Rabu, 20 Januari 2010

FADHILAT SADAQAH

Hadrat Abu Kabashah r.a berkata bahawa baginda saw telab bersabda "saya menerangkan tiga perkara dengan bersumpah dan selepas itu satu perkara yang khas akan saya beritahu kamu sekelian, Jagalah perkara ini dengan cara baik. Tiga perkara yang mengenainya saya bersumpah adalah,
PERTAMA, harta seseorang tidak akan berkurangan dengan sadaqahnya
KEDUA, sesiapa yang dizalimi dan dia bersabar, kerana sabarnya allah akan menambahkan
kehormatannya.
KETIGA, Sesiapa yang membuka pintu meminta-minta dari yang lain maka allah akan
membuka baginya pintu kemiskinan
Selepas ketiga-tiga ini saya beritahu kamu satu perkara yang khas untuk kamu menjaganya. Bahawa didunia ini ada 4 jenis manusia

MANUSIA PERTAMA, orang yang allah telah berinya ilmu dan juga harta, ia (kerana ilmunya) takut pada allah dengan hartanya (yakni dia tidak membelanjakannya melainkan dengan cara yang disukai allah) bahkan dia menggunakan hartanya untuk silaturrahim, dia melakukan amalan baik kerana allah dan menunaikan hak-haknya. Manusia jenis ini mempunyai darjat yang paling tinggi.

KEDUA Orang yang allah beri ilmu tetapi tidak memberi harta. Niatnya betul, dia berkeinginan jika dia memiliki harta seperti sifulan, ia akan menafkahkannya (pada amalan baik). Kerana niatnya allah swt memberinya pahala yang sama dengan jenis pertama dan kedua -duanya adalah seimbang dari segi pahala.

KETIGA Orang yang allah telah berinya harta tetapi tidak memberi ilmu. Dia melakukan kesalahan dengan hartanya (yakni dengan membelanjakan hartanya untuk perkara yang tidak patut, sia-sia, permainan dan mengikut kehendak nafsunya) dia tidak takut pada allah dengan hartanya, tidak bersilaturrahim dan tidak menunaikan hak. orang jenis ini pada hari kiamat akan dapat darjat yang paling buruk.

KEEMPAT Orang yang tidak diberi ilmu dan harta, tetapi berkeinginan jika diberi harta akan menggunakan hartanya mengikut cara orang ketiga. Maka dia mendapat dosa mengikut keinginannya, dari segi dosa dia akan mendapat seimbang seperti orang ketiga.

Hadrat Abdullah bin Abbas r,ahuma berkata bahawa baginda saw telah bersabda "Harta tidak akan berkurangan dengan bersedaqah dan apabila seseorang membukakan tangannya untuk memberi sedaqah, maka sebelum harta itu sampai kepada sipenerimanya, telah sampai ke tangan Kudrat allah swt yang maha suci (Yakni ianya telah dikabulkan) dan sesiapa yang menghadapkan tangannya untuk meminta-minta dari yang lain padahal tanpa memintanyapun dia sudah mencukupi, maka allah swt membukan pintu kemiskinan basginya (Targhib)
Dipetik dari kitab fadhail sadaqah oleh Syeikhul alhadis Maulana muhammad Zakariyya rah.a

Daripada saya,

Dipetik dari bayan oleh tuan guru dari Thailand katanya, semua ulamak telah bersepakat bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah wajib bagi suami tetapi, mencari ilmu adalah lebih wajib daripada mencari rezeki, kerana jika dia tiada ilmu, ia tidak taat perintah allah dan akan memberi keluarganya dari benda yang halal dan juga yang haram. Tetapi iman adalah lebih penting daripada ilmu kerana tanpa iman ia tidak akan mempelajari ilmu dan mungkin juga tidak bertanggungjawab pada keluarga juga, ini disebabkan ia tidak takut pada allah (tiada iman). Tahukan kalian bahawa usaha untuk memperbaiki dan berusaha untuk menguatkan iman adalah lebih penting daripada ilmu dan mencari rezeki. Tanpa usaha atas iman, iman tidak akan kuat, yakin pada allah akan rosak dengan mencampur aduk pada kuasa makluk. Jadi bila seseorang usaha memperbaiki imannya maka secara automatik ia akan belajar ilmu, taat perintah allah dan akan memelih pekerjaan yang halal sahaja untuk menyara keluarganya.
KESIMPULANNYA BAGAIMANA KITA MAHU USAHA MEMPERBAIKI IMAN . CARANYA TELAH DITUNJUK OLEH PARA SAHABAT NABI SAW IAITU DENGAN CARA BERJIHAD DIJALAN ALLAH DENGAN DIRI DAN HARTA KITA SENDIRI. HARI-HARI MAHU CAKAP KEBESARAN ALLAH DENGAN ORANG LAIN, ALLAH BERKUASA, SEMUA MAKLUK CIPTAAN ALLAH LANGSUNG TIADA KUASA, HIDUP DUNIA SEMENTARA DAN SEMUA KITA AKAN KEMBALI PDA ALLAH, CERITA ALLAH LAH YANG TELAH BERI KITA REZEKI, KESIHATAN, ISTERI/SUAMI, ANAK, PANGKAT, RUMAH, KERETA YANG CANTIK , KEPANDAIAN DAN KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN ATAU PEKERJAAN, DAN SEMUANYA DARIPADA ALLAH BUKAN KERANA KEPANDAIAN ATAU KEHEBATAN KITA. KITA HANYA USAHA ALLAH YANG MEMBERI PADA KITA SAMAADA BERJAYA ATAU GAGAL.






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan