Hospital Dulu dan Sekarang, Dulu sekitar 60an dan 70 an dari pangkat Amah, jururawat, sister Pembantu Perubatan, Doktor dan Doktor Pakar (dulu dipanggil Doktor Besar, bahasa org kampong) , kebanyakkannya berwatak garang sehingga kita jadi takut untuk mendekati mereka (bukan Semuanya). Kebanyakkan Doktor berbangsa India dan Cina, orang Melayu, jarang-jaraaang ada(Masa tu mereka ni mendapat pendidikat luar negara dasar penjajah). Tapi waktu itu aku masih budak remaja jadi sememangnya aku takutlah. Sejak UKM membuka Fakulti Perubatan sekitar tahun 80an, graduan keluaran UKM ini telah banyak membawa perubahan yang besar kepada budaya didalam hospital. Aku masih ingat ketika aku menjalani pembedahan oleh Doktot Yahya di Hospital Alor Setar, sebelum aku dibius ia mengingatkanku supanya aku mengucap dua kalimah syahadat, setelah aku mengucap berkali-kali aku tak sedar dalam ucapan kalimah tersebut dan pembedahan dijalankan. Bermula tahun 1996 aku sering masuk wad, kadang2 1st kelas kadang2 wad kelas 3.
Disini aku nak beritahu pada kau orang yang tak pernah masuk wad yang hanya dengar cerita orang saja tentang layanan nurse (misi ) dan doktor dalam wad. Ini cerita dihospital Alor Setar, dulu Hospital Lama sekarang Hospital Sultana Bahyah yang baharu dan canggih. Bukanlah aku nak puji sesiapa atau keji sesiapa, sepanjang aku keluar masuk hospital Alor Setar bahagian Medical dibawah Ketua Jabatannya Dato Dr Muhammad Radzi dan semua doktor2 dibawahnya tak kira melayu Cina dan India semuannya aku beri 6 bintang Lebih satu bintang. Ini kerana sikap mereka yang ramah mesra, selalu senyum dan kadang2 mereka menyapa kita dahulu. Mereka sedia menjawab soalan atau masalah kita dengan baik, pendek kata bila kita berurusan dgn mereka dari segi sikoloji penyakit kita dah kurang sikit. Begitu juga dengan jururawatnya, sekarang banyak yang muda, tak kiralah yang muda atau yang dah lama semuanya berbudi bahasa dan sedia berkhidmat kepada kita, kadang2 kita terasa kasihan melihat komitmen mereka dengan tugas mereka yg begitu komited tanpa memilih bangsa dan ugama tua atau muda atau apa saja penyakit pesakit yg ada mereka tetap dgn khidmat mulia mereka. Pembantu Am yang khidmat mengedar makanan kepada kita juga amat baik dan mudah kita minta tolong pada mereka.Tukang cuci lantai juga baik dan ramah. Kerani dibahagian pendaftaran keluar/masuk wad juga memain peranan semasa mula masuk wad, mereka ini tolong memudah kita untuk pergi ke wad yang ditetapkan.
Jadi begitulah pengalamanku secara am tentang hospital dulu dan sekarang, Teruskan khidmat bakti cemerlang anda untuk dapat redza allah swt. Pengalaman ku semasa dalam wad akan aku coret lain kali pula.
salam ustaz...
BalasPadamsemoga penyakit yg ditanggung dapat sembuh dgn izinNya jua...
salam ustaz....
BalasPadamsemoga ustaz dah sembuh dan sihat.
makna PDKM tu pengalaman di kota Mekah ,blog dr org M'sia yg bkerja diHotel berhampiran (sebelah)Masjidil Haram ..setiap hari dia update cerita sekitar sana .
ustaz boleh layari blog dia disini ..http://manzlie-makkah.blogspot.com/