Sabtu, 1 Mei 2010

Pengalaman Ngeri “Kehilangan” isteri yang baharu kahwin 4 bulan


Pengalaman ini saya cerita untuk ingatan saya sepanjang hayat saya. Peristiwa berlaku ketika saya baharu kahwin 4 bulan. Saya kahwin pada 2 Mei 1984. Besok merupakan hari ulangtahun ke 26 perkahwinan, Alhamdulillah kami diberi Allah kehidupan yang bahagia, dikurniakan Allah tujuh orang anak, 5 perempuan, 2 lelaki dan 3 orang cucu. Setiap tahun kami tidak lupa untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami.

Selepas empat bulan kahwin saya berpindah ke Kuala Lumpur tinggal di Kampong Syed Mohammad Sungai Besi, bersama Abang Arsyad (sekarang Syura mal), Abang Abu Bakar Mansor dan adik beradik Syed Mohammad. Masa itu saya masih belajar kat UPM tahun akhir.

Di sinilah peristiwa “kehilangan” isteri berlaku. Masa itu ada jemaah 40 hari masturat campur dari banyak markas keluar di kawasan Kuala Lumpur. Masa itu Masturat yang kuat hanya di Kuala Lumpur, di Markas lain memanglah kurang. Saya di Tasykil selama 15 hari .

Saya pun sambut takaza Alhamdulillah isteri pun suka keluar dan terus bersama jemaah tersebut. Dalam jemaah tersebut ada bersama Allahyarham ustaz Abdullah yg syahid kat Filipina, Allahyarham juga baru kahwin sama dengan saya. Bayan hidayat untuk saya dibuat di rumah Allahyarham Abang Zainal RTM. Saya macam biasa, isteri memakai pakaian baju kurung biasa dan kelumbung tiga segi biasa yang dipakai oleh gadis belasan tahun (memanglah masa isteri berumur 18 tahun) tidak tahu tertib. Pertama kali keluar tiga hari dirumah Allahyarham Dr Mustatafa bersama jemaah Dr Noor dari Jakarta pakai macam itu juga tiada orang komplen.

Apabila selesai sahaja bayan hidayat jemaah akan berangkat. Sebelum itu amer jemaah telah mesyuarat untuk pasangan menaiki kenderaan. Masa keluar dari rumah, amer telah mengarah semua suami akan mengambil isteri masing-masing kat pintu keluar rumah apabila nama mereka dipanggil. Jadi saya lihat lah semua orang telah mengambil isteri masing-masing dan telah naik kereta. Nama saya pun juga dipanggil dan saya tunggu punya tunggu isteri tak keluar-keluar. Jadi saya tunggu juga tapi tak keluar juga, tuan rumah cakap semua sudah keluar, tapi mengapa saya tak Nampak isteri keluar, saya naik gelabah, tapi tunggulah juga, akhir sekali penantian berakhir apabila tuan kereta yang saya tumpang naik itu beritahu isteri saya sudah naik, bila saya lihat dibelakang memang ada dua orang bertudung lingkup berpurdah. Saya beritahunya itu bukan isteri saya, sebab isteri saya tak memakai purdah. Dia memberitahu bahawa itu adalah isteri saya. Rupa-rupanya baharulah saya tahu tertib untuk keluar masturat kena memakai purdah yang lengkap. Semua pakaian eksoseri saperti jubah, purdah, sarung tangan di hadiah oleh isteri Allahyarham Abang zainal, semuga Allah memberkati mereka. Hingga sekarang isteri saya masih ingat lagi pemberian itu. Jadi itulah pengalaman pertama dia memakai purdah. Masa itu dia tak pernah cerita pengalaman pertamanya memakai purdah, baru sekarang ketika saya sedang menulis ini dia beritahu perasaannya iaitu pening, mual nak muntah dan ada macam-macam lagi rasa tapi di tahannya juga hingga habis tempoh15 hari.

Begitulah kesahnya, Insyaallah bersambung dilain tahun dan lain cerita.

MAJULAH DAKWAH UNTUK AGAMA

3 ulasan:

  1. MasyaAllah...nak tahu cerita dari pihak masthurat (ahlia tuan)...menarik dan sgt2 ingin tahu pengalamannya..Jazakallah sudi kongsi :)

    BalasPadam
  2. ceritanya sangat manis untuk dikenang ye..

    :)

    aishah pun nak tahu sangat sambungan ceritanya, pengalaman berpurdah.

    insya'allah aishah sedang cuba.mohon kekuatan dari allah.

    BalasPadam
  3. Untuk Ummu6point
    ahliah saya memanglah suka kalau ada orang yg suka bersilaturahim dengannya,blognya ada iaitu ummuzulaikha.blogspot tapi dia dah lupa psword tak boleh nak buka.Ahliah skrg disebelah saya dan dia sampaikan salam pada ummu

    Untuik Aisyah
    t,kaseh nanti pakcik nak cite tentang perkahwinan, cita2 isteri, dan perjalanan dakwah hingga sekarang.Kelmarin 2 Mei adalah ulang tahun perkahwinan kami yg ke 26 tahun. Isteri saya adalah pilihan ibubapa , nanti ikuti sambungannya dilain tahun.Insyaallah

    BalasPadam