Sabtu, 14 November 2009

KESAH DAN TELADAN

Dizaman dahulu terdapat seorang raja yang sangat adil dan amat mengasihi akan hamba rakyatnya. Pada suatu hari baginda telah bermesyuarat dengan sekalian menterinya untuk kebajikan hamba rakyatnya. Dalam mesyuarat tersebut baginda telah membuat keputusan barangsiapa dikalangan hamba rakyatnya yang mentaati akan kehendak dan suruhannya, maka mereka ini akan ditempatkan disatu pulau yang penuh dengan keindahan, kemewahan, keseronokan dan kegembiraan, pendek kata tempat yang memenuhi apa sahaja kesukaan mereka. Maka raja ini telah memerintah dikumpul semua hamba rakyat untuk baginda memberi taklimat, maka pada hari yang ditetapkan , berkumpullah semua hamba rakyatnya tua, muda, kanak-kanak lelaki dan perempuan seorang pun tidak terkecuali hatta anak di dalam buaian semua dibawa mereka. Maka raja pun memberi taklimat kepada rakyatnya akan kehendaknya tadi, barangsiapa mentaati kehendak dan perintahnya ia akan ditempatkan di pulau yang penuh kenikmatan yang dinamakan Pulau Peranginan, raja ini telah menerangkan kelebihan dan keindahan Pulau Peranginan ini sebegitu rupa hingga semua yang hadir teramat rindu untuk pergi ke pulau tersebut dan semua mereka telah memasang angan-angan untuk dipilih menjadi salah seorang penghuni Pulau Peranginan tersebut. Akan tetapi raja ini telah memberi syarat kepada mereka sebelum mereka dipilih untuk ke Pulau Peranginan mereka terlebih dahulu dihantar kesebuah pulau untuk diuji ketaatan mereka menjalankan kehendak dan perintah raja, pulau ini dinamakam Pulau Perhentian. Pada masa yang dijanjikan maka semua hamba rakyatnya dihantar ke Pulau Perhentian. Perintah raja hanya satu sahaja iaitu mengumpul intan permata sebanyak-banyaknya di pulau tersebut dan masa yang diberi adalah terhad dan raja telah menetapkan waktu untuk dipanggil semula akan rakyatnya untuk dilihat siapakah antara mereka yang paling banyak mengumpul intan permata. Sesiapa yang paling banyak akan ditempat pada tempat yang paling istimewa di Pulau Peranginan iaitu layanan di Raja dan begitulah seterusnya mengikut jumlah intan permata.
Maka tersebutlah kesah rakyat raja apabila sampai sahaja di Pulau Perhentian maka mereka pun mulalah mencari intan permata di pulau tersebut, adapun intan permata ini sukar untuk didapati ianya terletak dibawah batu-batu. Adapun di pulau itu sendiri terdapat penghuni asal pulau tersebut, mereka ini selalu sahaja memberitahu kpada rakyat raja ini bahawa di pulau ini intan permata tidak laku yang laku hanyalah batu batan sahaja, jika tidak percaya kata mereka lihatlah dibandar-bandar semua bangunan didirikan menggunakan batu batan hanya batu batan sahaja yang berguna. lama kelamaan rakyat raja ini telah percaya akan hasutan penduduk di situ maka mereka mulalah mengumpul batu batan, ada diantara mereka mengumpul sedikit dan ada juga antara mereka langsung tidak kutip apa-apa, keadaan ini disedari oleh raja dan ian menghantar utusannya untuk memberi peringatan apa yang perlu dikumpulkan untuk bertemu raja, tetapi kelakuan mereka tetap tidak berubah walaupun ada diatara mereka yang taat dan menjadi pembantu kepada utusan tadi untuk memberi peringatan kepada rakyatnya (mereka ini diberi bonus oleh raja dengan pangkat yang tinggi disisi raja dan nama mereka dicatat untuk dipersembah pada raja).

Sampailah masanya waktu yang telah dijanjikan oleh raja untuk memberi pembalasan kepada rakyatnya. Raja telah menghantar sebuah kapal yang amat besar dan bertingkat-tingkat ke Pulau Perhentian untuk mengambil semua rakyatnya. Berhimpunlah rakyatnya di pelabuhan untuk dimuat kedalam kapal , disitu terdapat 2 orang pegawai (yang patuh pada raja dan tidak mengambil rasuah) yang kerjanya menghitung jumlah intan permata yang dikumpul, sesiapa yang paling banyak ditempatkan bahagian tingkat atas yang selesa dan yang mengumpul untan permata merangkap ia menjadi pembantu kepada utusan raja tadi ditempatkan di tingkat yang paling atas bersama dengan utusan raja tadi. Begitulah seterusnya tempat-tempat diatas kapal di isi mengikut jumlah intan permata, bagi mereka yang tidaka ada langsung intan permata ataupun yang sedikit sahaja ditempatkan di perut kapal dalam kedaan yang amat panas dan keadaan yang bergoncang dengan ombak lautan. Maka di sini mereka mulalah menangis meratapi nasib mereka dan minta dikembalikan ke pulau untuk mengumpul intan permata tapi penyesalan tidak lagi berguna. Sebab itulah masa yng diberi jangan dipersiakan dan peluang yang diterima sebagai pembantu utusan raja jangan dipersiakan.
Sekianlah cerita saya yang panjang lebar dan pengajaranya fikirlah sendiri kerana fikiran kita tidak sama iatu mengikut kefahaman masing-masing. Umpama seekor lembu jika ia memakai cermin mata hitam rumput hijau pun nampak hitam tapi jika ia pakai cermin mata hijau rumput kering pun dia nampak hijau

1 ulasan: