Ahad, 7 Februari 2010

Iman kalimah taiyyibah

hadis 8 Muntakhab Alhadith

Hadrat huzaifah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda" Sebagaimana kain yang dipakai, lama kelamaan akan menjadi pudar dan lusuh akhirnya, begitulah juga dengan agama islam, yang mana suatu hari tidak kenal lagi apa itu puasa, apa itu sedeqah dan haji. Pada suatu malam al Quran akan diangkat dari hati-hati manusia sehingga tidak tetinggal satu ayat pun diatas muka bumi dan hanya sebahagian orang-orang yang masih hidup terdiri dari perempuan-perempuan tua dan lelaki tua yang berkata, kami mendengar nenek-nenek kami mengucap lailaha illallah kerana itu kami mengucapkannya. Sillah ibn Zufaz bertanya kepada Huzaifah r.a bagaimana kalimah lailaha illallah memberi manafaat kepada mereka sedangkan mereka tidak lagi mengenal puasa, sedeqah dan haji? Huzaifah mendiamkannya sehingga dia mengulangi pertanyaannya tiga kali. Kemudian sehinggalah kali ketiganya hadrat huzaifah r.a menghadapkan wajahnya dan menjawab. Wahai Silah sesungguhnya ucapan mereka itu akan menyelamatkan mereka dari api neraka ( H.R. Hakim)

H35
Dari Abu Umamah r.a. katanya. Pada suatu hari para sahabat r.hum bercakap-cakap dihadapan Rasulullah saw mengenai perkara dunia. Maka Rasulullah saw bersabda " Tidakkah kamu dengar? Tidakkah kamu dengar? sesungguhnya sederhana itu sebahagian dari iman (H.R Abu Daud)


Dari itu marilah kita perbanyakkan
1. Zikir kalimah lailaha illallah
2. Dakwahkan kebesaran Allah kepada manusia lain ( ahli keluarga, orang kampong, negeri, negara kita dan seluruh dunia)
dengan ini Allah akan kuatkan iman dan yakin kita kepada Allah. Selain Allah tak boleh buat apa-apa. Allah buat segala-galanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan