Assalamualaikum
Semuga pembaca semua mendapat rahmat dan keampunan daripada ALLAH swt.
Alhamdulillah berkat fikir dan doa dari orang-orang yang mempunyai fikir risau nabi saw, kami satu jemaah dari Markas Jitra 8 orang telah dihantar selama 40 hari belajar usaha agama Allah di Sri Lanka pada 19 Nov 2010 dan tangguh pada 29 Dis 2010. Pada 20 Nov kami telah mendapat bayan hidayat di Seri Petaling dan pada pagi 21 Nov kami telah berangkat ke
Karguzari ini saya tulis hanya untuk berkongsi pengalaman bagaimana usaha yang telah dibuat ditempat orang yang telah maju, terutama disegi pengorbanan masa dan harta dijalan Allah swt. bagaimana sifat-sifat mereka dalam melayan tetamu luar juga antara sesame mereka orang islam dan dengan orang bukan islam. Kami sampai di lapangan Terbang Colomba jam 7.30 pagi ( 10.00 pagi waktu Malaysia) perbezaan masa antara Malaysia dan Seri Lanka 2 jam 30 minit, kita lebih awal sebab terlebih dahulu mendapat cahaya matahari. Sampai disana sudah ada orang menunggu .Apabila urusan passport dan visa selesai, kami dijemput oleh orang tempatan, kami mendapat Visa selama sebulan iaitu VOA selepas itu di tambah lagi sebulan dengan bayaran Rs450 (RM14) kami ada 2 jemaah masa itu, satu lagi jemaah dari Taiping, 3 jemaah lagi datang pada 23 Nov iaitu, satu jemaah Selama, satu Trangganu dan satu Jemaah Masturat dari Ipoh 5 pasang. Semua 5 jemaah
Di markas kami mendapat targhib daripada elders disini yang mana nasihat-nasihat yang diberi semuanya diambil daripada maulana Ilyas rah, maulana Yusuf rah, mufti zainal Abidin rah , maulana Said Ahmad Khan rah , maulana Inamul Hasan rah Maulana Saad, Maulana Zubir , Syeik Haji Abdul Wahab dan elders kita lain.
Selepas 2 hari kami mula keluar ke tempat yg diputuskan oleh syura mereka, bersama kami diberi 2 orang penterjemah merangkap khidmat kepada kami didalam semua masalah berkaitan dengan tempat yang kami keluar, Tempat taskil kami iaitu dikawasan Slave Island di Colombo tempat banyak orang Melayu , Negombo, Chilaw, Akurana Kandy dan Matale. Di Sri Lanka jemaah luar negara tidak dibenarkan untuk masak, makanan disediakan oleh orang tempatan untuk ikram.
Kemudian kami berusaha di kawasan Negombo 40km dari Colombo selama 6 hari, disini usaha sama hebat dengan Slave Island, di sini aku berjumpa dengan 3 orang ahli jemaah masturat 40hari yang pernah datang di Alor Setar pada tahun 2008 dan berusaha di rumah aku 3hari, mereka masih mengenali aku, mereka bagitu gembira dan membawa aku ke rumah mereka, selepas 6 hari kami ke Chilaw 40 km dari Negombo, di Chilaw ada juga kawasan Melayu dimana kami berusaha di satu Masjid namanya Malay Mosque., masjidnya antic dah berumur hampir 200 tahun, masjid ini sebenrnya bukan moharlah yang diputuskan mesyuarat tetapi bidan terjun kerana morhalah sebenar tidak dapat masuk kerana banjir , walaupun bagitu karkun disini tetap memberi yang terbaik kepada kami, waktu pagi kami sampai hanya 2 orang tempatan sahaja yang tahu, dan merekalah yang telah mesyuarat untuk nusroh kami memberi makan dan masa untuk khususi, lepas mesyuarat kami lihat mereka berdua ini sebuk memuat khususi karkun, dan waktu zohor ramai karkun yang datang dan memberi masa kepada kami.Lepas itu kami pulang ke markas Colombo untuk taskil kedua. Taskil kedua kami ke Akurana kanday kawasan pergunungan yang dingin, Untuk ke Akurana kami menaiki keretapi daripada Colombo ke Kandy, ia kawasan atas bukit dan sejuk dimana terdapat ladang Teh , disini ladang teh banyak juga kepunyaan orang islam. Usaha agama disini amat maju, banyak daripada mereka telah keluar 4 bulan luar Negara dan banyak daripada mereka telah datang ke
Data yang semat saya kumpul mengenai
Keseluruhan
Bangsa : Singhales(bahasa Singhala),
Ugama : Budha, Hindu, Islam dan Kristian (ikut susunan)
Penduduk Islam: 2 juta orang
Karkun 4 Bulan : 10 ribu orang (sumber syura
Keluar 4 Bulan setiap tahun : 8 ribu orang (sumber syura
Area/kawasan : 120 area seluruh
Markas Area : 120 buah markas seluruh
Satu markas ada 2 @ 3 @ 4 @ 5 halkah sahaja
Satu halkah ada 5 @ 6 @ 7 @ 8 buah masjid sahaja
Area | Morha Lah | Bil rumah | Bil Lelaki baligh | % Bil lelaki solat | Bil Kkun 4B | Bil 40 hari | 40 H Mas turat | Bil Talim Mas turat | Tklim rumah | Krkn Satu tahun | Shif /DTI | Bil jmah 3h se bulan 1j >20 org |
Slave Island | Masjid Akbar | 390 | 960 | | 20 | 30 | 4p | | | | | 5j |
Masjid hanafi | 294 | 686 | 75% | 33 | 40 | 10p | 4 | 74 | 2 | 2 | 8j | |
Sahul Hameed mosque | 315 | 715 | 80% | 24 | 43 | 4p | | | 1 | 2 | 5j | |
Negombo | Masjid Hairath | 344 | 571 | 90% | 20 | 12 | 6p | 2 | 102 | | | 4j |
masjid Muzafa | 564 | 553 | | 25 | 47 | 8p | 2 | 215 | | 5 | 9j | |
Masjid Kamachchode | 130 | 252 | 90% 216 org | 11 | 13 | 3p | 1 | 53 | | | 2j | |
Chilaw | Masjid melayu | 88 | 150 | 95% | 2 | 15 | 1p | 1 | 38 | | | 2j |
Masjid hanafi | 10 | 162 | 98% | 6 | 12 | 2p | 1 | 17 rumah dan kedai | | | 1j | |
Masjid chilaw town | 127 | 202 | 90% | | | | | 17 | | | 2j | |
Akurana | Masjid hikmah galhina | 145 | 320 | 85% | 3 | 39 | 2P | 1 | 10 | | | 1J |
Masjid Darus salam | 20 | 49 | 100% | 2 | 8 | 1p | 1 | 13 | | | 1j | |
Masjid Arafa | 148 | 358 | 75% | 10 | 35 | 6p | 4 | 40 | | | 2j | |
Matale | Masjid town | 186 | 450 | 80% | 12 | 30 | 4p | 1 | 16 | | 1 | 4j |
Zain takia | 250 kedai | 225 | 65% | 5 | 20 | 2p | 1 | 20 | | | 2j | |
Masjid hanafi | R 53 Kdai 86 | 192 | 95% | 3 | 17 | 2p | 1 | 10 | | | 1j |
Cara kerja dakwah di
1. Mesyuarat harian selepas solat subuh bagi seluruh masjid di
2. Lepas mesyuarat bermulanya DTI/Shif iaitu taklim setengah jam dan khususi bermula. Dalam mesyuarat dia atur shif bagi DTI, khidmat dan khususi jemaah dan sebagainya. Shif bermakna mereka membuat DTI mengikut masa mereka secara berkumpulan, ada yang melapang masa selepas subuh, ada yang selepas zohor, asar dan sebagainya. Jadi kami menunggu rahaba untuk khususi kerana di
3. Gast/jaulah dibuat selepas magrib bagi seluruh
Bayan diadakan selepas solah sunat isyak, masa bayan dan taskil lebih kurang seten
gah jam, tetapi kebanyakkan yang datang solat isyak semuanya duduk di dalam
bayan.. Jika bayan di markas area, bayan selepas sunat magrib sampai masuk waktu
isyak, azan dilaungkan, bayan berhenti seketika, di
menghormati azan, bila azan dilaungkan semua perbualan dihentikan termasuk
kanak-kanak akan diam mendengar azan dan menjawab azan.Selepas azan isyak
taskil bermula lebih kurang 15 atau 20 minit iqomat dan solat isyak.
Kerja-kerja di
Perkara yang menkagumkan iaitu usaha keatas pelajar lepasan O Level (SPM bagi kita). Seluruh
Sri petaling tugasnya untuk selaraskan jemaah dan menghantar jemaah ke tempat yang sesuai, bukan untuk sedia orang awam untuk keluar bersama student, inilah kelamahan
saya dan kita semua.
Jemaah bertolak pulang ke Malaysia hari Selasa, selama 3 hari itu jemaah taskil dah beritahu sudah 2500 orang pelejar dah keluar dan masih banyak lagi yang ada di markas dan akan datang lagi, mungkin anggaran mereka 5 atau 6 ribu orang pelejar akan datang lagi, jumlah ini aku rasa munasabah sebab hari selasa itu pelajar yang belum di bentuk jemaah masih penuh di markas. Kata seorang ahli jemaah
Aku sarankan jika ada jemaah Sri lanka yang sedang bergerak ditempat tuan-tuan gunalah mereka dengan baik dan belajarlah usaha 5 amal dari mereka, kerana mereka yang datang kesini adalah orang yang biasa buat usaha tempatan, jika kita tidak tanya mereka, mereka tidak akan beritahu kepada kita kerana pada pandangan mereka kita ini adalah “orang lama”.
Akhir sekali jika ada kesilapan dalam karguzari ini aku mohon ampun dan maaf kepada pembaca sakelian
Assalamu'alaikum..
BalasPadamJazakallah cikgu Musa atas perkongsian. Subhanallah. Sungguh amat dicemburui usaha agama di Sri Lanka. Kagum saya mambaca kalkuzari cikgu. Walaupun usaha mereka nampak bersahaja, dan tidak memberatkan, namun penuh dengan fikir. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Peratus laki-laki islam yang solat di merata tempat hampir-hampir dah mencecah 100%. bagaimanalah agaknya suasana masjid di sana, tentu imarahnya luar biasa kan. Semoga kita juga dapat mencontohi usaha yang dijalankan di Sri Lanka. Setiap bulan setiap marhalah boleh dikatakan rata-rata lebih dari satu jemaah. Usaha masturatnya pun nampak lebih maju dari Malaysia. Semoga dengan laporan cikgu ini dapat menaikkan semangat kita untuk sama-sama meningkatkan lagi mutu kerja agama kita.