Dakwah mestilah cara yang betul mengikut cara nabi saw. Sebagaimana akidah kita ikut cara nabi,solat ikut cara nabi, puasa ikut cara nabi, haji ikut cara nabi, zakat ikut cara nabi, muamalat ikut cara nabi, muasyarat ikut cara nabi, munakahat ikut cara nabi , akhlak ikut cara nabi, jinayat ikut cara nabi. Begitulah juga dakwah mesti ikut cara nabi sebab dakwah ini adalah perintah allah, perintah yang awal lebih awal dari solat, puasa, zakat dan haji. Perintah dakwah ini datang ketika mana nabi diseru "Wahai orang yang berselimut....... akhir ayat" ini ayat kata ulamak adalah ayat untuk nabibuat kerja dakwah secara terang terangan. Jadi dakwah mesti ikut cara nabi saw. iaitu cara sebagaimana perintah allah dalam al quran , korban harta dan diri dengan cara hijrah meninggaklkan anak isteri, perniagaan perladangan pejabat, rumah dan kampong halaman berhijrah ketempat lain melakukan kerja dakwah, Taklim taklum ibadat dan Khidmat dengan cara ini maka kita telah mengikut jalan nabi dan sahabatnya insyaallah allah akan memberi pertolongan kepada kita, merupakan pertolongan ghaibiah dan kemenangan yang besar sebaimana janji allah dalam alquran. Dengan cara inilah Islam datang kepada kita kerana hasil hijrah yang dibuat oleh orang terdahulu, orang arab dan india yang datang berdakwah dizaman dahulu,tetapi orentalis telah menipu kita dengan mengatakan mereka datang berniaga, walaupun mereka membawa agama tetapi orentalis pesongkan kita dengan menyembunyikan maksud yang sebenar dan utama iaitu maksud dakwah bukannya berniaga, hasilnya islam tersebar luas walaupun nabi tidak datang kesini tetapi kerja dakwah nabi datang kesini. Jika kita hendak islam maju dan tidak dihina oleh orang lain marilah kita betulkan niat kita dan korban harta dan diri keluar berhijrah dengan masa yang lama dijalan allah ditempat yang jauh insyaallah allah akan memberi kemenangan kepada kita dunia dan akhirat.
Khamis, 21 Januari 2010
DULU DAN SEKARANG
Bismillahirrohmanirrohim Zaman dahulu dan zaman sekarang banyak perbezaan yang kita dapat lihat, zaman dahulu dirumah-rumah waktu malam kita dengar suara membaca alquran tetapi sekarang dirumah kita suara apa yang kita dengar?. Dulu ibubapa risau kalau anak tidak khatam alquran atau tidak solat atau tidak mengaji kitab pada tok guru dimasjid atau surau, Tapi ibubapa sekarang risau kalau anak tak dapat 5A UPSR, 8A PMR atau 10A SPM, Dulu bapa pergi masjid/surau bawa anak-anak dibelakang. sekarang ibubapa bawa anak hantar ke kelas tuisyen, solat di masjid sudah tak dipedulikan lagi bahkan tidak dianggap penting lagi. Jika lelaki masuk meminang anak dara mereka , perkara yang mula ditanya ialah alquran dah khatam kah, pandai ngaji al quran atau pandai marhaban dan berzanji, solat atau tidak , kemudian baru ditanya kerja apa. Zaman sekarang perkara yang awal ditanya ialah kerja apa, kereta apa, itu yang menjadi ukuran. Zaman dulu jodoh anak lelaki ibubapa yang carikan (berlaku pada penulis sendiri, semua kami 6 beradik lelaki makbapa yang carikan isteri, alhamdulillah bahagia sampai keanak cucu). Zaman sekarang bukan lelaki cari, bahkan anak perempuan yang cari calon suami. Zaman dahulu hubungan adik beradik amat kuat hingga sepupu atau dua sepupu pun masih kuat hubungan bahkan bau-bau bacang pun masih kuat hubungan kekeluargaan, tetapi zaman sekarang dua beradik pun sudah ada yang bergaduh dan tak bertegur sapa, inikan pula sepupu atau dua sepupu sahaja. Dahulu kita panggil seseorang ikut panggilan pangkat kekeluargaan tak kira tua atau muda asalkan pangkatnya banglong walaupun muda daripada kita tetap panggil banglong. sekarang bapa saudara pun cakap hang dan bahasa dirinya aku sahaja. zaman dahulu seorang budak didalam kampong, semua orang boleh tegur ajar dia kalau dia melakukan kesalahan, tapi zaman sekarang amat sedih kerana kita dah tak boleh tegur ajar lagi anak orang kampong kita, bukan sahaja budak itu tak dengar cakap bahkan ibubapa mereka yang akan marahkan kita. Dimana silap kita, dizaman Madinah semasa para sahabat nabi saw, jika seorang anak yang kematian bapa atau ibu, jika kita tanya dia bagaimana perasaannya tiada bapa/ibu maka dia akan berkata, jika dahulu saya ada serang bapa/ibu sahaja , sekarang semua orang lelaki/wanita di Madinah adalah bapa/ibu saya sebab semua mereka mengambil tanggungjawab terhadap budak tersebut. Mengapa ini terjadi, kata tok guru, hari ini kita telah tinggal satu kerja yang menjadi ibu segala amal kebaikan dunia dan akhirat iaitu kerja "Mengajak" atau Dakwah ilallah. Perkara yang mula sekali dibuat oleh nabi setelah mendapat wahyu ialah kerja DAKWAH iatu mengajak isteri ,anak, dan sahabatnya kepada islam, Dengan dakwah orang akan kenal allah dan beriman pada allah, dengan dakwah orang akan mula beramal dengan perintah allah, dengan dakwah orang akan mula belajar ilmu untuk dekat diri dengan allah, dengan dakwah orang akan menunaikan haji, dengan dakwah orang akan mula keluarkan zakat dan bersedaqah dengan dakwah orang akan mula solat dan masjid akan diimarahkan. Bila orang mula solat dimasjid maka akan bermulalah permuafakatan dalam hubungan sesama kita, kita akan lihat masyarakat akan mula kasih sayang, tolong menolong antara satu sama lain. Saling ziarah menziarah antara mereka dengan ini kita akan mendapat rahmat dari allah dan jika Rahmat allah datang dalam kehidupan kita maka semua kesusahan akan dihilangkan oleh Allah swt. Semua sahabat nabi saw lelaki, wanita, tak kira tua, muda menjalankan kerja dakwah, mengajak manusia pada allah sehingga allah swt memberi pertolongan dan kemenangan kepada mereka terhadap orang kafir dan diakhirat syurga balasan untuk mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan