha agama Allah swt.” Meiji menjawab maulana sudah gila, saya nak pakai kasut pun tidak ada , bagaimana hendak naik kapalterbang”. Suatu hari diatas kapalterbang, kali pertama beliau naik kapalterbang untuk keluar jalan allah beliau menangis, apabila jemaah melihat dia menangis dan terus bertanya adakah dia takut naik kapalterbang, tapi katanya dia teringat akan kata-kata maulana Alias dahulu yang dia akan menaiki kapalterbang ke seluruh dunia untuk cakap tentang usaha agama tetapi dia tidak percaya dan sekarang telah terbukti benar berlaku. Sekarang seluruh dunia menjalankan kerja-kerja dakwah dan tabligh sebagaimana yang diterangkan cara-cara oleh Meiji Mehrab rh.
Maulana Daud rah. Orang yang pertama disuruh oleh Maulana Alias bagi membentuk jemaah masturat 3 hari. Beliau adalah pakar didalam tertib usaha masturat, tahun1991 aku keluar masturat di nizamudin maulana Daud telah karkuzari kepada kami bagaimana mula-mula usaha masturat ini boleh dibentuk, ia adalah hasil fikir ibu maulana Alias sendiri, bila dibentang dalam mesyuarat semua maulana tidak setuju, kerana usaha atas kaum lelaki baru bermula, tetapi maulana alias tetap mahu jemaah masturat ini dikeluarkan dan memutuskan supaya maulana Daud usaha untuk bentuk jemaah 3 hari, akhirnya jemaah 3 hari masturat yang pertama berjaya dibentuk. Apabila jemaah ini dikeluarkan maka mereka melihat kesannya amtlah baik, ramai wanita mula mengambil bahagian dan akhirnya usaha masturat bagitu maju. Waktu itu masturat aku sempat berbait dengan hadraji.
Maulana Zubir masa ini masih muda dia jarang-jarang bayan di markas, anaknya, cucu hadraji ada dua orang dan masih kecil , suka berlari-lari didalam masjid. Maulana Saad masa itu belum dikenali, aku rasa masa itu dia masih lagi remaja dan sedang belajar di Madrasah. Anak maulana Omar waktu itu masih muda, dia kadang-kadang silih berganti dengan Munsyi Aladata rah. azan, suaranya sedap, azannya serupa orang
Aku berada di IPB lebih kurang enam bulan. Apa yang aku perhatikan sebelum aku pulang ke Malaysia, iaitu selepas era Ijtimak dunia yang pertama di Terangganu, kesempatan bersarapan bersama hadraji sudah tidak ada lagi kerana selepas Ijtimak Malaysia Allah swt telah membuka hidayah pda orang Malaysia, banyak jemaah telah dibentuk untuk keluar ke IPB selepas itu, dan peluang untuk makan bersama hadraji telah tiada lagi. Waktu itu aku rasa kami memang diberi perhatian istimewa oleh elders. Di Kakril Markas di Bangladesh kami ada 4 orang sahaja dan aku orang paling muda masa itu, aku masih ingat lagi bagaimana Haji Mukeb rah. telah ikram aku, menyuap makanan ke mulut aku dan memberi kain selimutnya pada aku dan menyuruh orang-orang khidmat markas menyediakan masakan ikan pada kami.
Sebelum pulang ke malayia dihari terakhir aku, aku doa supaya dapat makan tengahari bersama hadraji buat kali terakhir, tetapi impian aku hampa kerana aku lambat pulang ke markas disebabkan urusan tiket, masa pulang selepas zohor semua orang dah habis makan. Masa itu aku bersama dengan Mokhtar (Di Seri Petaling sekarang gelarannya Mokhtar TS) kami makan pinggan yang berasingan, sedang kami makan tetiba keluar hadraji dan maulana Omar, hadraji datang terus duduk disisi aku dan makan nasi dari pinggan aku, Alluhuakbar, aku begitu gembira Allah telah perkenan doaku untuk makan kali terakhir dengannya. Selepas solat asar hari aku bersama Mokhtar pulang ke tanah air setelah tempoh khuruj habis. Aku dengan mokhtar ini hanya jumpa masa nak pulang ke Malaysia sahaja, kami keluar jemaah berasingan.
Begitulah pengalaman aku semasa aku keluar di Nizamudin, semuga ianya menjadi bahan perkongsian kepada pembaca sekelian.
Wassalam
Al fakir Musa kola Kedah
Maha Besar Allah.. Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi Allah.
BalasPadamBuat sekian kalinya karguzari tuan buat saya tenggelam di dalamnya. Saya larut pada setiap tempat dan keadaan bilamana tuan menceritakan keadaan dari mula tuan menjejakkan kaki di dalam keretapi hinggalah pada ayat yang terakhir.
Seakan2nya saya turut berada di sana pada masa itu.. membayangkan keadaan Nizamuddin dari penceritaan tuan buat saya seakan2 sudah melihat Nizamuddin di depan mata. Jazakallah kahira katira :)
Umu, makna Karguzari, ialah kita cerita apa yang kita buat. Jadi bila cerita yang benar berlaku rohnya bagi orang membaca tidak sama dengan cerita rekaan. Jadi maknya umu dah nampaklah sikit Nizamudin, moga Allah pilih umu untuk buat kerja nabi saw. Saya amgkat berangkat ke Surabaya 15 hari Masturat pada 4 Jun ini. Doakan semuga Allah mudahkan.
BalasPadamsalam..
BalasPadamJika ada kesempatan berjumpa dgn Solihin, jemaah Indonesia Surabaya keluar IPB 1999, kirimkan salam saya untuk dia, dalam lapan orang, sy shj org mesia. Jika di Izinkan Allah jua.
salam tuan..
BalasPadamsy mngs baca karguzari tuan..teringat waktu j0r di batu pahat..sy dpt peluang khidmat maulana mustaqim..beliau ciuma pipi saya..allahuakbar!
syukran atas perk0ngsian kisah tuan..d0akan sy dipilih Allah utk ke Nizamuddin..amin3 ya Allah...
Masyaallah... lama dah tak pergi Nizammuddin... last time pergi dapat makan & solat bersama Maulana Ibrahim... wahai Allah panjangkan umur eldest...
BalasPadamsemakin dekat terasa nizamudin bila membaca tulisan tuan. teringin melihat tempat ayahanda yang baru menghembuskan nafas terakhir di sana. dengarnya org kedua meninggal di msjd tersebut.
BalasPadamsalam, saja nak bagitau, hari tu ada termasuk blog awak, gambar dalam blog awak yang dikatakan gambar masjid nizamuddin tu adalah gambar masjid lain, nizamuddin kwsn yg luas, masjid yg diceritakan ini ialah masjid Banglawali di Nizamuddin, blog lihat gambar sebenar di http://www.friendsofdeoband.com/?p=775 , makaseh
PadamSalam Tuan.
BalasPadamTerima kash atas perkongsian ini.Semakin rindu pada Nizamuddin.
Hafizi al-Faqer
Assalamualaikum..Allahuakbar!!! ana azam tahun ni IPB, minta doa sahabat2 suma..
BalasPadam