Aku baru pulang dari nusroh jemaah
Peristiwa berlaku ketika jemaah sedang membuat ziarah umumi di satu kawasan yang terdapat orang Islam. Mereka tidak mempunyai dalil (penunjuk jalan) untuk menunjuk rumah orang islam. Ketika sedang berjalan mereka berjumpa seorang budak yang sedang berjalan ke kedai untuk membeli barangan yang disuruh oleh ibunya.
Jemaah ini telah bercakap dengan budak ini dan menceritakan kelebihan ziarah dan mengajak budak ini menjadi penunjuk jalan bagi menunjukkan rumah orang islam. Maka budak ini pun terus ikut dan pergi bersama jemaah untuk menunjuk rumah orang Islam disekitar.
Setelah masa berlalu dan rumah pun sudah habis diziarahi maka budak ini menyambung tugasnya untuk membeli barang pesanan ibunya, setelah siap membeli barang dia pun pulang ke rumah.
Setelah sampai di rumah, ibunya menunggu dan bertanya kenapa dia lambat pulang. Setelah memberitahu ibunya perkara sebenar, ibunya memarahinya dan berkata “ Kamu telah membazirkan masa saya” . Setelah mendengar kata ibumya itu, budak ini tidak menjawab apa-apa, sambil memandang keatas dan kemudian memandang ke bawah, budak ini terus jatuh dan mati. Setelah itu budah ini telah dibawa kehospital untuk bedah siasat, dan didapatinya budak ini mati disebabkan hatinya telah pecah.
Malam itu imam di kawasan itu telah bermimpi berjumpa denga budak itu disyurga dan bertanya apa yang telah terjadi. Maka budak ini telah ceritakan, semasa dia memandang ke atas dan k e bawah dia telah lihat keindahan syurga maka hatinya pecah kerana tidak dapat menahan kegembiraan itu. Maka imam ini pada hari jumaat masa khutbah telah memberitahu pada jemaah atas kebenaran usaha dakwah ini.
Ini baru satu amal nabi saja , maka ganjarannya begitu hebat dan bila dibukakan hijab melihat ganjaran yang diberi oleh Allah maka hati kita tak dapat menahannya, sebab itulah Allah akan bukanya dihari akhirat nanti.
Akhir sekali saya seru pada diri saya dan semua orang islam supaya berkorban diri dan harta di Jalan Allah swt.
Salam haji, Kakuzari yang penuh bermakna. Seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisi isinya. Arwah budak itu hanya seketika di jalan Allah, dan Allah balas dengan Syurga Allah. Allah huakbar.
BalasPadamSemoga usaha kita di rahmati Allah.
JazakaAllah..
WS musafir, sebab itulah kita kena banyak dengar dan baca hadis kelebihan amal supaya datang yakin pada kita untuk beramal
BalasPadam