Selasa, 23 Februari 2010
PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG" PART 1
Assalamualaikum ini cerita semasa saya keluar 40 hari dikawasan orang makan orang. Masa tu saya masih student kat UPM Serdang tahun 1983. Karguzarinya begini masa tu kalau nak keluar 4B @ 40H jika tidak musim istimak yg diadakan 3 kali setahun kami akan kumpul kat masjid India markas KL . Begitulah dengan jemaah kami datang dari KL, Melaka lagi saya tak ingat ada 6 orang.Jemaah kami diputus oleh syura keluar di Medan Indonesia. Masa itu hanya orang yg kahwin sahaja yg dibenar keluar di Indonesia. Tapi Allah telah pilih saya untuk keluar di sana. Bila dah bentuk jamaah dan kumpul mula bermesyuarat, perkara pertama kami mesyuarat ialah penerbangan, set taalim dan set taam. Tiket dan set Taalim kita beli kat KL, tapi set Taam beli kat Medan. Pendek cerita sampai di Markas Medan Masjid India Jalan Gajah dekat dgn Pasar, kami mesyuarat kumpul wang beli set taam. Jemaah ni semua orang dah kerja saya sahaja student ,saya bawa RMnya cukup-cukup sahaja. satu minggu kat Medan kami di hantar kesatu tempat baru, mengikut syura Medan, kami adalah jemaah pertama yang masuk kesitu. Sebelum berangkat Amer Medan karguzari tempat tersebut adalah kawasan Batak makan orang, banyak tawakkal dengan Allah. Kami bertolak pagi hari, menaiki bas menaiki bukit, jalannya langsung tidak elok dan merbahaya dipenuhi dengan gaung dan sekitar jalannya juga ada "Rampok Lompat"(permpak yang merompak bas, ia tunggu diatas pokok pada selekoh merbahaya, kemudian apabila bas tiba untuk belok bas akan perlahankan kelajuannya, perompak itu akan lompat diatas bumbung bas yang ada barang2, dibunuhnya penjaga barang dan dibuangnya barang2 ditepi jalan yag sedia menunggu kekawan perompaknya.) Perjalanan kami amatlah meletihkan tetapi dapat melihat pemandangan kejadian Allah yang cantik dimana kami melewati kawasan Batak,iaitu Kawasan Kabun Jahe, BerasTagi dan Danau Toba. Danau Toba cukup indah dimana ditengah Danau terdapat sebuah pualau yg dinamakan pulau Somasir, pemandangan airnya biru amat cantik, disitu berkumpulnya tourist seluruh dunia menikmati keindahan ciptaan Allah tetapi tidak kenal Allah pencipta keindahan itu. Bas kami penuh sesak tanpa econd tapi semuanya menjadi asbab hidayat, sampai distesyen bas kami terpaksa jalan kaki, kemudian sampai satu pos kami naik pula kuda padi yg kecil tapi pikul barang sahaja, kami kena mendaki bukit yang tinggi. cuacanya amat dingin, minyak masaknya 24jam beku, jadi kami berjalan dengan mendaki bukit dalam keadaan perut yang lapar, masa tu teringatlah perjuangan sahabat yang mendaki gunung menurun lurah dan merentasi padang pasir,hutan belantara dan meredah lautan, jadi kita punya pengorbanan sikit sahaja, itu Allah amat suka dan cinta pada sesiapa yg korbankan harta dan dirinya semata mata harap redza Alaah dan hidayah Allah untuk ummat nabi saw. Tempat yang kami kena usaha namanya PASI, kami sampai waktu malam, selesai solat kami khususi dulu, amersab putus saya dan seorang orang Melaka (nama dah lupa), khususi pak polisi, disitu kami adalah jemaah pertama yg usaha disitu jadi banyaklah soalan yg bukan2, akhir sekali dia mahu halau kami balik ke Medan, saya hanya zikir sahaja, yg bercakap orang Melaka kerana ia tua dari saya, berlakulah soaljawab akhirnya dengan kehendak Allah dia benarkan kami usaha disitu selama 2 minggu, ini semua adalah dengan kehendak Allah jua, dalam keadaan letih kami pulang lagi dengan berjalan agak jauh juga dari Masjid. Malam itu tiada orang tempatan yang tahu kami ada disitu. Pagi besoknya subuh adalah seorang @ dua orang tempatan datang solat, mereka apabila melihat kami terkejut beruk ,kerana tidak kenal siapa kami, tanpa bicara kami bersalaman dengan mereka kemudian solat, lepas solat bayan subuh (jadi bayan Taaruf) lepas habis mereka pun bertanya kami, ..................................... inyaallah akan bersambung lain tahun kesah orang makan orang part 2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jazakallah atas karguzari nya tuan.
BalasPadamDengan izin Allah, hati saya suka membaca dan mendengar mujahadah org yg buat usaha. bleh jadi asbab meningkatnya jazbah orang2 yang lemah usahanya seperti saya ni.
umu6point
BalasPadamsemuga Allah terima kita